UsahawanRemaja.Com | Usahawan Remaja | Usahawan

Friday, November 5, 2010

Wang dari Kulit Unta

Sufyan al Jawi - Numismatik Indonesia

Khalifah Umar pernah memiliki gagasan membuat wang dari kulit Unta


Ada kisah unik pada masa Khalifah Umar Ibn Khattab radhiyallah anhu,. Suatu ketika beliau memiliki idea untuk menjadikan kulit unta sebagai penilai harga rasmi. Artinya menjadikan kulit unta sebagai wang. Namun dengan berbagai pertimbangan, idea tersebut akhirnya dibatalkan.
Al Baladzari dalam Al Buldan Wa Futuhuha Wa Ahkamuha (hal. 515), meriwayatkan : "Sesungguhnya Umar Ibn Khattab pernah berkata: Ketika aku ingin menjadikan wang dari kulit unta, ada orang yang berkata 'kalau begitu unta akan punah'. Maka aku batalkan keinginan tersebut."

Imam Malik, mengkomentari hal ini dalam Al Mudawwanah (Juz : 3) : "Apabila pasar telah menjadikan kulit sebagai mata wang, maka aku tidak senang kulit tersebut dijual dengan emas dan perak."

Di sini perlu diberi catatan numismatik: yang dimaksud dengan wang dari kulit unta, iaitu lembaran ‘ain kulit unta (mirip mata wang kulit suku Red Indian), bukan wang resit atau bank note, yang dalam istilah Umar Ibn Khattab radhiyallah anhu adalah Rama'( riba kerana tangguh). Catatan ini penting diberikan kerana setengah pihak mengira idea pemakaian kulit unta sebagai wang itu mirip dengan pemakaian selembar kertas sebagai mata wang bank-note tersebut.

Ini dibuktikan dalam Al Muwatta.
Imam Malik rahimullah menulis:
"Yahya meriwayatkan kepadaku dari Malik, dari Abdullah bin Dinar, dari Abdullah ibn Umar bahwa Umar Ibn Khattab mengatakan: Jangan menjual emas untuk emas, kecuali sejenis dengan sejenis. Jangan menjual perak untuk perak, kecuali sejenis dengan sejenis. Jangan melebihkan bahagiannya atas bahagian lain. Jangan menjual sesuatu yang ada dengan sesuatu yang tidak ada. Jika seseorang memintamu menunggu pembayaran hingga dia berada dirumah, jangan tinggalkan dia. Aku khuatir rama" terjadi padamu. Rama" itu Riba"."

Rama' adalah penundaan pembayaran, seperti wang kertas atau bank note, yang ditegaskan oleh Umar Ibn Khattab radhiyallah anhu dengan peringatan: Jangan menjual sesuatu yang ada (barang) dengan sesuatu yang tidak ada (surat janji pembayaran). Jadi sangat mustahil kalau Khalifah menghendaki mata wang kertas diterapkan di Darul Islam. Selanjutnya Imam Malik mengatakan: "Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam melarang penjualan sebelum serah terima barangnya."

Setelah membatalkan pemakaian kulit unta sebagai wang, pada tahun 20 Hijriah, Khalifah Umar Ibn Khattab radhiyallah anhu menerbitkan koin Dirham Islam pertama di muka bumi, sesuai qadar Nuqud Nabawiyah. Standar dyang ditetapkan adalah: Dinar seberat 1 mitsqal = 20 qirat (4.25 gram) dengan qadar emas 22 k, dan Dirham seberat 7/10 mitsqal = 14 qirat (2.975 gram) dengan qadar perak murni (99.95%). Rancang bangun koin Dirham berdasarkan pola Persia ditambah huruf Arab gaya Kufi, dengan lafatz: Bismillah atau juga Bismillahi Rabbi di tepi lingkaran koin

Dirham Khalifah Umar Ibn Khattab RA, Bismillah, 20 Hijriah

Dinar Khalifah Abdulmalik ibn Marwan, Syahadatain dan Al Ikhlas, 77 Hijriah.

Zaid Ibn Tsabit radhiyallah anhu, secara khusus menamakan resit - resit itu sebagai Riba yang diperjualbelikan orang sebelum serah terima barang. Kerana merupakan resit atas wang sebenar (emas dan perak) yang belum ditebus ‘ainnya, lalu beliau memasang tanda peringatan tentang larangan bermuamalat dengan resit wang atau resit barang di Pasar Al-Jar.
Sejak saat itu umat Islam menolak penggunaan sistem wang kertas selama 1300 tahun lebih. Sampai datanglah para penyusup Yahudi yang menerobos jantung khilafah Utsmaniyah, menunggangi perang saudara 180 tahun lamanya, mendirikan bank pusat di Darul Islam. Runtuhlah khilafah, runtuhlah Dinar dan Dirham, dan runtuhlah syariat Islam.

Batas pemakaian fulus

Fulus adalah wang bantu untuk transaksi kecil, dan hanya boleh digunakan secara terbatas untuk jual beli di bawah satuan wang perak terkecil, saat ini adalah satu Dirham.
Sebagaimana syarat sahnya jual-beli, hutang piutang, syirkat, qirad, diyat, zakat, jizya, kharaj dan segala transaksi yang menggunakan wang, maka hanya nuqud Dirham dan Dinar yang dipergunakan sebagai hakimnya.

Pada masa Rasulullah SAW, dirham dan dinar diperjualbelikan dengan cara uji kadar dan beratnya (qirat dan wazan), sedang fulus tidak dipergunakan sama sekali! Padahal tamadun Rom telah pun memperkenalkan syiling kecil dari tembaga sebagai alat tukar yang lazim diterima pada masa itu. Berikut ini wazan nuqud yang lazim digunakan oleh Rasulullah SAW.

Wazan Dirham Perak
Berat Syar'i Berat Gram Keterangan
1 dirham 2.975 7/10 mitsqal = 14 qirath
1 nasy 59.5 1 nasy = 20 dirham
1 auqiyah 119 1 auqiyah = 40 dirham
1 nuwah 14.875 1 nuwah = 5 dirham
1 daniq 0.495 1 dirham = 6 daniq

Wazan Dinar Emas
Berat Syar'i Berat Gram Keterangan
1 mitsqal 4.25 Berat dinar standard
1 daniq emas 0.53125 1 mitsqal = 8 daniq emas
1 qirath 0.2125 1 mitsqal = 20 qirath

Untuk mengatasi kekurangan unit-unit kecil dalam nuqud, para Sahabat memecah koin dirham menjadi enam bagian (1/6) yang disebut daniq perak. Dalam sebuah riwayat dikisahkan bahwa Ali bin Abi Thalib RA memotong dinar menjadi empat bagian (1/4) untuk membeli sekerat daging. Untuk jual beli di bawah 1 daniq perak para Sahabat yang berdagang di pasar Baqi' al Zubair - pasar pertama yang didirikan oleh Rasulullah SAW pada tahun 1 Hijriah, merelakan saja barang dagangan remeh temeh mereka menjadi sedekah.

Biasanya jual beli makanan pokok selalu ditakar, sehingga beberapa butir kurma menjadi sedekah bagi dhuafa yang memerlukan, mereka ini kebanyakkan kaum Muhajirin yang bermukim di serambi Masjid Nabawi, yang disebut ahlus sufa - asal kata sufi - yang berarti berselimut sambil belajar dan berdzikir. Sering kali anak-anak muslim menjual tenaga mereka untuk membantu pedagang agar mendapat upah berupa jajanan/manisan, setelah mereka menuntut ilmu di madrasah bersama ahlus sufa.

Keperluan akan fulus (koin tembaga) baru dimulai ketika Islam telah sampai Negeri Syam. Atas desakan warga Yahudi di daerah eks Romawi, Khalifah Umar Ibn Khattab RA mencetak koin fulus pada tahun 637 M, dicetak oleh percetakan Yahudi dengan meniru koin dirham sasanid. Fulus ini berlaku khusus di pasar di pemukiman Yahudi di Palestin dan Syiria. Ya, kerana mereka terlalu bakhil untuk menyedekahkan sekedar sekeping manisan atau sebutir kurma!

Tak lama kemudian, Khalifah Umar Ibn Khattab RA merasa cemas kalau nantinya fulus menyusup masuk ke Haramain (Mekkah dan Madinah). Maka beliau segera mencetak koin dirham Islam pada tahun 20 H / 641 M (Baca: Umar Ibn Khattab Pelopor Dirham Islam, artikel 25-6-2009 ). Artinya meskipun Umar Ibn Khattab RA mengizinkan fulus dicetak khusus untuk warga Yahudi, tetapi beliau telah membaca kesan buruk dari beredarnya fulus di Darul Islam.

Kaum muslimin sesungguhnya tidak memerlukan fulus sama sekali, Ulama Salaf membatasi penggunaan fulus untuk menegakkan muamalat, dari segala transaksi hanya sedekah biasa saja yang boleh menggunakan fulus - itupun derajatnya lebih rendah dari sedekah berupa senyuman seorang muslim. Dalam Kitab Muamalah, bab al bai’, disebutkan larangan jual beli oleh anak kecil, ini menjelaskan bahwa jual beli remeh temeh (biasanya dengan fulus) bukan termasuk tijarah. Dicetaknya fulus bukan untuk digunakan, tetapi untuk ditolak oleh umat Islam, dan menjauhkan sifat bakhil, juga menjauhkan riba.

Baru pada masa Sultan Kamil Ayyubi, tahun 609 H, fulus rasmi pertama kali dicetak oleh pemerintah Islam, yang diedarkan sebagai wang kecil atau recehan, setelah ratusan tahun diboikot oleh para khalifah sejak zaman Umar Ibn Khattab radhiyallah anhu. Saat pertama kali diedarkan kembali, nilai tukar 1 Dirham = 6 daniq = 24 fulus. Kala itu ulama langsung memprotes kehadiran fulus meski koin tersebut mengandungi chop sultan. Sehingga fulus menjadi kurang popular dikalangan masyarakat.

Baru pada masa Dinasti Mamluk (Mesir), Sultan Zhahir Barquq dan anaknya, Sultan Faraj bin Barquq (1399 - 1412 M), fulus menjadi popular. Pencetakan wang fulus tembaga menjadi agenda utama kerajaan. Pencetakan fulus lebih menguntungkan, kerana nilai nominalnya (nilai yang diletakkan keatasnya) lebih tinggi dari ’ain (intrinsic) bahannya atau yang lazim disebut Seigniorage. Dibandingkan dengan yang dihasilkan dari pembuatan Dinar Dirham magsyusah, sekalipun harus dengan mencuri kadarnya dengan dicampur tembaga, fulus lebih menguntungkan lagi. Untuk memproduksi fulus, kerajaan menarik semua Dinar Dirham lama dari peredaran, kemudian diekpot ke Eropah untuk membeli tembaga dalam jumlah besar, agar mendapatkan keuntungan yang berlimpah. Memang dalam jangka pendek, dengan beredarnya fulus, nampak kerajaan menjadi lebih makmur, anggaran belanja askarnya dan segala projek pemerintah yang dibiayai oleh koin-koin tembaga ini meningkat tinggi. Gaji tentara dan pegawai dinaikkan, roda perekonomian bergerak lebih hebat, kerana wang berada di mana-mana, memicu rakyat untuk lebih produktif dalam membuat beraneka barang dan perkhidmatan.

Tapi, di sebalik keberhasilan tersebut, ada yang luput dari perhatian sultan, iaitu terjadinya inflasi nilai wang, dengan naiknya harga barang dan perkhidmatan. Pemerintah mengatasi hal ini dengan menaikkan gaji tentara dan pegawainya, bahkan memberi bantuan wang tunai langsung bagi kaum dhuafa. Caranya dengan menilai semula nilai fulus, yakni merubah koin dari misalnya bernominal 1 fulus menjadi 2 fulus pada ukuran koin tembaga yang nyaris sama yang dilebur semula.

Padahal ini adalah perompakan jerih payah penduduk yang disimpan dalam bentuk koin tembaga, kerana sebagai logam beratnya nyaris sama, tetapi harganya dibuat menjadi dua kali ganda dari koin asal ? Begitu pula seterusnya, pemerintah terus mencetak fulus dalam berbagai nominal. Penduduk diwajibkan untuk menilai fulus dari nominal yang tertera bukan dari berat dan nilai logamnya, yang disebut syilingtoken atau wang tanda.

Apabila Fulus melimpah Inflasi mulai tak terkendali, sebab pemerintah terus memncetaki fulus, katanya untuk mengatasi lonjakan harga. Sultan, bahkan mulai menangkap pedagang yang menaikan harga dagangannya, dan mereka dituding sebagai biang kerok rusaknya ekonomi. Tapi rejim penguasa lupa, bahwa justru , idea ‘pintar ‘ merekalah sebenarnya yang menjadi akar masalah dengan melimpahnya fulus. Kerana wang fulus terus merosot nilainya, rakyat menjadi gusar, Dinar Dirham yang tersisa ramai-ramai dilebur menjadi perhiasan, bahkan menjadi pelana dan bejana. Dengan hilangnya nuqud dari peredaran, rukun zakat mal menjadi kacau bilau dalam penerapannya. Dan timbullah bid'ah dengan menetapkan zakat yang nisab dan pembayarannya dengan fulus (seperti yang lazim dilakukan hari ini, zakat uang kertas?).

Ketika kemarau panjang terjadi, menyebabkan kemarau dan pertanian tidak menjadi, hewan ternak mati kehausan dan kelaparan, penduduk mendesak pemerintah untuk segera mengimport bahan asasi dari luar negera. Tapi import telah gagal sama sekalu, lantaran kerajaan tidak memiliki emas perak yang cukup, kerana tabungan negara hanya terisi hanya dengan syiling – syiling tembaga, yang dinilai sangat murah di luar negara, itupun harus dijual dengan longgokan secara timbang logam. Akibatnya makanan asasi pun sulit didapati, kalaupun ada pun, harganya telah melambung tinggi.

Untuk mengatasi kewangan negara yang semkin kritikal, Sultan menaikan sewa tanah, padahal petani dan penternak sudah tidak memiliki wang lagi - habis untuk mempertahankan hidup. Mulailah timbul pemberontakan di mana-mana, sementara rejzim penguasa mengatasinya dengan tangan besi, dan menuding mereka sebagai khawarij.

Padahal siapa yang memulai bencana ini? Keadaan semakin parah, sebahagian rakyat di pedalaman meninggalkan desa-desa mereka, dan membiarkan ladang-ladang menjadi tandus tak terurus. Mereka terpaksa berhijrah ke negeri muslim lainnya, kerana terancam mati kelaparan dan tidak sanggup lagi membayar sewa.

Para penduduki Mesir ramai yang mati dalami perjalanan, kerana kehabisan bekalan, terutama yang masih kecil atau yang berusia lanjut. Setibanya di perantauan, sebahagian dari mereka yang tidak memiliki pekerjaan ,terus menjadi pengemis dan merempat. Bagi mereka yang terlalu miskin, terpaksa harus bertahan di desanya, menikmati kelaparan, hidup dan mati sama saja bagi mereka. Pekerjaan mereka, tiada lain hanyalah salat, membaca al Qur'an dan berzikir. Di sinilah sufi berkembang subur. Mereka tak mampu mendatangi ulama, sehingga ilmu agama mereka pun sangat minimum, kerana untuk mendapat makan sahaja pun susah - jadilah negeri ini dipenuhi oleh fuqara.

Al Maqrizi mengungkapkan peristiwa ini dalam Iqhatsah al Ummah bi Kashf al Ghummah, tahun 808 H / 1405 M. Beliau menerangkan bahwa penyebab inflasi kewangan yang mendorong naiknya harga-harga adalah fenomena fulus yang menggantikan Dirham, sebagai hukum ekonomi: wang yang buruk menyingkirkan wang yang baik, orang mengenalnya sebagai Hukum Gresham. Tapi, menisbatkan hukum ini kepada Gresham tidaklah benar, karena al Maqrizi wafat tahun 1442 M, sedangkan Gresham wafat tahun 1579 M, perbezaan suatu rentang masa 150 tahun.

Kita yang hidup hari ini harus belajar dari peristiwa "bencana kerana fulus" ini. Langkah untuk mengatasi segala bentuk bencana kemiskinan dan semua akibatnya saat ini, tiada lain, adalah mengambil jalan sebaliknya: kurangi dan tinggalkan fulus, dan kembali gunakan nuqud, Dinar emas dan Dirham perak.

No comments:

Post a Comment