Ini adalah kesinambungan cerita pendulang emas di Australia dalam entry sebelum ini. Just translate dan share sahaja di laman hargaemas ini.
Dulang Emas Plastik ada beberapa jenis, tetapi ramai dah x pakai dulang besi, biasa pakai plastik dah pada zaman sekarang. ok sambungan…..
“Tidak kira anda baru sahaja berjinak atau seorang yang profesional, dulang emas masih lagi peralatan wajib bagi seorang penggali emas. Dulang emas digunakan pada awal dan akhir suatu explorasi emas, lombong emas yang komersial pun masih lagi menggunakan cara ini untuk menentukan nilai elemen mentah yang dikorek. Dulang emas digunakan dimana sahaja emas ditemui,kira-kira 75% negara didunia masih menggunakan cara ini.
Apa yang saya tahu, dulang emas ini ini dahulu (Dipanggil BATEA), sejenis bekas yang berbentuk leper dan mula digunakan pada Zaman Ketamadunan Mayan-Indian lagi. Batea berdiameter 15-24 inci dan 6-8 inci dalam dihasilkan dari kayu dan digunakan untuk mencari emas, emeralds, rubies, germstone atau apa sahaja item bernilai yang lebih berat dari pasir dan lumpur dapat diperolehi dengan menggunakan alatan ini.
Sehingga kini, dulang yang paling popular digunakan dihasilkan dari besi yang berbentuk leper. Tetapi dijangkakan dulang yang paling efisien boleh dihasilkan dari plastik kerana plastik boleh dibentuk dengan mudah, tahan karat, ringan, permukaannya boleh dikesatkan untuk mencengkam emas dengan lebih baik. Plastik juga boleh diwarnakan dengan warna hitam, ini penting kerana, warna hitam membantu pendulang melihat bijih emas walaupun sekecil zarah.
Alasan-alasan diatas cukup untuk membantu pendulang memilih samada menggunakan dulang besi atau plastik, tetapi ada beberapa kelebihan lagi anda perlu tahu, dulang plastik yang dihasilkan kini, mempunyai side yang dipanggil perangkap emas, perangkap emas ini bertujuan mempercepatkan proses menahan emas dari dihanyutkan air ketika proses mendulang. Pendulang yang profesional biasa menggelarkan pendulang plastik sebagai “menipu” kerana hasil kerja pendulang amatur hampir sama dengan pendulang berpengalaman dengan skill yang memakan masa untuk dipelajari.
Seorang pendulang yang profesional boleh memproses 1 meter padu tanah dalam tempoh masa 8 jam tetapi dengan kemajuan didalam peralatan mendulang emas, pendulang amatur kini boleh mendulang 3/4 meter padu tanah dalam tempoh sejam sahaja.
Walaupun banyak lagi peralatan yang lebih baik boleh digunakan semasa mennggali emas, dulang masih lagi penting untuk mengasingkan pasir-batu dan emas yang dikorek. Semasa dalam proses mendulang, pasir-pasir hitam likat yang diperolehi, jangan dibuang, ia mungkin juga berharga walaupun rendah.
Berekreasi bersama keluarga sambil mencari emas merupakan hobi yang paling pantas berkembang di U.S.A ketika ini. Alatan yang digunakan hanyalah sebuah dulang dan ia boleh dibawa kemana-mana. Ada banyak tempat-tempat peranginan didunia yang dibina dekat dengan lombong emas lama yang penting anda perlu “Research-research dan reseach”.
Mencuba nasib anda dengan aktiviti mendulang mungkin memberi anda pengalaman yang paling berharga, jika anda tiba-tiba dapat seketul nugget emas, perasaannya mungkin sangat sukar dibayangkan..teruja off course…
Cara-cara untuk mendulang.
Sebelum anda mula mengayun pinggang anda untuk mendulang, cari tempat yang sesuai, dimana air adalah minimum (dalam 6 inci) dan alirannya tidak laju dan perlahan, just sesuai untuk membolehkan lumpur dihanyutkan air dan tidak keruh (mudah untuk melihat) dan dimana anda boleh duduk dengan selesa.
Langkah Pertama:
Korek dan hancurkan batu2 dan tanah
- Isikan dulang dengan 3/4 air, dan tenggelamkan sedikit, cukup2 untuk biarkan tanah berada dibawah paras air, ayun dulang dengan sedikit kocakan perlahan-lahan, jangan terlampau perlahan dan jangan terlampau laju untuk membiarkan tanah/pasir yang ringan dihanyutkan air.
- Dari kocakan, perlahan-lahan ubah cara mengayun seperti membuat bulatan, cara ini akan menyebabkan banyak tanah, saki baki kekotoran keluar dari dulang. Jika ada ketulan yang besar, gunakan jari untuk membeleknya, ulang proses sebanyak 2-3 kali untuk mendapatkan batuan kecil berada diatas dan batuan yang lebih berat berada dibawah.
Langkah Kedua
Asingkan emas dari pasir dan batuan lain yang ringan
- Pegang dulang just pada permukaan air, ayunkan sedikit side to side seperti mengayun buai bayi. Pastikan daya yang diberi cukup untuk batuan ringan keluar dari dulang.
- Araskan dulang dari semasa ke semasa dan goncangkan perlahan untuk membiarkan batuan/pasiran ringan keluar.
Ulang proses 1-2 diatas sehingga anda dapat lebih kurang 2 cawan batuan/pasiran yang lebih berat, ia dipanggil “pasir hitam”
Langkah Ketiga
Asingkan emas dari pasir hitam
Pada peringkat ini, untuk pendulang yang baru, alihkan dulang keluar dari air tinggalkan sedikit air didalam dulang, condongkan dulang sedikit kearah badan dan hayunkan dalam bentuk bulatan perlahan-lahan, untuk lihat jika ada ketulan emas yang boleh dikutip menggunakan tangan. Kemudian celup dulang sedikit kedalam air lagi dan ulang proses diatas 2-3 kali. Pastikan anda melakukan dengan cermat untuk mengelakkan emas dari terhanyut bersama air.
Jika anda menggunakan dulang plastik, anda boleh juga menggunakan magnet dengan melekatkannya dibawah dulang, pasir hitam yang bermagnetic akan mudah untuk diasingkan dengan butiran halus emas.
Untuk mempercepatkan proses lagi, sediakan botol detergent ditangan anda semasa mendulang, beberapa titisan detergent semasa proses akhir, anda mengurangkan ketegangan air dan membuatkan komposisi bahan akhir mudah terlerai.
Hint terakhir..pendulang berbangsa Australia ini berkata, jangan biarkan sesiapa berkata kepada anda, di sini tiada lagi emas, kerana setiap tahun, hujan ribut dan petir akan menyembah bumi dan membersihkan permukaan, mengubah fizikal muka bumi dan menarik apa yang masih ada didalam kerak keatas.Jadi hanya tinggal usaha anda untuk terus mencari.
Hanya sekadar berkongsi, dulu tak tahu, sekarang dah tahu kan?
try emas kertas ini....http://peruserpaid.com/?ref=41356
ReplyDelete