Saya terbaca sebuah laman blog pelajar kita di Jordan. Pengajian di Jordan tidak mendedahkan bagaimana sejarah wang kertas terjadi, fractional reserve banking ,tidak membincangkan samada wang sekarang ain atau dayn, masalah riba nasiah dan sebagainya . Wang kertas dilihat sebagai sesuatu yang moden dan dinar - dirham sebagai sesuatu lipatan sejarah lalu. Jika dahulu kita mengunakan dinar-dirham, sekarang kita menggunakan wang kertas !
Tanpa melihat sejarah perkembangan sistem perbankan dan memahami riba secara terperinci , akhirnya jadilah begini :
Tanpa melihat sejarah perkembangan sistem perbankan dan memahami riba secara terperinci , akhirnya jadilah begini :
Pendapat ulama secara ringkas berkenaan hakikat wang kertas sekarang. Adakah ianya mempunyai illah sama seperti matawang emas dan perak ( Dinar dan Dirham ) zaman Rasulullah s.a.w. ?
Pendapat 1.
Wang kertas hanyalah kertas yang membuktikan seseorang itu memiliki emas dan perak dalam simpanan negara dan negara mengeluarkan wang kertas sebagai tukaran untuk bermuamalat. Hakikatnya, bukanlah wang yang sebenar. Ini adalah pendapat Syeikh Abd Kadir bin Ahmad dan Syeikh Ahmad Husaini
Pendapat 2.
Wang kertas dianggap sebagai mal mutaqawwan iaitu suatu barang yang mempunyai nilai seperti barang-barang lain juga namun bukanlah mempunyai nilai wang sebenar ( emas dan perak ). Ini pendapat Syeikh Abdul Rahman Saa'di dan Syeikh Hassan Ayyub.
Pendapat 3.
Wang kertas tidak mempunyai nilai langsung, hanyalah kertas kosong semata-mata. Ini adalah pendapat Syeikh Abdul Hamid Suraini.
Pendapat 4.
Wang kertas adalah wang yang sebenar sama dengan emas dan perak ( dinar dan dirham ) yang digunakan pada zaman Rasululllah s.a.w. Ini adalah pendapat mejoriti Ulama muasirah seperti D.Yusof Al-Qaradhawi, d. Wahbah Zuhaili dan juga Resolusi Persidangan ulama sedunia pada 1402 hijrah.
Apa perbezaan antara kesemua pendapat?
Walaupun ada 4 pendapat namun, terdapat 2 perbezaan yang ketara iaitu, wang kertas adalah wang sebenar dan bukan wang sebenar.
Bagi yang tidak mengiktirafnya maka:
1. Tidak perlu dikeluarkan zakat.
2. Tidak ada unsur riba nasi'ah
3. Tidak sah dijadikan modal syarikat ataupun jual beli salam ( tangguh )
Pendapat yang rajih adalah pendapat ke 4 kerana :
1. Seluruh dunia mengiktiraf penggunaan wang kertas, mereka tidak lagi bermuamalat dengan emas dan perak ( uruf am ).
2. Sekiranya tidak mengiktiraf sebagai wang sebenar,maka banyak hukum islam akan terbatal seperti tiada riba dan zakat.
3. Tiada nas yang mengatakan wang mestilah daripada emas dan perak, zaman rasullullah menggunakan emas dan perak kerana islam diturunkan ketika masyarakat bermuamalat dengan kedua-dua jenis matawang tersebut dan islam mengiktirafnya bukan mewajibkannya.
Pendapat inilah yang paling tidak rajih (tepat) sebenarnya.
1. Adakah kerana seluruh dunia mengiktirafnya ia menjadi halal. Dunia dikuasai ekonomi riba Yahudi, Adakah apabila seluruh dunia sudah biasa dengan arak, judi dan penzinaan maka hukumnya menjadi halal kerana urf am.
2. Hukum Islam keatas wang kertas adalah sebagai fulus, kategori bukan wang emas dan perak, jadi tiada zakat dan riba. Masalahnya kita yang kena hidupkan semula wang emas dan perak. Bukannya mengangkat taraf wang kertas disamakan dengan wang emas dan perak,Hukum zakat dan riba tergadai kerana hendak menghalalkan wang kertas. Zakat sebenarnya hanya dikenakan keatas emas dan perak, tidak pada logam lain, juga riba terkena hanya pada emas dan perak dan tidak pada logam lain menyebabkan hukum Islam tergadai.
3. Imam Malik mengatakan wang ialah sebarang benda yang dipilih manusia. Maknanya manusia bebas memilih apa sahaja sebagai mata wang, tetapi masih tertakluk kepada jualbeli riba, zakat dsb.mengikut hukm fiqh. Manusia tidak boleh dipaksa menggunakan wang kertas semata -mata, tambah lagi disamakan pulak dengan emas dan perak.
Seperti kata Syeikh Yusof Al-Qaradhawi dalam fatwa muasirahnya:
" Wang kertas telah menjadi menjadi wang yang digunakan diseluruh dunia. Bagaimanakah ingin membatalkan hukum riba padanya sedangkan semua manusia bermuamalat dengannya tidak lagi dengan emas dan perak? Sesiapa yang memilikinya dianggap kaya walaupun tidak mempunyai simpanan emas dan perak. Dengan wang ini, lelaki menjadikan mahar, digunakan dalam jual beli, sewa dan membayar diat. Semua muamalat melalui wang kertas sudah mencapai tahap emas dan perak"
Prof. Umar Vadillo mengatakan tentang kata Syeikh Yusof Al-Qaradhawi dalam bukunya Ecsoteric Deviation in Islam. Hujah ini bukan hujah Al Quran dan sunnah tetapi hujah pragmatisme, kerana wang kertas digunakan seluruh dunia maka ia menjadi wang yang iiktiraf.
Sebab itu tidak hairan isu mata wang dinar dan dirham tidak diketahui pelajar lepasan Jordan. Dinar dan dirham hanya disentuh dalam pengajian Islam sebagai suatu sejarah yang telah lalu. Wang kertas dianggap wang yang sah sekarang, tidak lagi dinar dan dirham. Fiqh Muamalat Muasirah hanya membincang ekonomi semasa berdasarkan wang kertas. Dinar dan dirham hilang ...... dari pengajian.
No comments:
Post a Comment