UsahawanRemaja.Com | Usahawan Remaja | Usahawan

Friday, November 5, 2010

Cara menguji ketulenan emas

goldanddiamonds 03 Cara menguji ketulenan emas


jika anda membeli emas putih pada mana2 kedai emas, pastikan anda mendapat resit dan surat emas, jika anda khuatir dan perlukan pengesahan, cuba anda ke kedai2 emas lain dan suruh mereka uji, jika item yang anda beli bukan emas seperti dinyatakan didalam surat emas, laporkan kepada polis dengan segera.

berkenaan emas putih ada beberapa cara untuk anda memastikan ketulenan emas putih. (berikut hanyalah beberapa langkah untuk menilai ketulenan emas, tetapi ia tidak semestinya tepat, cara terbaik, bawa sendiri item tersebut ke mana-mana kedai emas untuk pengesahan)

1. emas putih kebiasaannya mempunyai dua kualiti yang dicop pada setiap item iaitu 750 atau 375, paling penting untuk customer memastikan cop2 tersebut terukit samada pada belah dalam, kancing atau daun.

2. toreh sedikit bucu item emas putih pada batu hitam (contoh batu asah), emas putih sepatutnya keluar warna kuning keemasan, bukan putih.

Sekali lagi diingatkan supaya bawa item tersebut ke kedai emas, untuk pengesahan. Berikut cara standard didalam ujian penulenan emas. (bergantung kepada pengalaman)

3. lalukan (HCL) hydrochloric acid, pada torehan emas putih (pada batu hitam) tersebut, jika hilang ia bukan emas.

4. Lalukan (NaOH) pada torehan emas putih (pada batu hitam), untuk mengetahui kualitinya.

ajampeace : Salam..setahu saya untuk uji emas tu, kita gigit emas tu..hehehe..betulka tu aaa???

cara gigit emas? heee, emas itu mcm mana pun dalam keadaan suhu bilik ia tetap dalam keadaan pejal (logam) susah untuk agak, kecuali anda betul2 biasa dengan emas. Itupun jika ia emas 999 dimana hampir 100% kandungannya adalah emas (betul emas mmg dianggap logam yang lembut)

tetapi apabila emas itu dikeraskan untuk dibentuk (dicorakkan) ia perlu diubah kualiti seperti 916, 835 ataupun 750, maka sifat lembut emas 999 hampir hilang. maka susah nak agak kalau gigit.

selain gigit, antara cara yang boleh dikatakan agak mitos sedikit adalah seperti

1. asahkan emas pada seluar anda (cth seluar jean) beberapa kali dan cuba hidu, sifat emas, ia tidak mempunyai bau, jika bukan emas, akan berbau seperti besi

2. ketukkan emas pada lantai simen, emas mempunyai bunyi yang lebih padat berbanding logam2 lain, untuk bezakan bunyi logam emas dengan logam lain, bandingkan dengan wang syiling atau apa saja logam yang mudah diketuk (tukul?? heee)

3. Emas mudah dilenturkan, jika anda tidak sayang item tersebut dan betul ingin mengujinya, guna kekuatan anda dengan kekuatan beberapa kPA dan pintal item tersebut, jika mudah ia mungkin emas, jika bukan.. besi la itu agaknya..

diatas adalah beberapa mitos atau cara, tetapi ia tidak semestinya tepat, cara terbaik ialah pergi ke kedai emas yang dipercayai, dan biarkan mereka mengujinya menggunakan asid ataupun timbangan air..

saya ada melihat beberapa gold tester di ebay, mungkin anda berminat untuk membelinya, mudah sahaja, semudah menggunakan kertas litmus..

No comments:

Post a Comment