UsahawanRemaja.Com | Usahawan Remaja | Usahawan

Thursday, November 25, 2010

Hadis-Hadis Yang Berkaitan Emas

Di dalam Al- Quran
"Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya". (Surah Ali Imran : 75)


"Dan (setelah berlaku perundingan), dan adik beradik Nabi Yusuf telah menjual Yusuf dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja..." (Surah Yusuf:20)


“Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal salih ke dalam Syurga yang mengalir padanya beberapa sungai mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera.”(Surah Al Hajj:23)





Beberapa perkataan dinar dan dirham tercatat dalam Hadis Rasulullah SAW:


Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal

"Dinar yang engkau belanjakan di jalan Allah, dinar yang engkau belanjakannya dalam membebaskan hamba. dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin. dan dinar yang engkau belanjakannya untuk ahli keluarga kamu.
(Hadis)

Yang paling besar pahalanya (di sisi Allah) ialah dinar yang kamu belanjakannya untuk (memenuhi keperluan dan membangunkan potensi hidup) ahli keluarga kamu."
(Hadis)

Perbandingan Emas Pelaburan di Malaysia

Terdapat beberapa pembaca yang mahu saya catatkan sedikit analisis berkenaan untung / rugi membeli emas di kedai emas atau di tempat-tempat lain. Berikut ialah sedikit rumusan yang dapat dibuat.

Kijang Emas
  • Boleh dibeli di cawangan Maybank tertentu
  • Spread 1oz (6%), 1/2oz (8%), 1/4oz (10%)
  • Tidak boleh lock harga
  • Tidak boleh booking
  • Perlu dapatkan sendiri di Maybank
  • Stok sering habis
  • Tidak beli semula jika tercalar
OUB
  • Boleh dibeli di OUB Utama sahaja
  • Spread berdasarkan 1oz : AUS Nugget (2%), Gold Maple Leaf (2%), Kinebar (2%), Pamp Gold (3.5%), Singapore Lion (2%)
  • Perlu dapatkan sendiri di OUB
  • Stok selalu habis
  • Mesti bawa resit asal masa jual balik
  • Tidak boleh buka sarung
Pamp Suisse
  • Boleh dibeli di kedai emas tertentu
  • Spread antara 10%-30% mengikut kedai
  • Buka sarung tolak harga
Bunga Raya
  • Hanya boleh dibeli dan dijual di Poh Kong sahaja
  • Spread 15%-25%
  • Buka sarung tolak harga
Barang Kemas
  • Boleh dibeli di mana-mana kedai emas
  • Harga tinggi berbanding pasaran
  • Spread 20%-40%
Dinar Emas Kelantan
  • Boleh dibeli melalui ejen berdaftar atau orang perseorangan - link
  • Stok terhad dan selalu kehabisan
  • Spread 10%-15%
Public Gold & Public Dinar
  • Boleh dibeli daripada mana-mana ejen PG
  • Spread 5%-6% sahaja
  • Dijamin beli balik walaupun buka sarung, kemek, calar dan sebagainya asalkan berat masih sama
  • Boleh booking dan lock harga
  • Dinilai oleh assayer emas bertauliah
  • Disertakan dengan Certificate of Authenticity
  • Timbangan berat emas adalah 100% dijamin tulen (boleh rujuk Bank Rakyat / Agro Bank)
-superbikesboyz-

Saturday, November 6, 2010

Bagaimana kita dirompak dengan wang kertas ?

Bagaimana kita dirompak dengan wang kertas ?

Adaptasi dari Theft of Nations -dengan cerita P. Ramlee



Pernah suatu ketika dahulu terdapat sebuah pulau yang bernama Isketambola, jauh di lautan. Sebuah pulau subur dengan tumbuh-tumbuhan subur dan buah-buahan tropika. Terdapat banyak air terjun dan sungai-sungai yang menyediakan air bersih bagi orang ramai dengan dan tempat-tempat indah untuk keuarga berekreasi. Lautan sekeliling bersih, dengan ikan berlebihan dan makanan laut lain yang banyak. Isketambola juga mempunyai emas, kaum wanitanya terutamanya, sangat mencintai emas, Mereka menggunakan keping - keping emas sebagai wang sejak dulu lagi kerana semua orang menghargai emas. Kepimpinan suku mereka diketuai oleh seorang lelaki bernama Ismet Ulam Raja, beliau mencetak duit syiling emas. Mereka hidup dalam sebuah kehidupan mudah, bekerjasama dan tidak ada caj faedah untuk pinjaman dalam pinjam-memimjam di antara mereka. Sekali-sekala, beberapa arus-arus ombak dan angin kencang memusnahkan beberapa harta, terutama rumah-rumah, tetapi komuniti ini akan segera membantu diri mereka dalam membina semula atau membaiki hartanah yang rosak. Selain daripada itu, mereka adalah sebuah komuniti yang aman , rakyat yang menjalankan kehidupan mereka dengan lemah lembut dan aman damai.

Satu hari, seorang lelaki berpakaian segak bernama Tuan Sadik Segaraga tiba dengan sebuah kapal di pantai Pulau Isketambola. Penduduk Pulau Isketambola, mengalu-alukan tetamu baru mereka dengan sangat mesra. Mereka sangat tertarik dengan cerita-cerita pengalaman Tuan Sadik Segaraga menjelajah ke seluruh dunia. Tuan Sadik Segaraga menunjukkan mereka beberapa duit syiling emas dari bahagian lain di dunia dan juga beberapa kertas-kertas yang digunakan oleh beberapa rakyat tempat lain sebagai wang.



Penduduk Pulau Isketambola tidak pernah melihat wang kertas sebelum ini. Wang kertas itu malah mempunyai gambar-gambar pisang – buah kegemaran mereka. Orang yang tidak dikenali ini juga menunjukkan mereka sebuah mesin yang mencetak wang sedemikian. Wah! Ini telah mendapat perhatian Penduduk Pulau Isketambola , kagum kerana mereka tidak pernah melihat sesuatu seperti itu sebelum ini. Penduduk-penduduk pulau sangat menyukai Tuan Sadik Segaraga, dan dijemputnya untuk tinggal dengan mereka di pulau itu.

TuanSadik Segaraga telah menyakinkan orang ramai bahawa sebuah institusi yang dipanggil sebagai bank akan memberikan banyak manfaat kepada mereka. Mereka dijelaskan yang sebuah bank akan menyediakan sebuah tempat untuk simpanan wang emas dengan selamat manakala keadaan ekonomi mereka akan bertambah baik dengan membuat simpanan, dan dengan simpanan itu dapat dipinjamkan kepada orang lain untuk penggunaan yang produktif, daripada dibiarkan tidak bergerak. Penduduk Pulau Isketambola, satu bangsa yang sangat suka untuk membantu orang lain, berfikir itu adalah satu idea yang sangat baik. Tuan Sadik Segaraga kemudiannya membina struktur bangunan kecil dengan sebuah bilik kebal didalamnya dan mula beroperasi sebagai bank pertama di Pulau Isketambola.

Tuan Sadik Segaraga meraikan peristiwa tersebut dengan memberi penduduk-penduduk Pulau Isketambola satu kenduri besar bersama dengan satu pesta berwarna-warni. Orang ramai menyerbu untuk menabungkan duit syiling emas mereka dengan bank. Penyimpan-penyimpan telah diberikan sehelai kertas yang dicetak untuk setiap syiling emas mereka sebagai deposit, dengan jaminan bahawa mereka boleh menebus satu syiling emas untuk setiap kertas bila sahaja mereka kehendaki.. Orang ramai sangat teruja dengan kertas “wang” mereka, malah mendapati ada gambar pemimpin mereka, Ismet Ulam Raja di sebelah pokok pisang. Tanpa ragu-ragu , Ismet Ulam Raja juga sangat gembira!



Orang ramai pun mendeposit semua duit syiling emas mereka, sejumlah 100,000 kepingan-kepingan emas dan oleh itu satu nombor setara jumlah helai kertas yang sama telah keluarkan. Kini orang ramai menggunakan kertas sebagai wang dan mendapati yang ianya lebih mudah daripada menggunakan duit syiling emas yakni lebih berat. Wang kertas yang dicetak oleh Tuan Sadik Segaraga oleh itu, menjadi mata wang dominan di Pulau Isketambola. Orang ramai amat suka dengan kemudahan yang mana mereka dapat menjalankan sesuatu perniagaan-perniagaan mereka dengan lebih mudah. Mereka sangat mempercayai Sadik Segaraga , kerana setiap kali mereka membawa sekeping kertas untuk penebusan emas, permintaan mereka ditunaikan. Sadik Segaraga amat disegani dan dihormati oleh masyarakat mereka.

Kini Sadik Segaraga memutuskan bahawa inilah masa yang paling sesuai untuk mereka melakukan “tipu muslihat” mereka.



Tuan Sadik Segaraga mendapati di Pulau Isketambola, pada puratanya hanya 10 peratus deposit telah ditebus oleh penduduknya pada mana-mana masa tertentu. Baki yang lain, 90 peratus tinggal dalam bilik kebal. Menyedari yang kertas-kertas mereka beredar sebagai wang, Tuan Sadik Segaraga menerbitkan tambahan 900,000 kertas – kertas yang akan diedarkan sebagai wang juga! Tuan Sadik Segaraga telah mengira bahawa dengan kertas-kertas tambahan tersebut, sejumlah 1,000,000 helai kertas bakal beredar dan jika orang ramai datang untuk menebus emas, yakni 10 peratus, 100,000 deposit asal duit syiling emas akan mudah didapati untuk penebusan. 3



Tuan Sadik Segaraga meminjamkan tambahan 900,000 wang kertas kepada beberapa “rakyat miskin” Pulau Isketambola pada caj faedah 15 peratus. Rakyat Puau Isketambola tiba-tiba mendapati yang harga barangan semakin meningkat. Mereka merasa hairan dan tiada siapa boleh memahami mengapa.4

Sebahagian dari mereka yang telah meminjam wang dari Tuan Sadik Segaraga tidak berupaya membayar kembali hutang mereka walaupun mereka bekerja sangat keras mencuba untuk dapat wang tambahan itu.5

Perniagaan menjadi semakin kompetitif dan masyarakat menjadi semakin kurang belas kasihan dan kurang mengambil berat terhadap orang lain daripada sebelumnya.6

Mereka menjadi amat kompetitif dalam sikap mereka dan kurang mengambil berat terhadap rakan-rakan mereka. Meskipun dengan kerja keras dan persaingan sedemikian, beberapa penduduk tidak dapat melunaskan pinjaman mereka. Mereka tidak berupaya memperoleh cukup wang membayar kembali jumlah hutang mereka.7

Tuan Sadik Segaraga mula merampas kekayaan sebenar dari pemungkir-pemungkir janji pinjaman –seperti tanah, lembu-lembu, biri-biri, dan lain-lain. Pemimpin mereka Ismet Ulam Raja juga termasuk antara mereka yang gagal membayar. Tetapi Tuan Sadik Segaraga memberinya dan penduduk lain kertas tambahan sebagai penjadualan semula pinjaman mereka. Hutang mereka semakin bertambah. Kemudian Ismet Ulam Raja gagal membayar lagi dan membuat pinjamannya dijadualkan semula sekali lagi. Kini Ismet Ulam Raja mula mengelak bertemu dengan Tuan Sadik Segaraga. Dia berasa malu dan mendapati kuasanya, ego, keberanian dan maruah telah jatuh.8

Sebaliknya, dia mendapati Tuan Sadik Segaraga dengan perlahan-lahan menjadi sangat kaya dengan memperolehi kekayaan dari rakyatnya. Malah, dia mendapati yang kuasa, ego, keberanian dan maruahnya semakin hilang. Selepas beberapa tahun, Tuan Sadik Segaraga yang tiba di pantai Isketambola dengan hanya satu mesin cetak, kini menjadi pemilik-pemilik kebanyakan dari tanah dan harta di pulau Isketambola. Orang ramai telah berjaya dijadikan sebagai pekerja-pekerja sahaja, sebahagiannya kini hidup dalam kemiskinan. Ramai yang terpaksa bekerja dalam tempoh masa yang lama hanya untuk mempunyai cukup wang untuk menyara hidup. Mereka mempunyai masa yang amat sedikit untuk keluarga, sahabat handai dan amat sedikit untuk aktivi keagamaan.



Bencana kemiskinan membawa bersamanya, bencana sosial lain seperti jenayah, pelacuran, dan keruntuhan yang semakin parah. Budaya mereka beransur-ansur digantikan kerana Tuan Sadik Segaraga memperkenalkan satu budaya baru “hebat”, budaya “hebat” golongan yang kaya mengatasi rakyat miskin.

Beliau tidak berhenti disitu , sekarang ialah masa untuk kembali ke tempat asalnya bersama dengan emas – emasnya. Syiling emas tidak dapat ditebus lagi . Sebuah Bank Pusat ditinggalkan untuk penduduk Pulau Isketambola. Tuan Sadik Segaraga membuat Bank Dunia ditempatnya, dimana semua bank pusat diletakkan dibawahnya. Sementara wang cetakan Pulau Isketambola hanya laku di Pulau itu sahaja. Wang cetakan Tuan Sadik Segaraga di Bank Dunia pulak laku di serata dunia. Bergembiralah Tuan Sadik Segaraga diatas kekayaannya memiliki kekayaan dunia dengan mencetak wang yang diperlakukan di seluruh dunia.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
3 Ini ialah gambaran bagaimana wang dicipta dalam sistem perbankan semasa dalam agregat. Jika rizab ialah 10 peratus, kemudian dengan satu deposit 100,000 satu jumlah pinjaman yang baru telah dapat diwujudkan dengan jumalah 100,000/0.10 = 1,000,000

4 Ini ialah untuk mudah melihat dengan bantuan persamaan pertukaran, MV = PY.
Money Velocity = Price Yield. Dalam contoh ini, dengan peningkatan mendadak dalam bekalan wang M, tanpa satu tambahan selari dalam keluaran sebenar barangan dan perkhidmatan Y, harga akan meningkat, i.e. maka P akan mengkhusus kepada peningkatkan ( laju, V, adalah diandaikan tidak berubah dan malar).

5 Pinjaman (termasuk faedah) tidak boleh dibayar balik dalam agregat kerana bahagian faedah tidak wujud dalam bentuk wang. Perhatikan yang kepentingan 15% pada 900,000 sama dengan 135,000. Lantarannya jumlah keseluruhan wang yang boleh dibayar balik ialah 1,035,000 tetapi walau bagaimanapun, hanya 1,000,000 wujud dalam jumlah sebagai wang dalam keseluruhan sistem. Oleh sebab itu, beberapa kegagalan pada pinjaman pasti berlaku.

6 Oleh kerana caj faedah tidak wujud dalam bentuk wang, maka akan berlaku persaingan dalam meningkatkan perdagangan.

7 Sekali lagi, kerana tidak ada cukup wang dalam sistem itu secara keseluruhannya hutang itu tidak boleh dibayar balik dalam agregat.

8 Bayangkan yang anda meminjam RM10,000 dari seorang kawan. Adakah anda fikir kelakuan anda keatas kawan akan berubah, kata apabila anda bertemu kawan di jalan? Terutama apabila masa ditetapkan untuk pulangan pinjaman telah tamat tempoh?

Friday, November 5, 2010

Ekonomi Dinar

Ekonomi Dinar

( Prof Umar Ibrahim Vadillo )

Ramai yang terkejut apabila Dr. Mahathir mengumumkan bahawa beliau mahu menggunakan dinar emas sebagai ganti kepada US dollar dalam pertukaran perdagangan luar negara. Ketika lawatan ke Yaman pada 16 Julai 2002 beliau berkata : “ Kita mahu kembali kepada dinar emas kerana emas sendiri ada nilai sedangkan wang kertas tiada nilai “

Ucapannya meninggalkan kesan samada berupa sokongan dan bangkangan. Marilah kita melihat pekara ini dengan lebih mendalam penglibatan saya dalam pekara ini. Dinar dan dirham sudah dicetak bertahun-tahun sejak World Islamic Mint mengeluarkan dinar yang pertama tahun 1992. Konsep World Islamic Mint ini adalah sebahagian dari idea yang lebih luas meliputi World Islamic Trading Organization ( Pertubuhan Perdagangan Dunia Islam ), atas kesedaran kita mahu menyediakan satu alternertif kepada sistem ekonomi masa kini yang juga menggambarkan keislaman kita dan perubahan yang berlaku pada abad ke 20 dan fenomena kepada apa yang dipanggil proses Islamisasi.

Selama 50 tahun yang lalu kita diketengahkan dengan proses Islamisasi dimana keseluruhan sistem riba kapitalis barat diIslamkan. Proses ini berjalan seperti berikut : Bank – Bank Islam, Insuran – Insuran Islam, Bursa – Bursa Saham Islam, Kad Debit – Kad debit Islam; dan saya telah mengatakan satu hari nanti mereka akan mengislamkan kad kredit dan ini telah pun berlaku.

Kita melihat seolah – seolah proses ini tidak akan berakhir sedangkan disegi keilmuannya sangat jauh daripada apa yang Islam ketengahkan sebenarnya. Bukan sahaja ianya merendahkan ilmu berkaitan ekonomi semasa bahkan tidak sampai kepada ilmu Islam pun. Bagaimana proses ini boleh dijayakan dalam keilmuan Islam khusus dalam ilmu fiqah. Prosedur yang digunakan untuk menghalalkan proses ini terbuka kepada kritikan – apa metodoloji yang digunakan untuk menjayakan proses ini.

Matlamat kita ialah untuk menukar trend pemikiran dan perjalanan proses ini dengan melihat pekara ini dengan pandangan yang berbeza. Kita tidak cuba mengislamkan sistem, kita mahu menyediakan yang kita punya. Kita mahu melihat pada Islam dan melihat apa model yang ada dan sesungguhnya memang kita ada model dan ingin melihat bagaimana kita dapat menegakkannya hari ini. Inilah idea disebalik Perdagangan Islam.

Satu pekara yang paling penting dan paling simbolik kepada isu – isu disebalik Perdagangan Islam ialah persoalan matawang/currency. Dinar Islam sudah diketahui sebagai matawang dalam Islam. Disebut dalam Al Quran dan menjadi sebahagian daripada sunnah masyarakat Islam pertama dan menjadi sebahagian daripada umat Islam daripada pemulaan Islam sehinggalah kejatuhan khalifah. Berakhirnya khalifah Islam , berakhirlah matawangnya ( Dinar ). Jadi seterusnya kita berpindah kepada 23 atau bergantung kepada cara kita mengiranya, 36 matawang berbeza dengan negara – negara kecil ini wujud dengan setiap negara mempunyai bendera masing – masing dengan lagu kebangsaan masing – masing mengikut kehendak Winston Churchill dan rakan –rakannya, membahagi – bahagikan saki baki Empayar Othmaniah.

Jadi sebenarnya kita telah diberikan dengan model yang bukannya datang dari orang – orang Islam. Ia diberikan kepada kita dengan undang – undangnya dan syarahan/ilmu akademiknya sekali bagi merasionalkan proses tersebut. Akan tetapi jika kita melihat kepada aspek shariahnya dengan pemikiran yang betul/asli kita merasakan bahawa shariah tidak perlu kepada pembaharuan/reformasi, yang perlukan kepada pembaharuan/reformasi sebenarnya ialah dunia. Tidak usahlah kita menyesuaikan shariah dengan ekonomi moden, apa yang harus kita lakukan ialah menyesuaikan dunia dengan shariah. Apabila kita bercakap mengenai ilmu ini, kita harus melihat dan bertanya “ Dimana dinar dan dirham ? “.

Dinar dan dirham pertama dewasa ini dicetak di Granada, selatan Sepanyol, oleh sekumpulan orang Islam Eropah. Inilah sebahagian dari gambaran yang mana kami berada dalam situasi/keadaan yang pelik, kami terpaksa melihat dengan cara yang berbeza. Masyarakat Islam Eropah terdiri dari orang-orang Britain, Sepanyol, Jerman, Itali dan sebahagian besar dari pemeluk Islam yang ramai dalam tempoh 25 tahun lalui dan semakin ramai dalam tempoh akhir – akhir ini.

Apabila kami masuk Islam, kami tidak ada budaya atau cara yang kami hendak bergantung, kami tidak boleh kembali kepada keluarga kami dan bertanya bagaimana hendak melakukannya, jadi kami terpaksa melihat keadaan seperti pada permulaannya. Kami adalah umat yang paling muda, dan kami tidak tahu jadi kami boleh bertanya soalan – soalan yang cukup mudah “ Dimana matawang Islam, apa sudah terjadi ? “. Sebabnya kami sudah sampai ketahap dimana kami sudah meninggalkan kapal yang sedang tenggelam, yang kita panggil sebagai tamaddun barat dan kita melihat umat Islam sedang berebut – rebut untuk melompat masuk kedalam kapal tersebut ! Kami bertanya “ Kemana kamu hendak pergi ? Tidakkah kamu sedar khazanah yang berada dalam tangan kamu, sedangkan kamu cuba untuk meniru sesuatu yang tidak berfungsi ? “.

Secara terus dengan latarbelakang kami, kami melihat situasi ini dari sudut yang berbeza. Kami sampai kepada persoalan Islam tanpa prejudis, kami lebih terbuka. Seperti yang kita ketahui, dinar tidak ada negara, diperbuat dari emas, sama sahaja samada di Morroko atau di Malaysia atau di China. Seekor ayam ketika zaman Rasullulah s.a.w berharga 1 dirham, sekarang pun kamu boleh dapati seekor ayam dengan 1 dirham di Kuala Lumpur. 1400 tahun kemudian inflasi adalah sifar. Ada satu kajian oleh Professor Roy Jastram daripada Universiti Berkerly, 1976, “ Golden Constant “ mendapati harga emas dengan beberapa barang tertentu selama 400 tahun hingga 1976 adalah kuasa beli menggunakan emas sebagai matawang adalah konstant walaupun ketika menghadapi peperangan atau krisis ekonomi, kuasa beli tetap sama.

Sistem ekonomi sekarang wujud bukan kerana adanya aktiviti keilmuan atau perdebatan ataupun kerena pilihan politik majoriti negara – negara di dunia. Ia berlaku kerana peristiwa – peristiwa besar yang berlaku pada tahun 60 an dan awal 70 an, apabila Perjanjian Brettons Woods gagal dan Amerika Syarikat menjadi bankrupt. Mereka mencetak terlalu banyak dollar dan tidak mampu membayarnya.

Pada tahun 1968, General De Gaulle, Presiden Peranchis mengarahkan menteri kewangannya: Perancis tidak bolek bertolak ansur lagi dengan Amerika Syarikat yang mengekspot inflasinya ke Perancis dengan membanjiri mereka dengan dollar, memandu kereta besar, berperang tapi dengan susah payah orang lain. Dia menyuruh supaya dikumpulkan semua dollar dalam Perancis dan kembalikan kepada Amerika Syarikat dan ditukarkan kepada emas. Seperti yang berlaku setiap kali panik/kekalutan , siapa pun tidak mahu menjadi yang terakhir dalam barisan, dalam tempoh 2 bulan , 60% daripada simpanan emas di Fort Knox susut. Amerika Syarikat terpaksa mengambil langkah mengharamkan penukaran dollar dengan emas untuk indidvidu dan kemudian Bank Negara pun tidak boleh menukar dollar dengan emas. Tahun 1969 , De Gaulle dikalahkan, dan George Pompidou berkuasa, bersama Willi Brandt, mereka mengenengahkan idea Wang Eropah, ECU.

Usaha mula, yang dilakukan De Gaulle telah membawa krisis kepada dollar, membawa kepada Nixon untuk membatalkan janji tukaran 35 dollar untuk satu auns sejak perang dunia kedua. Jadi kita telah masuk kepada situasi dimana matawang terapung , mengikut nisbah antara masing – masing , ini telah memberi kelebihan yang sangat besar kepada pihak yang memiliki ekonomi yang sangat besar keatas yang kecil kerana mereka memberi kamu sekeping kertas dan kamu memberi mereka minyak, gas, galian dll. tetapi kamu tidak boleh kembali kepada mereka dengan ringgit dan membeli sebotol coca – cola pun di New York.

Kamu tidak payah menjadi terlalu intelek untuk memahami prinsip dimana hanya sebuah negara diberi hak keistimewaan (privilage) – De Gaulle menyebut sebagai kelebihan besar Amerika Syarikat untuk mencetak wang yang akan menjadi matawang dunia, ini adalah tidak adil untuk negara lain. Seolah – olah apabila kita bermain monopoly tiba-tiba seorang pemain berkata “ saya akan mencetak wang “, semua pemain lain akan berkata “ Nanti sekejap, Ini adalah mustahil, sudah tentu kamu akan menang “.

Ketidakadilan ini disentuh oleh Dr. Mahathir, pemimpin Russia sekarang pun bercakap tentang menggantikan dollar,disudut akademik, Prof. Robert Mundell pemenang Nobel Prize juga bercakap tentang matawang berasaskan barang (komiditi) , Prof Duetch dari Jerman juga menyentuh tentang bagaimana hendak menegakkan ekonomi berdasarkan system kewangan yang betul. Sekarang kita tidak ada sistem kewangan,sekarang kita hanya ada huru-hara ( Prof Robert Mundell ). Mangsa yang terdekat yang kita dapat lihat ialah Argentina, mengikat duitnya dengan dollar tetapi masih tidak dapat menguruskan ekonominya dengan baik kerana matawangnya tidak stabil.

Penggunaan emas; bermaksud duit akan akan ada definasi, sama seperti apa yang kita sebut sebagai kilogram. Satu kilogram ialah satu kilogram. Bayangkan huru – hara yang berlaku jika ada kilogram Malaysia dan kilogram Indonesia, kemudian kamu berdagang dengan China dan mereka memiliki kilogram mereka yang tersendiri. Oleh itu kamu boleh melupakan perdagagan, barang dagagan sudah tidak relevan lagi. Apa yang menjadi isu nilai tukaran asing ( exchange rate ) antara kilogram yang berbeza. Kita telah membuka pintu kepada spekulasi pasaran untuk mereka yang akan merompak dan memanipulasikan pasaran untuk kepentingan mereka.

Dunia menuntut satu matawang, Kamu boleh berkomunikasi dari Malaysia ke New York dalam masa 15 saat tetapi kamu tidak boleh mempunyai 162 matawang. Ini tidak logik. Kita perlukan satu matawang dan hari ini ialah dollar, mereka tidak mahu mengubahnya , tetapi dollar tidak stabil. Ini adalah ketidakadilan dan tidak boleh diterima.

Ada satu bidang perbahasan yang sangat besar disegi akedemik untuk merasionalkan US dollar, mereka sanggup mengatakan ini adalah berdasarkan pasaran bebas ( free market ), mereka mencipta institusi seperti IMF bagi menghidupkan sistem mereka . Prof Robert Mundell sangat kritikal keatas IMF yang wujudnya bermatlamat untuk menghilangkan fungsi matawang berdasarkan emas dan perak.

IMF mewujudkan SDR ( Special drawings Right ) pada 1969, ketika kelemahan dollar mula – mula didedahkan. Mereka mahu menyelesaikan apa yang mereka panggil sebagai masalah kekurangan emas dengan mencipta ganti ( substitute ) kepada emas, SDR. Mula – mula dipanggil sebagai kertas emas (gold paper), kerana disandarkan pada emas. Dalam tempoh dua tahun sahaja sistem ini runtuh (1971), IMF mula membuat propaganda secara besar – besaran untuk menjatuhkan emas dan menonjolkan dollar. Mereka menggalakkan negara – negara mendapatkan bon Perbendaharan US ( treasury Bond ) dengan interest. Emas nampak menjadi terlalu mahal untuk dipegang dan menjadi fahaman orthodox untuk memegang emas sehinggalah kita sampai kepada situasi yang mana kita berada sekarang ini.

Kita boleh melihat ini dari sudut akedemik, sistem ekonomi ialah satu methodology/cara, samada ilmu atau ideologi , berakar dari cara pemikiran tertentu. Saya mahu melewati pekara tersebut (bypass), dan pergi terus kepada yang praktikal. Dinar bukan alat kewangan, ianya satu barang (komiditi ). Sama seperti sekilo ubi kentang, bukannya janji pembayaran. Institusi kewangan dan ekonomi yang timbul disekelilingnya melihat emas sebagai masalah. Kesemua masalah boleh disimpulkan dengan mengatakan emas tidak mencukupi. Sebabnya emas tidak membenarkan penambahan wang kerana emas tidak dapat dicetak. Emas tidak dapat ditambah dengan penambahan credit (hutang) atau menambah bilangan wang. Bank Pusat dalam krisis sebegini telah mengenepikan emas sebagai sampingan dan tidak relevan.

Mengikut rasional ini ,emas tidak baik untuk ekonomi. Persoalannya untuk ekonomi mana ? Adakah hanya ini yang ada pada ekonomi ? Pada tahap 10 tahun kebelakangan ini menjadi satu trend untuk bercakap tentang ekonomi sebenar dan ekonomi berdasarkan spekulasi. Orang ramai mula memahami disamping bertambahnya GNP sesebuah negara setiap tahun, duit masih tidak sampai kepada orang bawahan. Jurang antara yang miskin dan kaya semakin meluas. Oleh itu mesti ada cara yang lain untuk mengukur ekonomi, bagamana pula keluaran industri di USA menurun sedangkan GNPnya naik ? bagaimana kita mengukur pertumbuhan ekonomi ? Jika saya menjual kamu saham Microsoft, 100, kamu jual saya balik 120, saya jual pula 150, jual balik pada saya 180, 200…dan seterusnya kita berdua boleh menjadi kaya tetapi sedikit pun kita tidak memberi input kepada perkhidmatan atau produk bagi kebajikan masyarakat.

Kita pisahkan antara pertumbuhan (growth) berdasarkan perdagagan dan memberi perkhidmatan. Inilah ekonomi sebenar berdasarkan masyarakat sebenar dengan perdagagan sebenar dengan pasar sebenar dan matawang sebenar. Saiz antara ekonomi berdasarkan spekulasi dan yang sebenarnya nisbah 1:100, dan saiznya bertambah besar kebelakangan ini. Hujah saya ialah emas tidak membantu ekonomi spekulatif tetapi dimiliki ekonomi sebenar. Jika kita hendak memahami bagaimana dinar dapat berfungsi kita mesti mengetahui sektor mana dalam ekonomi yang dapat memberi manfaat dengan pengenalan dinar ini. Untuk memahaminya dengan lebih mendalam kita mesti melihat lebih kehadapan dari hanya matawang,iaitu ekonomi dinar nama lain bagi ekonomi sebenar.

Apabila Dr. Mahathir bercakap tentang Blok Dagangan Islam(Islamic Trading Bloc), disana ada reaksi dari mereka yang mengelilinginya . Bank Negara datang padanya dan berbisik “ terlalu mahal “. Memang saya pun akan berkata begitu tetapi apabila saya bertemunya baru – baru ini saya mengatakan: “Mungkin untuk Bank Negara, Dinar adalah mahal tetapi untuk rakyat yang miskin pekara yang paling mahal ialah US dollar .“ Di merenung saya dan tersenyum ,dia memahami maksud saya.

Kita mesti mengetahui kenapa institusi kewangan menolak dinar dengan itu, kita akan memahami dimana dan bagaimana emas boleh bergerak. Marilah kita kembali dan melihat dimana dinar pernah wujud. Adalah mustahil untuk meletakkan dinar dalam sistem yang begitu asing dengannya. Dinar akan hidup dalam suasana dengan institusi lama yang telah hilang. Dinar berada seiiring dengan pasar terbuka, bukan supermarket, perbezaannya sangat besar.

Dinar Islam ialah berkaitan dengan perdagagan Islam. Biar saya terangkan semua bentuk asas institusi-institusi ini kerana kita telah terlepas pandangnya. Semua elemen asas berkait rapat dengan Pasar dalam perdagagan Islam. Rasullulah s.a.w. ketika berhijrah ke Madinah, membina masjid dan pasar. Dia meletakkan peraturan kepada pasar Madinah, Pasar sama seperti masjid tidak ada pemilikan peribadi, sadaqah untuk orang ramai. Dalam shariah pasar adal sebahagian dari waqaf masyarakat.

Kita tidak boleh meletakkan syarat kepada pasar seperti jika seseorang datang ke masjid dimana kita akan akan bertanya “ Adakah kamu menjadi ahli ? Sudahkah kamu membayar yuran ? Atau bolehkah seseorang datamg ke masjid dan mendirikan binaan dinding dan mengatakan “ Inilah tempat solat saya “ Pasar mengikut prinsip yang sama dengan masjid. Umar Al Khattab tidak membenarkan jug diletakkan sebagai tanda bagi mendapatkan tempat dalam pasar. Seorang peniaga yang mendirikan khemah dimusnahkan dan dibakar oleh Saidina Umar Al Khattab dan peniaga itu dihambat keluar dari pasar. Ini kerana Pasar adalah terbuka untuk semua, ini mesti dipertahankan dan untuk mempertahankan golongan miskin.

Kita dapati perbezaan yang sangat besar antara pasar terbuka ini, Pasar Islam dan supermarket seperti Tesco atau Carefour. Satu tidak dimiliki oleh siapa pun dan terbuka untuk semua sedangkan satu lagi dimiliki oleh satu syarikat atau seseorang dan hanya mereka sahaja yang menetapkan apa yang patut memasuki premis mereka. Supermarket hanya boleh wujud dengan ketiadaan pasar Islam, begitu juga sebaliknya jika ada pasar Islam ,supermarket mesti tiada. Hanya inilah persaigan dalam perniagaan sedangkan engan supermarket persaingan berakhir.

Ibn Khaldun dalam perpekstif sejarah menyebutkan , tempoh kemajuan akan diikuti dengan tempoh kemunduran, jika kamu hendak mengetahui sejauh mana keadaan masa kamu, pergilah ke pasar. Jika pasar terbuka untuk semua orang, inilah masa kemajuan tetapi jika pasar hanya dimiliki oleh keluarga tertentu sahaja, ketahuilah ini adalah masa kemunduran. Maksudnya jika saiz pasar tidak berkembang, dan pemiliknya berkata ini hanya untuk kami. Lihat keadaan,jika hanya satu masjid sahaja di Kuala Lumpur, tempatnya akan penuh, orang ramai tidak boleh masuk untuk solat. Satu kumpulan elit sahaja akan masuk, dan orang yang tidak dapat masuk akan menyuruh kumpulan elit ini bersolat untuk mereka. Jadi inilah yang akan berlaku pada perdagagan.

Bagaimana hanya sekumpulan kecil sahaja diberi hak keistimewaan untuk menjadi peruncit ? Di Britain , 5 kumpulan supermarket terbesar menguasai 60% peruncitan,sementara di Switzerland satu kumpulan menguasai 51%, di German serupa, ada tiga atau empat sahaja. Jika kamu membiarkan mereka berada disini, kedai – kedai kecil akan hilang dan akan memberi jalan pada pasaraya-pasaraya besar ini. Inilah trend semulajadi. Inilah yang disebut oleh Margaret Thacher sebagai menghapus perniagaan yang tidak competetif , sudah tentu monopoli adalah lebih competetif kerana tidak ada keadilan lansung.

Karekteristik yang paling penting dalam pasar yang terbuka ialah perdagagan,maksudnya kita mesti ada karavan (rombongan dagagan), saya bukan bermaksud unta di padang pasir. Karavan boleh jadi kapal terbang, trak atau kapal laut. Yang pentingnya mereka ada tempat yang hendak dituju.Kamu tidak boleh ada karavan dengan tiada pasar yang hendak dituju. Mereka tidak boleh pergi ke Tesco, dan terpaksa dibiarkan ditepi jalan – inilah yang telah kita lakukan kepada peniaga – peniaga kita. Kita membuang mereka di jalanraya – jalanraya, ke Pasar malam, khazanah masyarakat di dibuang dijalan sedangkan Banker – banker berada di istana. Kita melakukan sesuatu yang bertentangan dengan saidina Umar Al Khattab katakan; Peniaga – peniaga adalah tetamunya, orang ramai meletakkan mereka di istana, pengamal riba dibuang ke jalanan dan hambat keluar dari bandar.

Allah s.w.t menyebut :

وَأَحَلَّ اللَّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا
padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.

Al Baqaroh : 275

Kita telah melakukan yang bertentangan, kita menghalang perdagagan dan menghalalkan riba. Khususnya ahli ilmuan mereka kena memecahkan kebekuan, memecahkan penjara ekonomi dan mula berfikir semula secara menyeluruh dan inilah tujuan seminar ini.

Karavan (rombongan dagangan) dan perdagangan yang sebenar hanya boleh wujud semula apabila institusi pasar dibawa balik, jika tidak, kita ada hanya pengedaran monopoli ( monopolistic distribution ) . Tesco menguasai pengedaran seterusnya pengeluaran. Sekarang anda telah melihat brand Tesco pada pampers, berus gigi dan barangan lain semuanya Tesco. Ini bukan perdagangan. Sudah tidak menjadi soal lagi kepada apa yang dipanggil oleh World Trade Organization – WTO Pertubuhan Perdagangan Dunia sebagai perdagangan kerana mengikut pandangan kita,ini bukan perdagangan, ini ialah World Monopolistic Distribution Organization ( Pertubuhan Pengedaran Monopoli Dunia ). Untuk menghidupkan perdagangan pasar harus hidup.

Semasa Necmetin Erbakan menjadi Perdana Menteri Turki buat seketika,kita sedang menyediakan model Pasar Islam di Turki, saya berharap dapat melakukannya disini dengan secepat mungkin. Kita membuat projek “ 25 Pasar Terbuka Eropah “, yang boleh menjadi rangkaian pengedaran terbuka terbesar di Eropah, yang membenarkan pengeluar mengedar barangan mereka dari mana sahaja di dunia, menjual secara terus kepada pengguna di Switzerland tanpa orang tengah kecuali yang mereka lantik sendiri. Apa yang berlaku sekarang ialah penurunan tariff, syarat yang mudah dan kekangan yang dilonggarkan WTO tidak membantu perdagangan bahkan ia menolong pengedaran secara monopoli. Bolehkah melihat perbezaannya? Selama peruncitan dikuasai golongan sedikit, susah untuk kita bercakap mengenai perdagangan yang sebenar. Kamu hanya menggalakkan mereka bergerak dengan lebih pantas dan dengan lebih efektif dan mengembangkan lagi rangkaian pengedaran monopoli mereka. Ini bukan perdagangan, untuk menghidupkan perdagangan ,pasar harus dikembalikan.

Jika pergi Sainsbury, Britain hari ini, kamu akan dapati orange dari Israel disana. Tidak penting lagi samada orange dari Morocco lebih sedap dan murah kerana pemilik kedai sainsbury adalah orang Yahudi, dia membuat keputusan mengikut kehendaknya. Tidak pembukaan pada pasar tersebut, inilah disebut sebagai pengedaran. Perdagangan membawa maksud semua orang diberi hak, inilah ideanya yang asal. Rasulullah s.a.w bersabda 9/10 dari rezeki datang dari perdagangan. Jika kita membenarkan perdagangan ditutup, bermakna kita telah menyerahkan harta kita 9/10 dan 1/10 bakinya kepada pengamal riba. Kita berada didalam kedudukan yang mana kita sendiri mengikat diri kita, dengan wawasan 2020 kita berkedudukan untuk menjadi negara industri sedangkan kita telah mengimpot sekali sebahagian dari penyakitnya tanpa membuat penilaian. Ada aspek teknoloji dan industri yang boleh kita manfaatkan tetapi suatu penapisan dan penilaian harus dibuat, supaya tidak berulang penyakitnya yang sama disana dibawa kemari, salah satu elemen yang sangat penting ialah persoalan pasar. Aspek yang penting kepada perdagangan Islam ialah Pasar terbuka, ada lagi yang mesti disentuh tentang permasalahan ini, tetapi inilah asasnya.

Dalam menyentuh soal Perdagangan Islam, salah satu elemennya ialah tentang matawang itu sendiri. Dinar dan juga E- Dinar versi elektronik. Jadi kita ada dinar dalam poket dan dinar dalam elektronik sebagai medium pembayaran, sebagai alternertif kepada sistem Bank dalam tempoh 300 tahun ini. Ini bukan Bank kerana kita tidak mencampur-adukkan antara matawang dan kredit (hutang). Kita memisahkan keduanya. Kita lebih baik dari sistem Bank kerana transaksi menggunakan e- Dinar hanyalah dengan kos maksima 0.50 cents US . Anda boleh memindahkan 100 juta dollar dalam emas dari KL ke New York hanya dengan 0.50 cents US sahaja. Ini hanya memakan masa 3 saat, bukan tiga hari dan bukan 3 bulan. Kita bukan sahaja alternertif kepada sistem Bank tetapi kita lebih baik, kita bukan sebahagian dari sistem mereka. Kita berdasarkan dinar dan dirham, bukan matawang kertas, ini adalah manfaat atas manfaat.

Bentuk kedua yang kita dapat lihat dengan idea pasar ini ialah e-market yang boleh diintregasikan dalam e-dinar. Disana ada lagi elemen yang penting iaitu aspek pelaburan. Bila kita melihat pada emas hari ini, orang akan bertanya “ Apa yang nak kami lakukan dengan emas ? Kami hanya menyimpan dalam peti dan tidak ada tempat lain jadi ia keluar dari ekonomi , tidak ada formula perlaburan.itulah masalahnya”.

Sebenarnya kunci kepada pelaburan dimasa lalu ialah qirad atau mudaraba. Saya hendak menyuruh kamu supaya melupakan semua, apa yang kamu dengar tentang mudaraba dari Bank – Bank Islam. Mereka telah mengambil dari aqad ini, menukar bentuknya supaya dapat disesuaikan dengan sistem Bank. Aqad atau kontrak baru ini sudah tidak dikenali lagi, sedangkan qirad yang sebenar bermaksud yang lain. Kita akan lihat pada kecantikannya dan manfaatnya tetapi ianya bukan sebahagian dari perbankan.


Sebahagian dari syarat utama qirad:Tidak ada jaminan tetap, wang yang dilaburkan tidak ada jaminan, peniaga tidak perlu memberi jaminan tetap, tidak ada pemilikan (ekuiti), tidak diikat dengan tempoh masa tertentu oleh yang demikian semua syarat – syarat utama Bank tidak ada sejak dari awal lagi.

Malangnya, Bank-bank Islam dan ulamak moden telah mengIslamkan kesemuanya sehingga kontrak asal qirad telah hilang. Mereka telah menjadi gila-gila dalam mengIslamkan kesemuanya seperti yang mereka melihat Islam hanya sebagai alat pemasaran ( marketing tools ). Mereka mendefinasikan pelaburan Islam sebagai pelaburan saham yang tidak ada alkohol dan babi,secara automatiknya NASDAQ diIslamkan, kerana ia hanya melibatkan saham teknoloji jadi ianya halal. Kesannya kita melihat sejumlah 120 billion US dollar dilaburkan dengan saham bernilai 90% yang dikatakan Islamik dalam denominasi US Dollar. 90% dalam NASDAQ dan Bursa saham dibarat. Wang yang sangat diperlukan untuk pembangunan dilaburkan semula kepada mereka (US) dan proses ini dipanggil Islamik. Ini tidak masuk akal tetapi inilah yang berlaku sekarang atas nama Islam.

Kontrak qirad yang sebenar menterbalikkan proses ini, qirad ialah untuk perdagangan/perniagaan sebenar, formula pelaburan untuk perniagaan. Kita ada pelabur dan peniaga. Peniaga tidak ada jaminan keuntungan tetap, tidak ada tawaran ekiuti/pemilikan dan tidak ada tempoh tertentu yang tetap, jadi bagaimana kita menilai dan melihat kualiti yang ada pada orang yang berniaga. Mereka dinilai berdasarkan reputasi dan pencapaian yang lalu.Disana ada aspek bermasyarakat yang perlu dilihat, penglibatan mereka dalam masyarakat,dalam jama’ah, dalam kumpulannya. Jika dia sudah dimaklumi dan dipercayai, segalanya akan nampak jelas dan berpihak kepadanya. Jika kepercayaan sudah tidak ada pada individu tersebut sudah disukar diterima. Rujukan dari masyarakat adalah aspek yang sangat penting dalam qirad. Rasullullah s.a.w ialah agen/wakil,dimana Khadijah meletakkan pelaburannya kepada baginda atas dasar kepercayaan orang ramai kerana gelaran Al – amin yang diberikan masyarakat kepada baginda. Penilaian dalam masyarakat sangat berguna. Pedagang dan peniaga sangat penting kepada masyarakat kita.

Mengapa saya perlu tahu apa yang berlaku kepada NASDAQ kelmarin ? Kamu dilontarkan dalam TV tentang apa yang berlaku di Bursa Saham New York ? Siapa peduli ? Ramai dikalangan kita tidak memiliki saham disana, kita tidak akan memiliki saham disana. Bagaimana dengan orang-orang kampung ? Kenapa kita didedahkan dengan nombor-nombor magik ini seperti agama baru, yakni harga saham-saham NASDAQ dan NYSE.

Sedangkan kepada masyarakat kita yang relevan tentang perniagaan, ialah kehidupan peniaga – peniaga itu sendiri. Mereka adalah permata dan harta yang wujud dalam masyarakat kita tetapi kita memandang mereka dan mereka berada dalam kegelapan. Sebahagian dari qirad ialah mendedahkan individu – individu kepada pencapaian cemerlang mereka supaya pencapaian sebagai track record menjadi sebahagian dari profail peniaga tersebut.

Ini mudah dicapai, seorang peniaga mungkin telah melakukan 20 kontrak qirad, pulangan yang pertama 20%, kedua 15%, seterusnya 25% dll. Cara ini , mudah untuk melihat pencapaian yang lalu dan menggalakkan orang ramai melabur dengan mereka. Jadi dengan pelbagaian pelaburan dan perniagaan, kita akan ada sistem dimana wang tidak akan lagi pergi ke New York tetapi dilaburkan dalam masyarakat kita, dalam sektor ekonomi yang dipanggil sebagai perdagangan dan inilah yang hendak kita aktifkan.

Kita akan menyebutnya sebagai Mekanisme Teras dalam Blok Perdagangan Islam ( Core Mechanism of an Islamic Trading Bloc ). Ini adalah langkah minima yang mesti dilakukan bagi memastikan perkembangan ekonomi dinar. Ini akan menghidupkan ekonomi baru, kekayaan baru dengan perkembangan keupayaan dinar. Kita akan menjayakan sistem ini selari dengan ekonomi spekulatif tanpa perlu bersaing dengannya. Seperti kata Dr. Mahathir, biarkan kedua – dua sistem ini bergerak secara serentak dan orang ramai diberi pilihan. Kita tidak mahu menjadikan dinar sebagai undang – undang. Kita mahu memberikan perkhidmatan, e-dinar sebagaimana Visa dan Mastercard dibentangkan kepada kita, kerana kedua-duanya wujud bukan kerana desakan politik pun. Kita kena ingat, dulu jika seorang mahu mengeluarkan duit ke luar negara, mereka mesti menggunakan kad kredit. Ini membenarkan mereka melewati halangan regulasi setempat dan mereka sudah menjadi matawang. Mastercard dalam publisitinya sudah menggelarkan mereka sebagai matawang dunia.

Kita akan jadikan e-dinar dan dinar Islam iaitu matawang saidina Umar ibn al khattab sebagai matawang dunia dan memperkenalkannya sebagai satu servis/perkhidmatan dan mengembangkannya. Yang paling penting ialah menghidupkan semula bahagian bawah dalam masyarakat yang sangat memerlukan, ekonomi sebenar peniaga – peniaga. Sebab itu saya berkata kepada Dr. Mahathir “ Barang yang paling mahal kepada orang yang miskin ialah US Dollar “. Adanya dinar ialah untuk menolong mereka, perdagangan Islam untuk menolong mereka. Apa yang kita mahu lakukan ialah untuk mengindustrikan pasar – pasar malam, memberi sesuatu kepada mereka yang tidak ada, menolong mereka untuk mengembang, memberi tempat yang selesa untuk berniaga dengan fasiliti yang bersesuaian sesuai dengan perniagaan kecil hari ini, moden , tempat simpanan, stor simpanan sejuk beku, fax dan servis perkhidmatan sekretarial. Yang paling penting tempat untuk mereka berhubung dengan pedagang dari luar negara kerana dapat menjana imiginasi baru dalam bentuk perdagangan yang baru.

Kita akan melahirkan usahawan baru, dengan mengembangkan lagi pertumbuhan perniagaan mereka. Mereka akan menjadi penting kepada kita dan kita akan mula menilai harta berdasarkan perkhidmatan keatas kebajikan mereka tanpa perlu seperti yang kita lakukan sekarang iaitu kita cuma menambahkan nilai pada kertas untuk servis kewangan tertentu.

Kepada mereka yang menjadi pengajar, alim atau akedemik, kamu ada tanggunjawab. Kita tidak boleh terus menggunakan terminologi palsu mereka, sistem mereka, logika mereka dan berpura – pura semuanya OK. Tidak, semuanya tidak OK. Sistem mereka tidak berfungsi. Adakah cara lain untuk kita berfikir tentang masalah ini ? Sudah tentu ada ! Siapa yang berkata hanya cara pemikiran MR. FRIEDMAN sahaja yang boleh membawa kepada kekayaan dan kemakmuran ? Sudah tentu ada cara yang lain ! dan kita terutamanya umat Islam , adalah hanya satu umat dari manusia yang memiliki bahan mentah dan manusia yang teramai dengan latar belakang tradisi dan agama yang benar yang dapat membawa penyelesaian keatas dunia yang sangat memerlukan jawapan.

Ini bermakna umat Islam akan kembali memimpin dunia, inilah yang Allah s.w.t hendak kita lakukan, kuffar tidak boleh melakukannya, mereka tidak mendapat izin untuk melakukannya. Mereka tidak ada alat dan kefahaman. Kita ada keduanya, sebab itu kita kena bentangkan kepada mereka. Ingat, tarikan pada Dinar dan E-Dinar bukan hanya untuk orang Islam sahaja, buat masa sekarang lebih ramai pengunaannya dikalangan orang bukan Islam. Kesedaran tentang kegoyahan US dollar lebih disedari dikalangan orang bukan Islam. Orang Islam-lah yang paling lambat menyedari tentang betapa susahnya kita disebabkan kedudukan US dollar sekarang.

Inilah sebahagian dari drama dimana Islam telah dihijack 100 tahun dahulu oleh golongon moden seperti Abduh dan Afghani dan kemudian diikuti oleh Ikhwan Muslimin dan Jamiati Islami yang meletakkan Islam dalam situasi yang tergantung. Isu – isu moral menjadi faktor dominan, sedangkan pekara – pekara politik dan ekonomi menjadi sekular ( dipisahkan dari Islam ). Kemudian dengan satu lipatan sahaja, pada akhir abad ke 20 idea Islamisasi lahir, yang sebenarnya ialah sekular yang tersembunyi, tetapi lebih teruk. Sekular secara terbuka jelas, mengatakan ini faham sekular tetapi program Islamisasi mengatakan ini adalah Islam dan ini adalah lebih merbahaya.


Harga emas naik, ramaikah pembelinya?

Teori ekonomi mengatakan apabila emas naik harga, bermaksud permintaan tinggi di pasaran. Namun, apabila ia berterusan naiknya makan teori ekonomi juga telah mengatakan permintaan akan balik kepada titik yang asal iaitu permintaan akan menurun dek ketidakmampuan kuasa pembeli akibat harga tinggi yang melampau. Ini hanya berlaku pada barangan yang bukan asasi manusia. Persoalannya adakah emas barangan asasi manusia?

Gold Backing Of Currency Doesn't Make It Islamic - Tun Dr Mahathir Mohamad



KUALA LUMPUR, Oct 26 (Bernama) -- Backing currency with gold does not make it Islamic, former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad said on Tuesday.

He said it became Islamic only if transaction in the currency did not involve interest or riba.

"It is not the name that is important. It is the gold backing for the currency, whatever may be its name," he said in a keynote address at the Global Islamic Finance Forum 2010 here.

He said there were repeated suggestions for the use of gold dinars, and Muslims bankers must not be moved by sentiments alone.

He said people needed also to be conscious that gold prices could change and its value in different countries would differ.

"If we use gold as a currency domestically, the purchasing power will differ with different countries. Besides that, its bulk makes it unsuitable as currency for everyday use," he said.

Dr Mahathir said when gold was the standard by which currency was issued, it was fixed at US$36 per ounce of gold.

"Today, one ounce of gold worth US$1,400. One US dollar would be equivalent to 1/1400 ounce of gold.

"It would be very tiny if issued in coins. It is not practical to carry gold coins in the pocket," he said.

He said the place for gold would be in the settlement of international trade as it involved large sums of money and payment in physical gold would be inconvenient because of its bulk.

Meanwhile, Dr Mahathir said there was a great future for Islamic finance but its success would not be because it did not involve payments of interest.

He said its future depended on ethical practices, supervision by governments, avoidance of dubious practices and products, concentration of financing of real business and rejection of betting on futures and manipulation of the market.

"Profiteering must be avoided, and there must be a limit to money creation," he said.

Dr Mahathir said the sector had found many ways to be profitable without resorting to blatant interest charges but the conventional banks were forever coming up with banking products.

"While it is important that Islamic banks match these products, it should be very careful that the products are ethical, that they truly conform to the tenets of Islam," he said.

He said proper regulations and supervision by inspectors who themselves must be under supervision was important if the sector was to grow and become a good alternative to the current banking system.

"The Islamic banking system has not yet been abused now but this does not mean it will never be abused. There are as many greedy people among Muslims as there are among the followers of other religions," he said.

He said the executives should be well-compensated and they must never award themselves unreasonable pay, compensation and bonus.

"These are tough conditions but if they are not met then Islamic finance may meet an early grave," Dr Mahathir said.

Dinar emas mampu henti perang mata wang - Tun Dr. Mahathir


01/11/2010 2:36pm

KUALA LUMPUR Nov. 1 - Kerajaan di seluruh seharusnya menimbangkan penggunaan dinar emas bagi menghentikan perang mata wang, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, penyusutan dolar AS mewujudkan masalah bagi negara-negara memandangkan mereka perlu menurunkan nilai mata wang mereka bagi mengatasi kerugian daya saing.


"Jika setiap negara menurunkan nilai mata wangnya, akan ada perang mata wang dan sudah tentu, akan menyumbang kepada krisis,” kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Dunia Pertama Mengenai Riba di sini hari ini.


Dr. Mahathir berkata, emas mempunyai nilai intrinsik dan oleh itu merupakan nilai yang lebih baik berbanding mata wang. - Bernama

Zakat Emas dan Perak samada wang atau lainnya



Tiada zakat wang kertas mengikut mazhab Shafie
Zakat hanya boleh dibayar dengan ain (benda) bukan dayn ( Resit hutang - wang kertas)

Rujukan Kitab Sulamul Sibyan : Tuan Guru Hj Ayah Chik


Fasal pada menyatakan zakat emas dan perak sama ada wang atau lainnya

Syarat wajib zakat emas dan perak :

1. Islam - Tuan harta itu Islam
2. Merdeka - Hamba tiada wajib
3. Sampai nisabnya 20 mithqal / dinar emas (85 gram) atau 200 dirham perak ( 595 gram )
4 Dimilik akan dia ( emas dan perak ) cukup 12 bulan arabiyah samada disimpan akan ia atau diberi orang berhutang, maka wajib zakat atas tuannya.

Zakat emas dan perak itu 1/40 atau 2.5%.

Segala benda yang kena zakat itu 9 pekara sahaja.

1. Binatang ternakan.
2. Emas.
3.Perak.
4. Buah kurma dan anggur. (Tiada wajib zakat buah - buahan yang lain )
5. Biji - bijan yang mengenyangkan.
6. Badan - Fitrah
7. Galian emas dan perak.
8. Rikaz emas dan perak.
9. Benda - benda buat perniagaan.

Tiadalah wajib zakat melainkan 9 benda ini sahaja pada mazhab Shafie.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

" Bermula segala orang yang menaruh akan mereka itu emas dan perak , dan tiada menafkah mereka itu akan dia pada jalan Allah artinya tiada memberi mereka itu akan zakatnya maka khabar olehmu ya Muhammad akan mereka itu dengan kena siksa yang sangat - sangat sakit "
Maksud Surah at Taubah:ayat 34

Telah berkata Imam as shafie didalam Kitabnya ar Risalah :
" Tiada harus diqias dengan emas dan perak atas yang lain daripada keduanya pada wajib zakat "


Maka tiada wajib zakat duit tembaga dan duit kertas kerana bukan kedua duanya emas dan perak dan bukan binatang ternakan bukan buah - buahan dan bukan biji bijian melainkan jika dibuat berniaga dengan dia. Maka wajib zakat perniagaan bukan zakat 'ain wang kertas.

Ada tersebut didalam Kitab Shamsul Asyhraq karangan al 'alamah Shaikh Ali Al Maliki pada m/s 60 katanya " Dan demikian lagi bersangatan Alim Shaikh Muhammad 'illisyh tatkala ditanya akan dia daripada kertas yang ada padanya chap Sultan dan bermuamalah denga dia, berjualbeli dengan dia semacam dirham - dirham dan dinar - dinar. Adakah diberi zakatnya sebagai zakat 'ain atau semacam zakat mata benda perniagaan atau tiada wajib zakat padanya ? Menjawab ia dalam Kitab Fatwanya , Fathul 'ala al Malik, berpegang ia bagi riwayat yang kedua yang muktamad pada mazhab Malilki ia jawab dengan nasnya tiada wajib zakat padanya yakni tiada wajib zakat pada wang kertas ".

Ada pun pada mazhab Shafie maka tiada wajib zakat wang kertas sama ada disimpan dirumahnya atau di tabung haji atau di bank atau diberi orang berhutang, tiada wajib zakatnya melainkan jika dimilik wang kertas itu dengan mu'awadhah serta diniat tatkala itu hendak buat berniaga denga dia. Maka apabila sampai harganya 200 dirham dan cukup 12 bulan arabiyah maka ketika itu wajib dikeluarkan zakatnya, zakat mata perniagaan, bukan zakat 'ain wang kertas iaitu zakatnya 1/40.

Dan berkata Shaikh Ahmad Khatib iaitu didalam Kitabnya Mazhab Shafie pada m/s 46 artinya : " Bahkan jika berkehendak oleh seorang mengeluarkan zakat daripadanya wang kertas nescaya tiada sah ia dan lagi haram mengeluarkan zakat wang kertas kerana padanya yakni pada mengeluarkan zakat wang kertas itu jadi mengerjakan ibadat yang fasidah, ibadah yag tidak terpakai, sia - sia dan lagi buat zalim akan tuan - tuan harta dengan memperwajibkan barang yang tiada wajib atas mereka itu dan memakan akan harta manusia denga jalan yang bathil, makan dengan jalan yang haram. Maka jikalau begitu tidak beri zakat wang kertas itu boleh pahala kerana jika meninggal barang yang haram dengan niat ikut perintah syarak itu boleh pahala ".

Ramai Ulamak - Ulamak yang menghukum wang kertas itu semacam wang tembaga. maka tiada wajib zakatnya pada mazhab shafie. Antaranya :
1. Al 'alamah Shaikhul Islam Negeri Mesir masa dahulu ialah Muhammmad Anba bi iaitu guru bagi as Saiyid Ahmad Bek al Husaini.
2. Al ' alamah Shaikh Hasbullah , ulamak besar Mekah di zamannya.
3. Al 'alamah As Saiyid Abdullah bin Abi Bakar.
4. Al ' alamah Shaikh muhammad I'jaz Hussain.
5. Al 'alamah Shaikh Muhammad Nazri Ali.
6. Al ' alamah Shaikh Muhammad Irshad Hussain.
7. Al ' alamah Shaikh Muhammad Abdul Qadir.
8.Al ' alamah Shaikh Muhammad Inayatullah.
9. Al ' alamah Shaikh Abdul Jalil.
10. Al Mufti Shaikh Muhammad 'Illisyh.
11. Al ' alamah Shaikh Muhammad Khatib

Telah menyebut nama - nama ulamak - ulamak yang tersebut itu oleh Syaikh Ali al Maliki didalam kitabnya Shamsul Asyhraq.

12. Al 'alamah Shaikh Ali Al Maliki.
13 Shaikhul Islam Kedah Al Haj Wan Sulaiman iaitu semasa dia muda dahulu.
14. Shaikh Al Haj Wan Ahmad Bermin Fathani.
15. Tuan Guru Shaikh saya ( Ayah Chik ) Shaikh Al Haj Abdullah Fahim , Mufti Pulau Pinang. Pada masa itu dia belum menjadi mufti dan dia menyuruh saya berpegang dengan barang yang didalam Kitab Iqna' an nufus yang saya mengaji padanya itu kitab dan dia khabar kepada saya, Shaikh Ahmad Khatib itu ia kata guru aku dan Shaikh Ali Al Maliki itu sahabat aku.

Ramai Ulamak mengaku sah dan betul barang yang tersebut didalam kitab Shamsul Asyhraq serta memberi puji pujian mengatakan elok dan betul barang yang tersebut didalam kitab tersebut. Pertamanya : Maulana Hujjatul Ummah Qadhi al Qadha' wal mufti al ahnaf bil Aqthoril arabiah bil Makkah wa raisul ulama' al 'alam , al 'alamah Abdullah bin Abdurrahman Siraj. Kedua : Al 'alamah Shaikh Habibullah Al jaki. Ketiga : Al 'alamah Shaikh Ali An Najar. Keempat : Al 'alim Al Fadhil Shaikh Muhammad Abdurrahman As Shanqithi. Keempat : Al 'alim fadhil As Saiyid Thohir Ad dibagh dan demikian juga pada mazhab Hanbali tiada wajib zakat wang kertas .. dari Kitab Shamsul Asyhraq.

Wang kertas itu bukan sanad ad daiyin ertinya bukan surat hutang kerana takrif surat hutang ialah " Kertas yang ditulis padanya akan orang yang berhutang dan orang yang memberi hutang dengan nama kedua - duanya dan hutang apa jenisnya dan sebanyak mana qadarnya dan saksi atasnya dan diberi pegang taruh ditangan oang yang yang beri berhutang ".

Maka wang kertas itu tiada masuk dalam takrif surat hutang. Maka betul lah wang kertas itu bukan surat hutang dan hanya dikira duit yang laku yang lain dari emas dan perak yang dinilai harganya yakni dibubuh harganya sekian sekian ringgit dan ditulis didalamnya pun dengan kata wang kertas ertinya duit kertas. Bukan ditulis kata surat emas perak. Lagi pula jika sungguh wang kertas itu surat Bank berhutang emas dan perak maka cubalah bawa wang kertas itu tunjuk kepada bank minta hutang itu nescaya Bank tiada bayar, mingkin orang Bank marah, dia kata " Kamu binggung kah ? Gila kah ? Kamu tidak bacakah didalamnya wang kertas bukan ditulis surat hutang. Mereka halau kamu semacam halau anjing sahaja.

Ada pun orang yang berkata wang kertas itu khilaf ulamak pada wajib zakat, maka baik lah ihtiyhat ( berhati hati ), berilah zakatnya kerana jikalau betul orang yang berkata wajib zakatnya maka lepaslah kita daripada berdosa dan dapat pahala. Jikalau betul orang yang berkata tiada wajib zakatnya maka jadilah sedekah sunat, maka itu ihtiyhat ( berhati - hati ) yang bathil.

Telah berkata Guru bagi beberapa Guru kami, al 'alamah Shaikh Ahmad Khatib rahimahumullah didalam kitabnya Iqna' an nufus pada m/s 48 ertinya : Dan atasnya lazim daripada ini ihtiyhat ( berhati - hati ) tu beberapa mudharat dan bermula yang demikian itu buat zalim akan tuan harta dengan diperwajibkan barang yang tiada wajib atas mereka itu dan lain - lainnya daripada barang terdahulu sebutnya dan buat sia - sia segala rukun dan segala syarat yang telah diiktibar akan dia oleh ulamak ulamak syarak dan buat binasa takrif - takrif mereka itu yang telah menyebut mereka itu akan dia kerana bahawasanya sesungguhnya lazim oleh binasanya dengan ini ihtiyhat yang jadi daripada sangka - sangka dan gemak - gemak yang bathil , yang tidak ada asalnya sama sekali dalam syarak.

Didalam Kitab Sairus Salikin (Shaik Abdul Samad Al Falimbani) antara syarat – syarat zakat yang zahir pada syarat yang ketiga :

Hendaklah zakat yang dikeluarkan itu ‘ain harta yang wajib zakat itu. Maka tiada memadai zakat perak daripada emas dan zakat emas dengan perak.

Mengenai mengeluarkan zakat perniagaan seperti dalam Kitab Matail Badrain :

(maka jika) sampai nasab harga اخر haul wajib dikeluarkan zakatnya samada harga yang dibeli dahulu itu sampai nasabnya atau tiada kerana yang dii’tibarnya dengan harga اخر haul maka dikeluarkan zakatnya iaitu emas atau perak سربع عشر , tiada dikeluarkan daripada ain mata benda perniagaan itu.


Maknanya zakat perniagaan mesti dikeluarkan dalam emas atau perak bukan ai'n barang yang diperniagakan. Cth : Perniagaan baju, zakatnya bukan dengan baju tetapi dengan emas atau perak.



Hukum Membeli emas secara ansuran

Kitab Al Muwatta' :

Yahya meriwayatkan daripada Malik daripada Abdullah ibn Dinar daripada Abdullah ibn Umar yang Umar ibn al-Khattab menyatakan, " Jangan kamu menjual emas untuk emas kecuali sama untuk yang sama. Tidak meningkatkan sebahagiannya atas sebahagian yang lain. Jangan kamu menjual perak untuk perak kecuali sama untuk yang sama, dan tidak meningkatkan sebahagiannya atas sebahagian yang lain. Jangan kamu jual dari barang yang ada keatas barang yang tiada. Jika seseorang meminta anda menunggu untuk pembayaran sehingga dia pergi ke rumahnya, jangan kamu meninggalkannya. Saya takut rama keatas kamu." Rama ialah riba.

Yahya meriwayatkan daripada Malik yang Abu'z-Zinad mendengar Said ibn al-Musayyab berkata, "Riba hanya terdapat di dalam emas atau perak atau apa ditimbang atau diukur daripada apa yang dimakan atau minum."

Yahya meriwayatkan daripada Malik yang Yahya ibn Said mendengar Said ibn al-Musayyab berkata, "Menyembunyikan emas dan perak daripada pengedaran adalah sebahagian daripada daripada kerja fasad/kemusnahan diatas muka bumi."

Apa yang dapat kita faham dari apa yang diperkatakan oleh Saidina Umar Al khatab r.a. dan Tabiin seperti Said ibn al Mussayab bahawa :

Pertukaran EMAS dengan EMAS, dan PERAK dengan PERAK mestilah

i)Mutamathilan - mesti sama berat timbangannya. Jika tidak berlaku riba tafadhul (melibatkan penambahan berat).

ii)Mesti 'Taqabud fil hal au majlis' ( diserah dan terima dalam satu masa). Jika tidak berlaku riba an nasiah.(melibatkan penangguhan).

Masalah yang kita hadapi sekarang ialah ulamak moden telah mengqiaskan hukum wang kertas bersamaan dengan hukum emas. Oleh sebab demikian mereka mengatakan hukum membeli emas dengan wang kertas secara ansuran adalah riba an nasiah kerana melibatkan penangguhan. Sila rujuk Ust. Zaharuddin dalam website beliau.

Bagi yang memahami asal usul wang kertas , tak mungkin wang kertas diqiaskan dengan emas kerana ia akan merosakkan seluruh hukum - hakam berkaitan riba seperti yang dijelaskan oleh ulamak – ulamak terdahulu. Bahkan dengan mengqiaskan wang kertas sama dengan emas menyebabkan orang awam tidak perlu lagi pada dinar dan dirham kerana sudah ada pengganti pada emas iaitu wang kertas.

Wang kertas bukan emas , jadi harus menukarkannya dengan emas secara ansuran.

Wallahu’ alam.

Kalimah Tauhid , tahmid dan ayat suci Al Quran pada koin dinar dan dirham

Pada awalnya umat Islam menggunakan emas dan perak berdasarkan beratnya dan Dinar Dirham yang digunakan merupakan cetakan dari bangsa Parsi.

Koin awal yang digunakan oleh umat Islam merupakan duplikat dari Dirham perak Yezdigird III dari Sassania, yang dicetak dibawah autoriti Khalifah Uthman, radiy’allahu anhu. Yang membezakan dengan koin aslinya adalah adanya tulisan Arab yang berlafazkan “Bismillah”. Sejak saat itu tulisan “Bismillah” dan sebahagian dari Al Qur’an menjadi suatu hal yang lazim ditemukan pada koin yang dicetak oleh Muslimin.


Sebagaimana telah diketahui bersama, bahwa standard dari koin yang ditentukan oleh Khalifah Umar ibn al-Khattab, berat dari 10 Dirham adalah sama dengan 7 Dinar (1 mithqal). Pada tahun 75 Hijriah (695 Masehi) Khalifah Abdalmalik memerintahkan Al-Hajjaj untuk mencetak Dirham untuk pertama kalinya, dan secara resmi beliau menggunakan standard yang ditentukan oleh Khalifah Umar ibn Khattab. Khalifah Abdalmalik memerintahkan bahwa pada tiap koin yang dicetak terdapat tulisan: “Allahu ahad, Allahu samad”. Beliau juga memerintahkan penghentian cetakan dengan gambar wujud manusia dan binatang dari koin dan menggantinya dengan huruf-huruf.



Perintah ini diteruskan sepanjang sejarah Islam. Dinar dan Dirham biasanya berbentuk bundar, dan tulisan yang dicetak diatasnya memiliki tata letak yang melingkar. Lazimnya di satu sisi terdapat kalimat “tahlil” dan “tahmid”, yaitu, “La ilaha ill’Allah” dan “Alhamdulillah” sedangkan pada sisi lainnya terdapat nama Amir dan tanggal pencetakkan; dan pada masa masa selanjutnya menjadi suatu kelaziman juga untuk menuliskan shalawat kepada Rasulullah, salallahu alayhi wa salam, dan terkadang, ayat-ayat Qur’an. Koin emas dan perak menjadi mata wang resmi hingga jatuhnya khilafah Islamiyah.

Imam Malik pernah ditanya tentang penggunaan kalimah ini pada koin - koin ini. Beliau berkata ulamak ulamak terdahulu dari kalangan sahabat, tabiin dan tabiin seorangpun tidak membantah pengunaannya bahkan digalakkan penggunaannya bagi menunjukkan penguasaan Islam keatas wilayahnya. Yakni bagi meninggikan kalimah Allah swt.

Isu masuk tandas tidak timbul, koin koin telah digunakan zaman berzaman, kalau dahulu dinar dan dirham disimpan dalam uncang, simpan dalam dompet, masuk tandas.

Persoalan Mengenai Dinar Siri 1

Nubex Phone No: +6(03)-7729 9640/04

Sunday, January 31, 2010

Persoalan Mengenai Dinar

Disini hamba nak berkongsi sedikit sebanyak jawapan yang hamba dah perolehi hasil dari pertanyaan dan rujukan dari rakan-rakan yg lain..Harap ilmu ini dapatlah kita kongsi-kongsikan bersama..

18 Jan 2010 - Hamba menghantar email kepada beberapa blogger..Antara soalan yang hamba tanya adalah seperti berikut :

1) Kebanyakan sumber yang saya jumpa hanya mengatakan dinar hanya berketulinan 916 (standart piawaian Khalifah Umar Al-Khattab r.a.). Bagaimana pula dengan dinar yang berketulinan 999 dan dimana saya boleh refer piawaian dinar tersebut?

2) Bagaimana pula dengan dinar yang tidak mengikuti piawai yang telah ditetapkan? Adakah layak ianya digelar dinar atau syiling emas? Contohnya seperti dinar keluaran PD. Dimana diameternya hanya bersaiz 18mm sahaja.

3) Banyak sumber yang mengatakan dinar digunakan sejak zaman Nabi Muhammad S.A.W. Bagaimana pula dengan mata wang yang wujud sebelum zaman Nabi Muhammad S.A.W? Tidak wujud lagikah dinar pada masa itu?

19 Jan 2010 - Jawapan dari Ustaz Rafidi Hashim (Admin untuk dirham2dinar)

1) Dinar 999 tak sesuai digunakan sebagai matawang sebab mudah patah. saya pun belum jumpa dinar 999.

2) dinar ikut berat dan emas 916, tak kira berapa diameter pun.

3) Perkataan dinar itu datang dari dinara bukan bahasa arab bermakna masyarakat sebelum dah pun menggunakan wang emas, begitu juga dirham digunakan zaman nabi Yusof lagi.

23 Jan 2010 -Ni pulak komen Wantwo (Admin untuk marinajewellery.blogspot)

1) sape pernah pegang dinar 999 akan tahu mudah patah ke tak...pakai tgn sure tak patah..tp bolh kemek..mudah kemek dan agak lembut adalah kekuatan dinar 999 sebab kerajaan islam boleh collect dan minting bali dinar tuh.. that the way to control circulation of dinar...

2) yup...berat yg penting 4.25 atas kesepakatan ulama' dahulu... mase dulu pon mane ade penimbang yg tepat..so kesepakatan 4.25 adalah yg paling mahshur....

3) dinar zaman nabi pakai dinarus solidus 999..zaman khalifah umar baru dimintingkan dan ditulis dgn ayat2 suci....

Setakat ni, ini sahaja la yang reply email hamba..Terima kasih kerana menjawab.. Apa pon..Hamba masih menanti jawapan dari yang lain..Kalau ade jawapan dari yang lain..Hamba akan postkan lagi..

Sedikit pengenalan mengenai dinar..sila kesini scogold-jewellery.blogspot

Setuju atau tidak dalam "No Buy Back Policy" dalam urusan dinar.. sila kesini marinajewellery.blogspot

Nak komen apa-apa..Di alu-alukan..Terima Kasih!

Persoalan Mengenai Dinar Siri 2

Salam kepada semua pembaca.. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa diblog hamba ni.. Semoga ape yang dikongsi disini dapat diambil secara positif dan terbuka. Disini, hamba sertakan lagi 1 jawapan dari seorang pejuang dinar dan dirham sejak beberapa tahun sebelum ini, beliau ialah Pensyarah En. Abdul Halim Abdul Hamid. Terima kasih kepada Pensyarah En. AbdulHalim.

1 Mac 2010 - Menerima jawapan balas dari Pensyarah En. Abdul Halim Abdul Hamid ( thegolddinar )

1) Standard piawaian Khalifah Umar Al-Khattab, tidak pernah menyatakan hal ketulinan tetapi Amirul Mukminin ini telah menetapkan bahawa piawaian dinar dan dirham mengikut ukuran Islam adalah bersamaan dengan 7 dinar = 10 dirham. Standard ini dibuat setelah berlakunya pertikaian di suq (pasar) berkenaan keshahihan dinar & dirham yang digunakan. Soal ketulinan tidak timbul sama sekali kerana, dinar yang digunakan adalah Roman Solidi Dinarius (yang bermaksud Wang emas penuh Roman). Ketulinan Roman Solidi Dinarius adalah fine gold 999. Ini lah matawang dinar yang diguna pakai oleh kebanyakkan masyarakat Arab di Madinah untuk urusan berjual beli termasuklah Baginda RasulAllah S.A.W. Sila rujuk matawang Byzantine Roman di sekitar tahun 610 ke 630 Masehi.

2) Dinar bermaksud, matawang emas. Kita umat Islam seharus nya mengunakan matawang dinar kerana ia merupakan matawang sunnah. Asalkan matawang dinar yang kita miliki sekarang mempunyai ciri-ciri dinar yang diguna pakai oleh Baginda Rasul Allah S.A.W, ianya dikira sebagai dinar. Apakah ciri-ciri dinar itu:
a. ketulinan .999 (fine gold)
b. berat 1 mithqal untuk 1 dinar (fuqaha bersetuju mengambil purata berat 4.25gram sebagai berat 1 mithqal mengikut ukuran zaman kini)

Kedua-dua ciri diatas perlu dipenuhi manakala urusan saiz, hiasan dan penulisan pada kepingan dinar adalah tertakluk kepada pemerintah kerajaan yang memerintah atau pengeluar matawang dinar yang diiktiraf pemerintah.
Saya tidak menyokong dinar keluaran P*** D*** kerana mereka tidak memiliki syarat utama sebagai pengusaha pengeluar dinar. Dinar ini urusan orang Islam jadi menjadi tangungjawab Muslim untuk mengeluarkannya dan bukan urusan bukan Muslim. Penglibatan diri dengan urusan muamalat mengunakan dinar dapat merapatkan seseorang itu untuk lebih bertaqwa kepada Allah SWT. Oleh itu adalah tidak wajar sama sekali bukan Islam mencampuri urusan orang Islam. Hal ini jelas di dalam Al-Quran didalam surah Al-Kafirun. Walaupun ramai dikalangan orang Islam menjadi agen kepada P*** D*** itu tidak bermakna syarikat ini telah dimiliki dan diterajui oleh orang Islam. (sila semak pemegang amanah/saham syarikat P*** D*** di SSM)

3) Emas adalah merupakan satu logam yang digilai manusia. Dari pada zaman Nabi Adam lagi, emas adalah merupakan harta dan juga perhiasan. Ianya menjadi matawang apabila sistem barter tidak dapat memuaskan urusan muamalat manusia. Dinar digunakan bila aktivit ekonomi manusia mula rancak dan aktif.

WALLAH-HU-A'LAM.

Terima kasih kepada Pensyarah En. Abdul Halim dengan jawapan beliau. Ape pun, hal ini telah banyak diulas dengan lebih lanjut oleh beberapa blogger. Antaranya ialah :

- Artikel landasan Syariah DinarEmas24k DinarEmas24k
- Artikel Dinar, Dirham 999 dan 916 nubexblog.blogspot.com
- Artikel 22 karat Dinar Emas, merujuk kepada berat atau ketulenan hasbullah.pit.my
- Artikel Dinar 999 atau 916? dirham2dinar.com

Terima Kasih!!

1Gram Golbar....bersaiz kecil tapi nilainya tinggi


* Pergh!! Mahal giler!! Memang la mahal kalau dibandingkan dengan gold bar yang besar2..
* Tapi, kalau harga emas naik.. Harga 1gram pun tetap naik juga..
* 1g..Mampu dimiliki oleh kebanyakan orang..
* Rase nak cube2 je dulu simpan emas?? Cube je la dengan 1g ni..amik aura dia dulu..
* Kan best kalau ada macam2 jenis..

Mane nak beli 1g ni?



poh kong..

UOB bank..

kuwait finance..


mana-mana kedai emas yang ade jual..

kalau ada di mana-mana lagi..sila letak dalam komen..

p/s : kalau rasa tak berbaloi..jangan beli..simpan je duit untuk beli yang lagi berbaloi-baloi..

Aset Yang Terunggul Pada Masa Kini

Assalamualaikum semua..

Saje je nak share cerita-cerita ini..

1. Semasa perang Vietnam
Antara emas yang dibawa oleh pelarian vietnam. (sumber : ebook - Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas)

2. Semasa perang Iraq
Saddam Hussein ditemui bersembunyi dibilik bawah tanah.

Turut ditemui bersama Saddam ialah emas-emas miliknya..

Berapa agaknye nilai emas yang pak cik Brown ni pegang..

p/s : mungkin akan bersambung..hehe..peace!!

Dinar

Dinar Emas dalam shariat Islam

Imam Malik radiallahu'anhu telah menjelaskan kepada kita bahawa wang ialah apa-apa barangan yang lazimnya diterima pakai sebagai bahan tukaran. Menurut sejarah Islam, tiada barangan yang boleh dipaksa menjadi wang kerana manusia bebas menggunakan apa sahaja barangan sebagai tukaran. Wang kertas seperti dolar Amerika Syarikat tidak ada sifat 'ayn (barangan lazim yang ketara) malahan nilainya dipaksa oleh kuasa pasaran. Jika kertas dianggap sebagai barangan pun nilainya hanyalah mengikut berat kertas dan bukan menurut nilai nombor yang tertera di atasnya.
Wang kertas mungkin hanya boleh dianggap sebagai 'dayn' kerana ianya bukan barangan ketara atau sebagai resit hutang untuk pemilikan emas atau perak (itu pun jika ada sandaran antara kertas dengan emas). Tetapi hukum Islam tidak membenarkan hutang dijadikan suatu bahan tukaran. Penggunaannya pun mestilah terhad sebagai kontrak peribadi. Di dalam Kitab Al-Muwatta (31.19.44) ada diriwayatkan tentang resit-resit yang dijual beli di Pasar Al-Jar sebelum barangan sampai. Marwan ibn al-Hakam telah menghantar pengawalnya untuk mengambil semula resit tadi dan mengembalikan kepada tuan asalnya.
Sejarah Islam telah menunjukkan kepada kita bahawa wang emas (Dinar) dan wang perak (Dirham) telah digunakan sehinggalah berakhirnya Kerajaan Islam Turki. Piawaian menurut berat yang dikenali sebagai Piawaian Khalifah Umar Al-Khattab radiallahu'anhu menentukan iaitu 10 dirham bersamaan dengan 7 dinar. Setiap Dinar mestilah ada 4.25 gram emas dan setiap Dirham ada 3 gram perak. Dinar dan Dirham telah digunakan untuk urusan perniagaan, menabung dan juga untuk membayar zakat (Umar Vadillo 1996).
Umar Vadillo juga menyatakan dalam buku yang sama bahawa Shaykh Muhammad 'Illish (1802-1881), seorang pakar pengajian fikah di Universiti Al-Azhar telah menyebut di dalam fatwa beliau bahawa wang kertas tidak dizakatkan sebagaimana wang emas dan wang perak kerana ia dianggap sebagai fulus (wang syiling tembaga) atau loose change. Ia hanya mewakili wang dan tiada nilai barangan. (Lihat fatwa beliau dalam terjemahan Al-Fath Al-'Ali Al- Maliki ms 164-165).
Wang kertas bukan barangan. Jika hendak dizakat pun mestilah diukur menurut berat bukan menurut nilai tertulis yang boleh pula berubah nilai tukarannya dengan wang kertas lain.
Dalam Islam mata wang sememangnya berkait rapat dengan kerajaan. Kajian Umar Vadillo juga menunjukkan bahawa Al-Qurtubi dalam Tafsir beliau telah memberi tafsiran tentang ayat al-Quran yang bermaksud:
"Wahai orang yang beriman! Patuhlah kepada Allah dan patuhlah kepada Pesuruh Allah dan mereka yang memerintah kamu....." (ayat 59 dari surah An-Nisa)
Ayat tersebut merupakan satu perintah supaya umat Islam taat kepada pemerintah dalam 7 perkara. Hal pertamanya ialah penempaan Dinar dan Dirham dan yang lainnya ialah menetapkan berat dan ukuran, keputusan mahkamah, haji, Jumu'ah, Hari Raya (Puasa dan Korban) dan Jihad.
Wang sejati yang bebas dari spekulasi menandakan bahawa kerajaan juga merdeka dan bebas dari spekulasi. Tiada kemerdekaan tulen selagi tiada mata wang tulen. Tidak hairanlah Al-Qurtubi meletakkan perkara Dinar dan Dirham sebagai perkara utama tentang patuh dan taat kepada pemerintah.






Wang Kertas : Penipuan terbesar dalam sejarah manusia

Hari ini kalau ada yang berazam untuk tidak mahu menggunakan wang kertas ,orang berkenaan ‘wajib’ berpindah ke dalam hutan. Begitu sekali sekeping wang kertas bergelar ‘not’ menguasai seluruh kehidupan manusia.

“ Apa itu wang kertas?” wacana tentang riba dan wang emas tidak mungkin lengkap kalau tidak menyentuh soal wang kertas kerana kedua-dua matawang ini dan riba ada hubung kaitnya dari segi sejarah.

Sejarah mencatatkan bahawa antara wang yang paling awal muncul di dunia ini adalah wang emas yang digunakan pada empayar Rom di Eropah, berkurun lama sebelum kedatangan Islam di bumi Arab. Wang emas terus digunakan oleh dunia Islam dan bahagian-bahagian dunia yang lain setelah keadatangan Nabi Muhammad s.a.w. Kearajaan Melayu Melaka pada kurun ke-14 Masehi juga menggunakan wang emas.

Namun, penggunaannya berakhir pada 1924 berikut runtuhnya kerajaan Khilafah Islamiah terakhir iaitu Khalifah Uthmaniah yang berpusat di Istanbul, Turki. Selepas itu, dunia beralih kepada wang kertas yang bersandarkan emas.

Namun, sejarah wang kertas diwarnai misteri, tipu daya dan pembelitan yang dahsyat. Warga Amerika Syarikat, G Edward Griffin dalam buku The Creature From Jekyll Island berkata bahawa titik bermulanya penipuan wang kertas adalah pada 1910. Mesyuarat misteri di pulau Jekyll pada tahun itu membawa kepada penubuhan the Federal Reserve Department (FRD) pada tahun 1913 yang keahliannya bukan di kalangan rakyat atau institusi kerajaan Amerika Syarikat . Sebaliknya dianggotai oleh syarikat milik persendirian asing. Penggunaan perkataan ‘federal’ (persekutuan) ke atas sesuatu yang berbentuk persendirian adalah pembohongan yang nyata. Kongres Amerika Syarikat pula terpaksa meluluskannya secara curi-curi.

Jabatan ini kemudiannya mentadbir segala urusan kewangan Negara Amerika Syarikat., antaranya mencetak wang kertas Dolar Amerika dan memperkenalkan Fractional Reserve Bangking (FRB) atau Fractional Reserve Requirement (FRR) yang menjadi asas perjalanan sesebuah bank. Sehingga hari ini, FRB digunakakn oleh industri perbankan di seluruh dunia termasuk Malaysia untuk mencipta wangsesuka hati dalam jumlah yang berlipat kali ganda melebihi kekayaan sebenar.

Berikutan penubuhan FRD, banyak peristiwa besar berlaku sehingga membolehkan British mengusai Bandar Jerusalem pada 1919. Penguasaan itu menandakan berakhirnya era Perang Salib yang berlangsung selama 250 tahun antara umat Islam dan Kristian. Dinia pun berubah dengan mendadak. Kemuncaknya ialah kejatuhan Kerajaan Khalifah Uthmaniah.

Peristiwa demi peristiwa terus mengejutkan dunia, antaranya Perang Dunia Pertama dan krisis ekonomi dunia besar-besaran pada 1929. Pada 1944, muncul pula perjanjian Bretton Woods yang melibatkan 44 buah Negara dunia yang bersetuju untuk menyandarkan mata wang kertas masing-masing kepada Dolar Amerika dengan jaminan bahawa USD35 bersamaan dengan satu auns emas.

Negara-negara dunia tidak lagi menyandarkan mata wang kertas kepada rizab emas masing-masing seperti sebelum ini. Setahun selepas Dolar Amerika mendapat ‘daulat’ berkenaan, International Monetory Fund (IMF) pun ditubuhkan. Pada 1948, Negara Israel mendapat pengiktirafan sebagai sebuah Negara berdaulat di tengah-tengah Negara Palestin yang sah.

Seterusnya pada 1971, kerajaan Amerika Syarikat pimpinan Ricard Nixon hampir bankrap gara-gara Perang Vietnam dan masalah deficit imbangan pembayaran yang berterusan. Tuntutan rasmi terhadap rizab emas Amerika Syarikat melambung kepada USD32 bilion sedangkan rizab emas yang ada hanya satu pertiga. Keyakinan terhadap Dolar Amerika punah. Berduyun-duyun bank pusat negara lain memeras ugut Amerika Syarikat dengan cara menebus pegangan Dolar Amerika masing-masing. Emas mengalir keluar dari Amerika Syarikat lalu dengan sendirinya meruntuhkan nilai Dolar Amerika.



Namun Amerika licik bertindak dengan memutuskan ikatan antara Dolar Amerika dan emas. Ini bermakna Amerika Syarikat memungkiri perjanjian Bretton Woods dan bertindak secara unilateral untuk menguburkan system piawaian emas.

Selepas 15 ogos 1971, doalr tidak lagi bersandarkan kepada emas. Sejak itu, nilai dolar ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing. Kesannya, semua matawang dunia berubah menjadi matawang fiat iaitu matawang yang bernilai sifar. Ini bermakna setiap Negara bebas mencetak wang kertas tana perlu bersandarkan kepada apa-apa rizab. Kalau ada pun, ia dalam jumlah yang kecil seperti yang ditetapkan oleh Special Drawing Rights IMF. Bayangkan betapa liciknya permainan ini.

Pun begitu apa jua tipu daya tetap ada kelemahannya seperti mana yang disebut oleh Allah dalam al-Quran,Firmannya :


الَّذِينَ آمَنُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ كَفَرُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ الطَّاغُوتِ

فَقَاتِلُوا أَوْلِيَاءَ الشَّيْطَانِ إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطَانِ كَانَ ضَعِيفً

Maksudnya :

“Orang-orang yang beriman dan berperang di jalan Allah dan orang-orang yang kafir berjalan di jalan thaghut, sebab itu perangi lah kawan-kawan syaitan itu kerana tipu daya syaitan itu adalah lemah.” [surah an-Nisa’, ayat 76]

Sekarang, ‘tabir’ yang melindungi wajah sebenar wang kertas semakin terungkai. Dunia mula mengetahui apa ada di sebalik wang kertas. Wang kertas tidak mempunyai nilai intrinsik seperti mana wang sebenar (contohnya emas, perak, sebakul barangan dan lain-lain).

Nilai yang dicetak di atas wang kertas kini ditentukan oleh kerajaan yang mengeluarkannya dan kuasa pasaran (market forces). Ini bermakna nilainya bergantung kepada permintaan dan manipulasi pihak yang mengeluarkannya. Ia hanya lah ‘janji’ untuk membayar dan pihak yang mengeluarkannya tidak semesti menunaikan ‘janji’ itu. Atas inilah, sebagai contoh, pada wang kertas Ringgit Malaysia yang kita gunakan sekarang, tercetak ayat, “wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai….”.

Wang kertas digelar fiat kerana ia bukan berbentuk komoditi tetapi dikeluarkan oleh pihak tertentu dan dijamin nilainya oleh pihak yang mengeluarkan. Pengertian sebenar disebalik wang kertas ialah sekadar ‘sekeping kertas’ yang diterima pakai untuk semua urusan jual beli. Asas penerimaan kertas ini hanya atas dasar kepercayaan terhadapnya.Kepercayaan semata-mata! Itu sahaja! Sekiranya di suatu masa kelak, semua orang hilang kepercayaan terhadap ‘kertas ini’ lalu ia tidak lagi berguna, sekalipun jumlahnya berguni.

Sejarah membuktikan bahawa dalam peperangan mata wang sesebuah Negara dilanda krisis akan hancur lalu wang kertas dilambakkan seperti bukit di satu tempat dan dimansuhkan dengan cara membakarnya hingga hangus. Di Malaysia, sebahagian besar generasi sebelum merdeka masih lagi mengingati istilah ‘duit pisang’ atau ‘duit Jepun’ yang menyaksikan berguni duit kertas tidak mampu untuk membeli secawan beras. Ungkapan ‘duit tak laku’ bukan lah sesuatu yang asing buat orang lama yang pernah melalui pengalamn buruk itu.

Selain wang kertas, wang fiat juga merujuk kepada wang dalam bentuk angka dalam akaun, hutang-hutang yang dikeluarkan oleh bank atau institusi kewangan dan kad plastic digital. Wang ini tidak disokong oleh apa-apa aset yang nyata. Nilainya mudah dimainkan oleh speculator matawang yang berniat jahat, tamak dan tidak berperikemanusian.

Krisis ekonomi Asia pada 1997 adalah contoh yang paling dekat dengan kita. Spekulasi dan manipulasi menyebabkan berlaku susut nilai matawang atau lebih buruk, matawang itu langsung tidak bernilai. Keadaan yang dinamakan ‘money meltdown’ ini sudah pun berlaku dalam tahun-tahun kebelakangan (kejatuhan Dolar Amerika pada 1973 dan 1980). Keadaan ini pasti akan berulang. Krisis ekonomi dunia diramal menjadi lebih teruk berbanding pada tahun 1929.



Sistem ekonomi kapitalis, bank dan institusi kewangan dengan cara tidak bertanggungjawab telah mencipta wang fiat dengan banyak di pasaran sehingga menyebabkan inflasi. Wang itu dicipta melalui kepelbagaian deposit, memberi hutang dan mengenakan faedah. Setiap wang fiat yang didepositkan ke dalam bank akan mencambahkan tiga wang fiat lagi yang boleh diberikan kepada individu dan syarikat perniagaan. Ekonomi ini adalah ekonomi palsu yang tidak berasaskan kepada pengeluaran sebenar.

Sesetengah kerajaan mencetak wang sewenang-wenang tanpa bersandarkan kepada pengeluaran sebenar dalam Negara bagi kepentingan pemerintah dan pengekalan kuasa.

Apabila semakin banyak wang dicetak, nilai wang fiat akan berkurangan dan menyebabkan inflasi. Kuasa beli rakyat pula akan berkurangan. Satu wang fiat tidak memungkinkan kita membeli barangan yang sama kita beli seperti sepuluh tahun yang lalu. Ini menjadikan nilai wang kertas fiat hanya terletak pada barangan yang kita beli hari ini. Sebagai contoh, tiga puluh tahun lalu, seseorang yang bergaji RM 1000 sebulan mampu memiliki kereta import berjenama dan sebuah banglo. Hari ini, gaji sebanyak RM 20 000 sebulan belum tentu menjanjikan kereta import dan banglo. Harga barangan menjadi terlalu tinggi iaitu meningkat berkali ganda berbanding peningkatan dalam pendapatan.

Orang sekarang berkerja siang dan malam serta melakukan bermacam-macam jenis pekerjaan, tetapi masih berada di dalam keadaan kekurangan. Harta pada hakikatnya dimiliki oleh bank atau institusi kewangan. Hampir semua orang berhutang dengan bank atau institusi keewangan dan pada bila-bila masa boleh menjadi papa kedana kerana hutang itu. Malah hutang bank juga boleh diwarisi sehingga ke anak cucu.

Kadar pengangguran dan kegagalan syarikat perniagaan pula semakin meningkat dari hari ke hari. Semua ini angkara sistem kewangan fiat yang menyebabkan ekonomi berkembang secara tidak stabil serta mewujudkan jurang besar antara golongan berada dengan golongan tidak berada.

Jelas wang kertas adalah wang yang tidak adil dan tidak jujur. Apabila Amerika Syarikat meluluskan penubuhan FRD dan Amerika Syarikat mengadakan perjanjian Bretton Woods pada 1944, seluruh ummah sebenarnya sudah ditipu ‘hidup-hidup’. Inilah penipuan terbesar dalam sejarah manusia.

Sumber : Milenia Muslim, Julai.