UsahawanRemaja.Com | Usahawan Remaja | Usahawan

Tuesday, December 28, 2010

Dinar Emas : Instrumen Baru Mas Kahwin & Zakat.



Mahar atau Mas kahwin merupakan satu pemberian wajib dari seorang lelaki kepada bakal isterinya sebagaimana yang telah diperuntukkan oleh hukum syarak. Mas kahwin ini boleh dibayar dalam pelbagai kaedah dan apa jua bentuk mengikut kesesuaian dan peredaran zaman. Lazimnya mahar ini disempurnakan dengan wang ringgit, senaskah Al-Quran, cincin, gelang tangan dan pelbagai bentuk lagi mengikut kemampuan serta persetujuan kedua-dua pihak mempelai. Pada hari ini syiling dinar emas telah mula diperkenal serta diketengahkan sebagai alat perantaraan mahar atau mas kahwin yang terkini dalam sesuatu majlis pernikahan.

Pernahkah anda terfikir kesesuaian syiling emas 9.166% seberat 42.5-gram dan 22-karat ini sebagai item baru penunaian mas kahwin mahupun hantaran perkahwinan. Barangkali jika dilihat sekali imbas cadangan ini agak ganjil tetapi diyakini dinar emas akan mendapat tempat serta sambutan di kalangan masyarakat. Rasional penggunaan dinar emas sebagai mas atau hantaran perkahwinan adalah bersandarkan emas yang boleh diurusniagakan dalam pelaburan Qirad minimum 12 dinar yang mampu memberi pulangan setinggi 2% sebulan, 24% setahun serta boleh diperbaharui setiap 6 bulan dari semasa ke semasa. Pelaburan Qirad ini adalah sesuatu yang menarik kerana ia berdasarkan emas yang mana harganya adalah stabil dan secara komprehensifnya meningkat dari semasa ke semasa tanpa terikat dengan perkembangan isu-isu semasa global seperti kegiatan manipulasi serta spekulasi matawang antarabangsa.

Selain dari itu, pelaburan Qirad ini boleh diumpamakan sebagai jaminan perlindungan aset untuk masa depan terutamanya perbelanjaan pendidikan anak-anak kelak. Berbekalkan peningkatan harga semasa setiap dinar yang dimiliki dan penokokan pulangan setiap bulan mampu meningkatkan lagi perolehan keuntungan pelaburan. Kaedah ini seandainya diteruskan dapat membantu pembiayaan masa depan individu dalam menghadapi peristiwa di luar jangkaan atau mencapai apa jua hasrat yang dicita-citakan. Keadaan ini adalah sebaliknya dalam pelaburan konvensional yang lazimnya berbekalkan wang ringgit yang mudah dispekulasikan di samping pulangan pelaburan yang tidak setanding dengan pelaburan Qirad. Pelaburan ini boleh dibuat di Singgahsana Emas Sdn Bhd, G-09, Plaza Usahawan, Jalan Hang Tuah, 75300 Melaka atau untuk maklumat lanjut di talian 06-2846572/73 pada waktu pejabat.

Dinar Emas juga boleh diaplikasikan sebagai alat pembayaran bagi menunaikan kewajipan zakat. Islam menggalakkan umatnya menunaikan perintah zakat disempurnakan dalam bentuk emas memandangkan kestabilan nilai intrinsiknya yang sekaligus membantu golongan 7 asnaf dihimpit oleh pengucupan kuasabeli atau “purchasing power” pengguna. Cadangan ini boleh dilaksanakan menerusi mekanisme perlantikan rangkaian pasar mini yang boleh menerimapakai dinar emas sebagai alat pembayaran untuk 7 golongan ini mendapatkan bekalan keperluan asas bulanan mereka. Pusat Zakat Melaka (PZM) akan melantik rangkaian pasar mini dan golongan 7 asnaf akan diberi agihan zakat misalnya secara puratanya 2 dinar lebih kurang bernilai RM500 sebulan. Penerima zakat ini akan membeli barangan keperluan mengikut jumlah 2 dinar tadi. Kaedah ini difikirkan dan diyakini sedikit-sebanyak dapat membantu mereka dalam apa jua keadaan sama ada dalam situasi ekonomi yang cemerlang mahupun sebaliknya. Dengan lain perkataan, dinar emas mampu bertindak sebagai penyimpan nilai sekaligus membolehkan penerima zakat menikmati bantuan tersebut dengan kadar yang maksimum. Maka dengan ini diharapkan langkah ini dapat memberi kelegaan kepada mereka yang dalam kesempitan hidup daripada terus dihimpit oleh tekanan kuasabeli yang semakin menurun.

Di samping itu, penggunaan dinar emas boleh diperpanjangkan untuk pelbagai tujuan sampingan seperti hadiah atau cenderahati ulangtahun hari kelahiran atau perkahwinan sebagai tanda penghargaan dalam usaha mempertingkatkan nilai ketinggian kehidupan manusia. Secara keseluruhannya apabila dinar emas diaplikasikan secara meluas, keadaan ini akan membantu meningkatkan kadar pemilikan dinar emas sebagai aset di kalangan masyarakat. Barangkali penggunaan dinar emas ini boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti berdasarkan motif serta kecenderungan masing-masing. Dalam skop yang lebih luas, negara akan mempunyai stok simpanan emas yang stabil yang dapat membantu Malaysia mempertahankan kewibawaannya jika krisis kewangan dan ekonomi global kembali melanda. Langkah ini adalah tindakan susulan pengalaman Malaysia pada tahun 1997 yang telah meninggalkan titik hitam apabila kedaulatan serta kestabilan ekonomi negara nyaris digugar oleh penyangak matawang menerusi kegiatan popular iaitu spekulasi dan manipulasi yang tidak beretika.

Justeru terpulanglah kepada masyarakat Melaka khasnya dan Malaysia umumnya bagi mengambil langkah drastik dan proaktif dari sekarang dengan bertindak mencari penyelesaian terhadap aset mereka dari ditelan susutnilai. Pendekatan ini perlulah diambil bagi memelihara serta mempertahankan kedaulatan Malaysia demi agama, bangsa dan negara tercinta.

Sejarah Dinar Emas



Dinar Emas dan Dirham Perak


Di Malaysia berkat pengalaman kelesuan ekonomi global pada 1997 dinar emas yang diperbuat daripada emas 9166 telah mula dikembalikan kegemilangan sebagai medium penyimpan nilai yang tinggi, stabil, sentiasa berpotensi untuk meningkat nilai serta komoditi yang paling selamat. Dalam konteks yang lebih luas dinar emas turut mampu dijadikan perantaraan urusniaga hartanah, gaji dan bonus pekerja, mahar dan hantaran perkahwinan, urusan haji dan umrah, zakat dan fitrah serta semua pembayaran perniagaan dalam dan luar negara bagi negara yang berminat. Ini memandangkan dinar emas mempunyai nilai intrinsik atau tersendiri yang diterimapakai oleh masyarakat dunia. Nilai emas adalah stabil dan meningkat dari semasa ke semasa berbanding matawang konvesional yang seringkali menjadi mangsa “serang hendap” para penyangak matawang antarabangsa bagi mengaut keuntungan mudah dan besar.
Sejarah Pengenalan Dinar Emas dan Dirham Perak.


Kesohoran dinar sebagai satu matawang rasmi dalam sektor ekonomi sudah lama tersemat dalam lembaran sejarah Tamadun Islam. Dewasa ini komoditi ini seringkali dicanangkan sebagai instrumen alternatif dalam aktiviti ekonomi dunia semasa. Fakta ini adalah berasaskan kepada nilai intrinsik atau tersendiri yang diyakini boleh digunapakai secara lebih meluas serta konsisten. Namun demikian, masih ramai belum mengetahui dari mana dan bagaimana ia boleh berkembang sehingga menjadi satu matawang utama dalam kronologi ketamadunan Islam.

Sekiranya dinar emas mampu dinobatkan sebagai matawang utama pada ketika itu adalah tidak mustahil seandainya penggunaan komoditi ini boleh diperkenalkan semula sebagai matawang alternatif pada alaf baru ini. Barangkali slogan “Nothing Beats Gold, Zero Inflation in 1400 years“ adalah amat berketepatan dan bersesuaian dalam menyatakan hakikat tersebut. Terfikirkah anda semenjak zaman Nabi Muhammad S.A.W lagi kita tidak pernah mendengar serta mengalami keadaan inflasi. Tetapi pada hari ini ungkapan tersebut seringkali “menjelma“ sambil disulami atau lebih sinonim dengan kelesuan ekonomi sejagat. Kenapa semua ini boleh berlaku…jawapannya ialah matawang konvensional yang tersedia ada tidak berlandaskan pada sandaran emas secara mutlak. Apa yang berlaku pada hari ini ialah dunia menggunakan wang kertas yang rezabnya hanyalah dalam bentuk nisbah peratusan emas yang diperuntukkan dan bukannya instrumen itu sendiri yang memiliki nilai emas secara keseluruhannya. Justeru marilah kita mengimbas kembali keunggulan serta kegemilangan dinar emas semenjak bermulanya era ketamadunan Islam.

Masyarakat Arab Jahiliyyah pada ketika itu menggunakan dinar emas Heraclius Byzantine yang berasal daripada negeri Syam manakala dirham perak Sasaniyah pula dari Iraq. Tatkala itu mereka tidak mempunyai matawang tersendiri untuk melaksanakan urusniaga perniagaan dalam mahupun luar negara. Penggunaan kedua-dua matawang ini adalah bagi memudahkan urusniaga terutamanya pada masa yang melibatkan perdagangan utama di Syam pada musim panas manakala di Yaman pada musim sejuk. Namun demikian, keadaan mulai berubah apabila Nabi Muhammad S.A.W dipilih sebagai Rasul, dinar dan dirham telah dinaiktarafkan sebagai matawang rasmi urusniaga sektor ekonomi kerana terdapat keseragaman bagi tujuan memudahkan urusniaga. Ketika ini jugalah reka bentuk berunsur Islam mula menyusup dalam penempaan dinar serta dirham. Pada tahun 18 H atau 20 H, Saidina Omar r.a telah menambah pada dirham Sasaniyah beberapa elemen dengan tulisan khat Kufi seperti Bismillah, Bismillah Rabbi dan Alhamdullillah serta sesetengahnya Muhammad Rasulullah yang ditempa pada keliling gambar Kisra. Beliau turut menetapkan piawaian bahawa 10 dirham bersamaan 7 dinar dan ini kekal digunapakai sehingga kini. Satu dinar mempunyai 91.6% atau 22 karat seberat 4.25 gram manakala dirham ialah syiling perak seberat 2.975 gram.

Dalam rekaan ini ukiran pada permukaan matawang adalah rekabentuk Islam yang khusus tanpa wujudnya elemen-elemen Byzantine dan Parsi muncul pada tahun 76 H hasil cetusan idea Khalifah Abd al-Malik bin Marwan pada zaman Bani Umaiyyah. Senario ini turut dimangkinkan oleh perselisihan faham yang berlaku di antara baginda dengan Raja Rom. Pada ketika itu khalifah Abd Al-Malik bin Marwan telah diktiraf oleh Ibn Jarir al-Tabari dan Ibn al-Athir sebagai perintis menempa dinar dan dirham dalam unsur-unsur Islam.

Aplikasi dinar tidak hanya berlegar di bumi Arab tetapi melangkaui kepada ketamadunan Andalusia. Kegiatan perdagangan berkembang pesat selama 700 tahun di Andalusia telah memangkin penggunaan dinar emas serta perak sebagai matawang utama. Pada tahun 716 M, umat Islam Andalusia telah mula menempa dinar emas dengan ukiran bahasa Arab serta ditulis “Muhammad Rasulluah” disamping mencatatkan nama Andalusia iaitu tempat tempahan dinar berserta tahun diperbuat. Di belakang dinar emas ini turut diukir dengan tulisan Latin yang bersesuaian dengan kehidupan masyarakat Islam Andalusia pada ketika itu. Bukti sejarah juga menunjukkan bahawa setelah tamatnya pemerintahan Andalusia, masyarakat semasa pemerintahan Kristian masih meneruskan penggunaan dinar emas selama lebih 400 tahun. Dalam era moden ini, pada tahun 1992 dinar emas pertama Eropah kembali ditempah di Granada, Sepanyol yang sekaligus merupakan sesuatu peristiwa yang sungguh menarik.

Menurut analisa yang dibuat sepanjang kecemerlangannya dinar emas turut mengalami ketidaktentuan terhadap cabaran serta krisis semasa. Pada suatu ketika stok emas tidak mencukupi memandangkan siri peperangan semakin meruncing. Justeru perak dicampurkan tembaga menjadi matawang rasmi dan digunakan di Mesir serta Syam di bawah pentadbiran Bani Ayyub. Penggunaan dinar serta dirham terus bertahan aplikasinya pada masa keagungan kerajaan Othmaniah Turki (1299M-1924M). Pada hari ini, nama dinar serta dirham masih digunakan sebagai matawang rasmi di beberapa buah negara di Timur Tengah seperti dinar di Tunisia, Kuwait, Libya, Bahrain, Algeria, Jordan manakala dirham Di Emiriah Arab Bersatu, Qatar dan Maghribi.

Friday, December 10, 2010

BUNGA ROS EMAS 24K UNTUK DIJUAL!!!!















RM400/pcs

>Bunga ros emas 24K

>sangat cantik dan sesuai bagi mereka yang berminat untuk menjadikan koleksi barang kemas sebagai permulaan@sebaliknya...

>sesuai untuk dihadiahkan buat isteri,tunang,kekasih dan juga boleh dijadikan hantaran mas kawin buat bakal RAJA SEHARI. :)


>harga di pasaran luar RM750-900 tetapi saya menjualnya hanya RM400 sahaja!!!

>Anda tidak percaya??? Sila call@sms saya 0174002318

>Stok adalah terhad..cepat dapatkannya untuk koleksi anda sebelum terlambat!!! :)

PAMP SUISSE LADY FORTUNA 5GM UNTUK DIJUAL












Pamp suisse lady fortuna 5g ready stok terhad...

kalau nk boleh order je ngan saya..

untuk harga sila call@sms 0174002318

PAMP SUISSE LADY FORTUNA 10GM UNTUK DIJUAL













Pamp Suisse Lady Fortuna 10g untuk dijual..stok terhad..

untuk harga sila call@sms 0174002318

PAMP SUISSE LADY FORTUNA 20GM UNTUK DIJUAL












Pamp Suisse Lady Fortuna 20g untuk dijual..kuantiti terhad...

untuk mengetahui harga..
sila call@sms 0174002318

SYILING KIJANG EMAS 999.9 UNTUK DIJUAL













Stok Kijang Emas 1oz , 1/2oz & 1/4oz untuk dijual...

sila call@sms 0174002318 untuk harga terbaik....dijamin!!!

SYILING EMAS BUNGA RAYA 999.9 (10g) UNTUK DIJUAL













Syiling emas Bunga Raya (10G) adalah emas berketulenan 999.9 dan merupakan antara emas yang paling murah di pasaran...

untuk harga jualan semasa bagi sekeping emas bunga raya... sila call@sms 0174002318

1/2 & 1/4 DINAR LOGAM MULIA UNTUK DIJUAL












Dinar LM 999.9:
1/2 dinar RM450....
1/4 dinar RM300....

Dapatkan segera sementara stok masih ada....
call@sms 0174002318

1 DINAR KELANTAN (DK) LAMA UNLAMINATED UNTUK DIJUAL


2 keping 1DK (unlaminated)....
syiling ini blh dikategorikan sebagai RARE..
harga jualan adalah RM750 sekeping...
P/S:call@sms 0174002318 untuk tempahan sementara stok masih ada... :)

Elok melabur dalam bentuk emas

Salam sekadar berkongsi artikel yang saya terjumpa di dalam Utusan Malaysia Online. Maybe kita boleh menjadikannya sebagai asas panduan kita dalam mengubah pandangan kita tentang pemilikan emas.

Selamat membaca.

ARKIB : 14/11/2009

Elok melabur dalam bentuk emas

MINGGU lepas saya dijemput oleh TV3 menerangkan tentang emas sebagai pelaburan alternatif dalam program Bijak Wang. Minat dengan pelaburan emas memang sedang meningkat. Melalui program tersebut pun ada beberapa penonton yang menelefon bertanyakan beberapa perkara tentang emas.

Saya diminta menerangkan mengapa wajar melabur dengan emas. Emas sebenarnya ialah suatu komoditi yang tidak luntur ditelan zaman. Walau tertanam beribu-ribu tahun sekalipun, emas tetap berkilau.

Tidak ada negara yang mata wangnya tidak tertakluk kepada turun naik nilai emas, termasuklah negara kita semasa krisis 97/98 yang mana mata wang kita dikatakan menjadi bahan spekulator dan pernah jatuh ke paras serendah RM4.50 untuk satu dolar Amerika.

Mata wang dunia tidak lagi disokong oleh emas dan negara seperti Amerika Syarikat didapati boleh mengeluarkan seberapa banyak wang sesuka hati mereka.

Sekian lama mata wang dolar Amerika digunakan untuk segala-galanya daripada rizab negara kepada dagangan dunia.

Boleh dikatakan tidak ada urusan yang tidak lepas daripada dolar Amerika sehinggalah Kesatuan Eropah menghasilkan Euro yang menjadi pencabar kepada kedudukan dolar Amerika.

Apabila berlaku krisis ekonomi pada tahun 2008 yang berpunca di Amerika, dolar terus tertekan kedudukannya selaku mata wang utama. Tambahan pula negara seperti China yang banyak membeli Bil Perbendaharaan Amerika Syarikat merasa bimbang mengenai penurunan nilai dolar dan menyarankan penggunaan mata wang alternatif untuk perdagangan.

Pada waktu sama China juga mengajak negara-negara Asia Barat mengubah haluan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika.

Suasana begini dicampur dengan defisit kerajaan Amerika yang berjumlah trilion dolar menyebabkan ramai orang membeli emas selaku pelindung atau insuran.

Mereka yang mengambil langkah perlindungan ini bukan saja orang individu tetapi juga negara. Selasa minggu lepas, Bank Negara India telah membeli 200 tan emas dari Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan ia telah melonjakkan harga emas pada hari itu. Dikhabarkan IMF akan menjual sebanyak 200 tan lagi. Kenaikan permintaan ini menyebabkan harga emas terus meningkat.

Minggu lepas sehingga semalam (Jumaat) emas naik dari AS$1091 (RM3,815) seauns kepada AS$1106 (RM3,871).


Bagaimanapun mereka yang ingin membeli emas patut melihat pembeliannya untuk disimpan selama 365 hari. Bukan untuk dijual minggu depan atau bulan depan kerana dengan mengambil sikap demikian segala turun naik harga (volatiliti) dapat diatasi.

Misalnya sejak setahun lalu, harga emas naik sebanyak 52 peratus dari AS$734.90 (RM2,572) seauns kepada AS$1116.80 (RM3,908) seauns.

Kalau emas tidak penting mengapa kerajaan India membeli 200 tan emas minggu lepas?

Kebimbangan akan kejatuhan nilai matawang dolar Amerika dan kemungkinan pemulihan mungkin akan mengambil masa lebih lama daripada dijangkakan kerana pengangguran di AS hampir mencecah 10 peratus dan masalah yang membelenggu sektor perumahan belum dapat diatasi lagi.

Kerajaan China juga menasihatkan rakyatnya menyimpan 5 peratus daripada wang simpanan mereka dalam bentuk emas dan ini bakal menaikkan lagi harga emas.

Kita ingat semasa zaman ramai pelarian meninggalkan negara asal mereka seperti semasa perang Vietnam. Mereka yang lari daripada Kemboja membawa bersama emas dan apabila sampai di sini mereka menggunakan emas tersebut untuk memulakan perniagaan dan hidup baru.

Contohnya di kawasan Kota Tinggi, Johor. Ramai orang Kemboja yang memiliki perniagaan seperti barang kemas dan perniagaan kain. Emas diterima di mana-mana tidak kira di negara mana sekalipun, emas tetap emas.

Seperti yang pernah dinyatakan dahulu, emas boleh dibeli secara buku pas dan secara syiling atau keping (wafer) dari bank-bank perdagangan. Selain itu, barang kemas juga suatu pelaburan dalam "bentuk emas" walaupun ketulenan emas pada barang kemas adalah rendah daripada emas keping iaitu 91.6 peratus bagi barang kemas dan 99.99 bagi syiling dan emas keping.

Bagi Bursa Malaysia pula, mungkin Dana Dagangan Bursa Emas (Gold Exchange Traded Fund) mungkin boleh difikirkan selaku salah suatu tawaran di bursa kita.

Dengan adanya ETF Emas ini dapatlah lebih ramai pelabur melabur dalam emas dengan modal yang lebih rendah.

DATO' SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)

(Artikel asal boleh di dapati di sini)

Dinar Emas:Senjata Baru Umat Islam

Salam semua pembaca,

Kali ini saya ingin kongsikan satu artikel yang sangat menarik dan terkini. Saya jumpa artikel tersebut di dalam majalah Milenia Muslim. Tajuk artikel tersebut ialah seperti yang tertera pada tajuk catatan ini. Artikel ditulis oleh Prof Zuhaimy Ismail. Antara tulisan yang menarik pandangan saya dalam artikel ini ialah

"... ada yang menyatakan bahawa dinar emas adalah suatu bom Islamik yang lebih dahsyat kesannya kepada dolar Amerika daripada bom nuklear yang dibangunkan oleh Pakistan. "

Dan tulisan berikut juga menarik perhatian saya

"Umat Islam mesti berusaha supaya dinar emas dijadikan wang perdagangan dan digunakan di kalangan umat Islam. Kita tidak perlu risau tentang sistem kapitalis kerana sistem ini telah pun rosak dan akan hancur dengan sendirinya. Senjata kekuatan kufur ialah melalui sistem kewangannya yang berteraskan riba, manakala senjata umat Islam ialah dinar emas tanpa riba. Dinar emas melambangkan kekuatan, kekayaan dan keadilan sebenar bagi umat Islam. Oleh itu sama-samalah kita berusaha supaya umat Islam memiliki dinar emas."

Di catatan ini saya kongsikan keseluruhan artikel yang telah saya "scan". Bagi pembaca yang tidak berkesempatan mendapatkan majalah yang mengandungi artikel ini bolehlah mendapatkannya dari link yang saya sediakan. Bagi pembaca yang mahu mendapatkan artikel sebenar daripada majalah tersebut, boleh cari majalah Milenia Muslim, November 2009 dengan harga RM6.50.

Klik pada link di bawah untuk melihat artikel tersebut

Dinar Emas: Senjata Baru Umat Islam - muka 1
Dinar Emas: Senjata Baru Umat Islam - muka 2
Dinar Emas: Senjata Baru Umat Islam - muka 3

Wassalam

Harga Emas berbanding matawang-matawang di dunia

Salam semua pembaca,

Kali ini saya ingin berkongsi satu fakta yang cukup menarik. Iaitu harga emas dalam unit-unit matawang-matawang dunia. Mungkin boleh kita fikirkan sama-sama. Antara fakta yang menarik perhatian saya

1 Oz Emas = 10,123,208 Rupiah (Indonesia) = 20,002,679 Dong (Vietnam) = 97,938 Yen (Jepun) dan lain-lain.

Manakala negara kita 1 Oz Emas = RM 3,697. Mungkinkah harga emas di negara kita, dalam matawang negara kita akan menjadi seperti harga dalam matawang Rupiah, Dong, Yen dan sebagainya (yang nilai matawangnya melebihi puluhan ribu/juta). Sesuatu yang perlu kita fikir-fikirkan. Lakukan sesuatu sebelum masa itu menjadi kenyataan. Hubungi saya 017-4002318.


Unit Matawang


Unit per Gold Ounce

AFNAfghanistan Afghanis
51,379.9540318694
ALLAlbania Leke
107,831.1198428538
DZDAlgeria Dinars
78,678.3738466912
ARSArgentina Pesos
4,141.9035475883
AUDAustralia Dollars
1,226.8029010465
BSDBahamas Dollars
1,083.2753702527
BHDBahrain Dinars
408.4543831807
BDTBangladesh Taka
74,800.1676218426
BBDBarbados Dollars
2,166.5507405054
BMDBermuda Dollars
1,083.2753702527
BRLBrazil Reais
2,025.5156066445
BGNBulgaria Leva
1,524.0295032082
XOFCFA BCEAO Francs
511,206.1379611632
XAFCFA BEAC Francs
511,206.1379611632
CADCanada Dollars
1,158.2382235218
CLPChile Pesos
567,744.5951022847
CNYChina Yuan Renminbi
7,396.8728071846
COPColombia Pesos
2,144,885.2331003356
XPFComptoirs Français du Pacifique Francs
92,998.6555345004
CRCCosta Rica Colones
602,084.4375628714
HRKCroatia Kuna
5,698.2105535276
CZKCzech Republic Koruny
20,323.9441149915
DKKDenmark Kroner
5,801.2300456395
DOPDominican Republic Pesos
38,997.9133290970
XCDEast Caribbean Dollars
2,816.5158593478
EGPEgypt Pounds
5,926.5450860476
EEKEstonia Krooni
12,193.8761328390
EUREuro
779.3287333791
FJDFiji Dollars
2,121.9889146116
XAUGold Ounces
1.0000000000
HKDHong Kong Dollars
8,414.6039018243
HUFHungary Forint
210,541.3362305314
XDRIMF Special Drawing Rights
697.0031786671
ISKIceland Kronur
138,410.5181633706
INRIndia Rupees
50,137.3215060156
IDRIndonesia Rupiahs
10,123,208.3350114319
IRRIran Rials
10,727,675.9916124362
IQDIraq Dinars
1,249,612.3562493012
ILSIsrael New Shekels
4,042.9836057515
JMDJamaica Dollars
96,519.8338365681
JPYJapan Yen
97,938.6528195122
JODJordan Dinars
769.1255542031
KESKenya Shillings
82,328.9281392048
KWDKuwait Dinars
311.5394526454
LBPLebanon Pounds
1,627,621.2438046739
MYRMalaysia Ringgits
3,697.2189543787
MURMauritius Rupees
31,956.6234224545
MXNMexico Pesos
14,127.3115481276
MADMorocco Dirhams
8,769.6976706382
NZDNew Zealand Dollars
1,543.5565995654
NOKNorway Kroner
6,396.1604695846
OMROman Rials
417.1151799728
PKRPakistan Rupees
92,100.0683424006
XPDPalladium Ounces
2.6040269189
PENPeru Nuevos Soles
3,098.1674452826
PHPPhilippines Pesos
50,588.9564849068
XPTPlatinum Ounces
0.7145524616
PLNPoland Zlotych
3,113.0780163978
QARQatar Riyals
3,944.2056582152
RONRomania New Lei
3,174.1034973034
RUBRussia Rubles
32,869.5693527382
SARSaudi Arabia Riyals
4,062.5258684064
XAGSilver Ounces
66.4063336111
SGDSingapore Dollars
1,529.0028243182
ZARSouth Africa Rand
8,198.2586806236
KRWSouth Korea Won
1,266,847.0383985024
LKRSri Lanka Rupees
124,240.8515531471
SDGSudan Pounds
2,417.5455826339
SEKSweden Kronor
7,927.0994850065
CHFSwitzerland Francs
1,147.0782818721
TWDTaiwan New Dollars
34,668.0598890166
THBThailand Baht
35,978.9639390485
TTDTrinidad and Tobago Dollars
6,857.1330110522
TNDTunisia Dinars
1,471.9623018657
TRYTurkey Lira
1,613.1415564472
AEDUnited Arab Emirates Dirhams
3,979.0872313392
GBPUnited Kingdom Pounds
680.1775127705
USDUnited States Dollars
1,083.2753702527
VEFVenezuela Bolivares Fuertes
4,658.0840920866
VNDVietnam Dong
20,002,679.7117160074
ZMKZambia Kwacha
4,983,023.3721475927

Bagaimana nak menambah emas dengan bantuan Ar-Rahnu(oleh Geng916)

Salam semua pembaca blog SUPERBIKESBOYZ. Sekali lagi saya terpanggil berkongsi satu kaedah dan teknik yang saya kira baik untuk saya kongsikan bersama anda semua. Teknik menambah emas dengan bantuan Ar-Rahnu ini adalah hasil nukilan saudara Hasfarizan daripada blog Geng 916. Apa yang beliau kongsikan memang dapat dilakukan oleh semua orang. Sangat praktikal dan mudah untuk dilaksanakan. Mungkin yang berminat boleh terus membaca catatan yang ditulis oleh beliau. Saya sertakan artikel beliau di bawah untuk memudahkan anda membacanya. Jika berminat untuk melihat sumber sebenar, anda boleh baca di link berikut
http://geng916.com/2010/02/bagaimana-nak-menambah-emas-dengan-bantuan-ar-rahnu/


Selamat membaca dan menambah ilmu.

Assalammualaikum…salam emas kepada semua pembaca…Geng minta maaf kerana tidak dapat menulis apa-apa yang terbaru tentang emas..maklum la..sejak kebelakangan ini macam-macam pekara yang telah geng lalui…ada baik ada buruk..ada gembira ada duka…tapi life must go on…toward future….
Pada kali nie gang nak bercerita mengenai bagaimana kita nak beli emas dengan bermodalkan 35% sahaja dari kewangan kita…kisah nie adalah update dari kampen 1Bulan 1 Dinar yang geng war-warkan selama ini…cuma ini info terkini… penambah baikan dari artikal geng yang bertajuk

Macam mana nak buat keuntungan dengan emas?Part 2 maybe finale

Oleh itu pengiraan dahulu tidak digunakan…ini adalah pengiraan terkini seperti biasa kaedah ini masih lagi mengunakan 1 dinar dan wang simpanan RM500…kena ada 1 dinar dulu baru boleh berjaya….Geng guna 1 dinar adalah kerana ini adalah emas yg murah untuk diperolehi oleh golongan-golongan sasaran geng…lokasi di KPMNJ JB (KOPERASI PEMODALAN MELAYU NEGERI JOHOR)

Ok caranya….
1 ) lock harga emas baru melalui agen yg anda kenal

2) bawa 1 dinar ke Ar-Rahnu KPMNJ dengan sijil ketulinan..

3)pegawai Ar-Rahnu akan buat kiraan…cthn nya pada hari itu harga emas gadaian 916 adalah RM129. (makluman 1 dinar adalah emas 916 dan beratnya adalah 4.25g)
cth kiraan:-
4.25 x RM129.00 = RM548.25 (harga mahrumnya)
dapat ditangan adalah 65% drpd jumlah harga mahrumnya…..548.25 x 65% = RM 356.36 ( inilah nilai yang kita dapat)

4) tempoh matang penebusan adalah 6 bulan..walupun dalam bila-bila masa boleh tebus..tetapi suka geng cadangakan eloklah dibayar secara ansuran selama 6 bulan mengikut tempoh matang…tetapi Ar-Rahnu akan kenakan upah simpan kepada emas yg kita gadai tadi…di KPMJ upah simpanya adalah mengikut nilai jumlah marhumnya…dimana jika jumlah nilai marhumnya diBAWAH RM1000 upah simpanya adalah 0.65% dari harga marhum….manakala jika nilai marhumnya di ATAS RM1000 upah simpannya adalah 0.7% dari harga marhum tadi..jadi 1 dinar nilai upah simpannya:-
cth kiraan:-
jumlah marhum 1 dinar = RM548.25
upah simpannya 0.65%
jadi 0.65% x RM548.25 = RM3.57 sebulan…jadi 6 bulan…RM3.57 x 6= RM21.42 sahaja (boleh bayar terus)

ok untuk tebus emas adalah duit dari 65% tadi dibahagi 6 bulan…..RM 356.36 / 6 = RM59.39/bln
jadi sebulan kita kena bayar RM59.39 + RM3.57 = RM62.96…cincai kira RM63/bulan sahaja untuk tebus 1 dinar tadi..

5) dengan duit ditangan yang kita dapat dari pajakan 1 dinar tadi….kita gunakan bayar 1 dinar yang kita lock tadi dengan agen kita…kita dah ada 65% harga 1 dinar…cuma perlu tambah 35% saja lagi…kita boleh ambil dari modal RM500 yang kita komitkan tadi…
contoh kiraan
katakan lock harga 1 dinar = RM555
ditanggan ada RM 356.36 jadi perlu tambah….RM 356.36-RM555 = RM198.64(jumlah perlu ditambah)
jadi yang perlu ditambah adalah 35% = RM198.64 sahaja…dimana nak dapat duit nie…..dari modal yang kita ada RM500 tadi….jadi RM500 – RM198.64 = RM301.36 baki (simpan dalam akaun untuk digunakan sebagai penebusan bulan-bulan emas 1 dinar tadi jangan bawa ke bulan depan)
untuk bulan depan guna RM500 baru…jangan dari baki lepas…

6) dengan proses ini kita dah 2 keping 1 dinar… 1 ada kepada Ar-Rahnu….1 ada kepada kita yg baru dibeli tadi…jadi teruskan proses nie…bila dah dapat 6 dinar atau 7 dinar..pajakkan untuk beli 20g emas 999 yang nilai gadaiannya lebih tinggi yak nie pada hari nie RM141/g…kalau pajak nilai marhumnya adalah RM RM2820….65% = RM1833…kalau mampu boleh guna proses diatas…tapi kalau tak mampu boleh beli 1 dianar 3 keping..kan untung

kenapa kita kena susahkan diri buat cara nie..dan kenapa saya lebih galakkan guna cara nie?…ini adalah kerana dengan cara nie kita boleh beli emas banyak dengan bayar sedikit contohnya yang saya dah buat…saya beli 4 keping 1 dinar sekali gus dengan bayaran harga 1 dinar melalui easy payment yg PG perkenalkan…hehehehe……jadi sebulan saya beli 4 keping 1 dinar dengan harga yang sama..hehehehe sebab harga sentiasa berubah…tak kisahla kalau harga turun..yg risau kalau harga naik..jadi kaedah nie..paling best bagi saya yg baru nak kumpul aset emas dengan modal kurang RM600…jadi selamat membeli emas…semua orang boleh beli emas….orang miskin akan kaya raya jika dia guna cara ini insyaallah …ingat korang kena disiplin…..dan buangkan tabiat pembaziran…berhentila merokok tue..beli emas lagi bagus la…kurangkan merokok…merokok itu HARAM

Senarai Blog Tentang Emas di Malaysia

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.Hari ini semakin ramai mula “celik mata” mengenai emas , namun dalam waktu yang sama masih ramai yang tidak tahu/ragu-ragu tentang emas.Kalau kita lihat , secara online memang bidang emas semakin popular tetapi secara offline masih kurang.Ini kerana info/ilmu tidak sampai pada mereka yang tidak tahu kaedah akses maklumat secara online/internet.

So tugas kita semua , menyampaikan info/ilmu mengenai emas secara mulut ke mulut ( bukan bercium :) hehe...).Kaedah ini amat mudah untuk dizahirkan sebagai contoh anda keluar minum bersama rakan anda , so daripada anda borak-borak kosong baik anda sampaikan info/ilmu tentang emas.Tidak rugi anda menyampaikan info/ilmu yang berguna pada rakan anda kelak anda juga akan menerima balasan.

Berikut adalah senarai blog mengenai emas di Malaysia yang saya sempat kumpulkan.Kalau ada yang tertinggal tolong masukkan di ruangan komen.Kalau sahabat salah seorang admin blog dibawah , sila copy url/artikel ini dan post di blog masing-masing bagi mempercepatkan proses “glamour”.


http://www.superbikesboyz.blogspot.com
http://www.yusofgold.blogspot.com
http://www.dinarkedah.blogspot.com
http://www.tokeimas.blogspot.com
http://www.keropokemas.blogspot.com
http://www.jutawanduniaemas.com
http://www.emaskini.com
http://www.jutawanemas.com
http://www.pokli.com
http://www.gold2rich.com
http://goldemas.com/blog/
http://putremas.com/
http://www.jakethitam.com/
http://www.emasmalaysia.com/
http://blogemas.com/
http://www.issagold.com/
http://huza2u.blogspot.com/
http://www.simpanemaspublic.blogspot.com/
http://www.armootz.blogspot.com/
http://www.warungemas.com/
http://logamkaya.blogspot.com/
http://www.emasruncit.com/
http://www.knizambiz.com/
http://geng916.com/
http://kedaiemas.net/
http://www.rafizah.com/
http://www.emastulen.com/
http://emas916.com/
http://www.sahabatemas.blogspot.com/
http://www.issagold.com/

4 Sebab Yang Mempengaruhi Harga Emas Dunia

Salam semua,


Antara yang dapat saya kongsikan ialah 4 sebab yang mempengaruhi harga emas:

1. Penawaran dan Permintaan (Supply and Demand)
Jika berlaku banyak penawaran pada emas, maka harga emas akan mengalami penurunan. Jika terdapat banyak permintaan maka harga emas akan melonjak naik. Keadaan ini adalah sama seperti komoditi-komoditi lain di dunia.

2. Kepercayaan orang ramai terhadap USD
Kepercayaan orang ramai terhadap USD akan juga mempengaruhi harga emas. Indek kepercayaan ini adalah berlawanan dengan harga emas. Jika sekiranya kepercayaan kepada USD meningkat, maka harga emas akan berlaku penurunan. Ini adalah kerana orang akan lebih membeli USD berbanding emas. Tetapi jika sebaliknya, jika orang hilang kepercayaan kepada USD, maka emas akan digunakan sebagai simpanan melindungi kekayaan mereka.

3. Keadaan ekonomi semasa
Keadaan ekonomi juga mempengaruhi secara langsung harga emas. Antaranya jika pasaran saham dunia mengalami kemerosotan, maka harga emas akan melambung. Ini adalah hasil tindakan para pelabur saham yang beralih arah kepada emas untuk melindungi pelaburan mereka. Begitu juga sebaliknya harga emas akan menurun apabila pelabur mula kembali melihat keadaan pasaran saham yang lebih baik.

4. Keadaan politik semasa
Keadaan politik dunia juga akan mempengaruhi harga emas. Sebagai contoh krisis antara China dan Amerika Syarikat. Di mana China mula menolak penggunaan USD sebagai simpanan aset (reserved asset). China mula mencari dan menyimpan emas sebagai simpanan aset negara. Jika perkara ini berlaku kepada negara-negara lain maka secara tidak langsung permintaan terhadap emas akan meningkat. Ini secara langsung akan melonjakkan harga emas dunia.

Jadi dalam keadaan situasi masa kini, harga emas berkemungkinan besar akan mengalami kenaikan. Jadi sebelum keadaan tersebut berlaku, apa kata anda mulakan simpanan emas anda. Simpanan emas akan melindungi nilai wang yang anda miliki.

Hubungi saya di 017-4002318 untuk maklumat lanjut.

Info Mengenai Dinar Emas

Tahukah anda?

Dinar emas merupakan mata wang logam yang berbentuk kepingan syiling emas yang ditempa mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Sayidina Umar Al-Khatab. Dinar emas diperbuat daripada emas tulen 22 karat atau emas jenis 916.6 dengan berat 4.25 gram bagi setiap keping dinar. Ia dikenali sebagai mata wang syariah umat Islam.



1 Dinar Emas
Berat: 4.25 gram
Ketulenan: 916.6

5 Dinar Emas
Berat: 21.25 gram
Ketulenan: 916.6

10 Dinar Emas
Berat: 42.5 gram
Ketulenan: 916.6

Masalah sistem matawang kertas

Tahukah anda?

Sistem kewangan dunia diselubungi pelbagai masalah dan kesulitan apabila mengamalkan sistem mata wang fleksibel atau terapung pada tahun 1973.

Baca kisah kegagalan wang kertas di link berikut.
http://www.mint.com/blog/finance-core/hyperinflation-the-story-of-9-failed-currencies/

Matawang Hungary. Nilai 10,000 Huf ini bersamaan lebih kurang 40 Euro/USD50

Matawang zimbabwe

Hyper-inflasi di Zimbabwe

Matawang Indonesia (Jiran terdekat kita)

Kegagalan wang di Jerman, Hungary, Chile, Argentina, Peru, Angola, Belarus, Zimbabwe dan banyak lagi yang bakal menyusul. Untuk pengetahuan anda penggunaan wang kertas di dunia baru menjangkau 80 tahun tetapi kegagalan demi kegagalan berlaku.

Kita perlu mengambil iktibar daripada peristiwa-peristiwa ini. Kita perlu melindungi negara kita daripada peristiwa-peristiwa begini. Jadi apa yang kita boleh lakukan. Lakukan la semampu kita dengan memulakan simpanan kita dalam bentuk emas atau Dinar Emas. Tukarkan wang kertas kita dengan Dinar atau Emas. Sesungguhnya Dinar itu adalah matawang sunnah yang telah digunakan dengan jayanya semenjak zaman Rasulullah SAW. Ketahanannya dalam ekonomi umat Islam telah menjangkau lebih 1400 tahun. Insya-Allah dengan tindakan yang sekecil ini kita dapat membantu diri kita, agama, masyarakat dan negara.


"To save your family, buy gold. To help your nation, keep gold. To follow your religion, use gold"
(Quote by Louis Ng., Founder of Public Gold)

Standard Wang Zaman Rasulullah S.A.W

Tahukah anda?

Pada zaman Rasulullah SAW, standard barang dan harga disandarkan kepada piawaian emas dan perak. Melalui sandaran emas dan perak inilah semua bentuk transaksi boleh dilangsungkan. Baginda telah menentukan standard wang dalam bentuk "uqiyyah", "dirham", "daniq", "qirath", "mithqal" dan "dinar".
1 uqiyyah = 40 dirham
1 dirham = 6 daniq
1 dinar = 20 qirath
10 dirham = 7 mithqal


Artikel menarik yang berkaitan
http://wakalanusantara.com/mobile/detil.php?jdl=Umar.ibn.Khattab.Pelopor.Dirham.Islam&id=109
Juga artikel menarik tentang penggunaan dinar dan dirham di Indonesia
http://wakalanusantara.com/mobile/detil.php?jdl=Makin.Marak..Zakat.dalam.Dirham.dan.Dinar&id=167

Dinar Emas mampu mengelakkan RIBA!!!

Tahukah anda?

Dinar emas secara hakikinya mampu mengelakkan riba secara langsung kerana ia dinilai berasaskan beratnya dan berat satu satu dinar tidak akan berubah mengikut masa.

Contohnya:
En. B meminjam 5 dinar (RM 2,500) daripada En. A dan akan membayarnya dalam tempoh 40 tahun. Pada masa itu En.B akan tetap membayar hutang En. A dengan 5 dinar bukan dengan 5.5 dinar, kerana lebihan itu jelas riba. Sekiranya pinjaman antara En. A dan En. B dinilai dengan wang kertas RM 2,500 sudah pasti pada 40 tahun akan datang, nilai tersebut tidak akan sama walaupun nombornya sama kerana berlakunya penurunan atau kenaikan nilai.

Disebabkan sifat wang kertas yang setiasa berubah dari masa ke semasa, nilainya sudah pasti tidak dapat dikekalkan pada masa hadapan. Ini berlawanan dengan emas, di mana nilainya adalah kekal, walaupun pada 1000 tahun akan datang. Ini kerana, ianya dinilai berdasarkan berat dan bukan berdasarkan perkara-perkara lain (keadaan ekonomi, politik, pemerintah, dsb).

Renungan Sejenak.......

Kewujudan mata wang Euro adalah kerana hilangnya kepercayaan negara-negara eropah terhadap keupayaan Dolar Amerika. Negara-negara eropah telah bersatu hati dan memperkenalkan mata wang mereka tersendiri untuk menyelamatkan negara mereka daripada kemelut ekonomi Dolar Amerika.

Tapi kita, umat Islam sendiri yang disarankan untuk saling bersatu hati oleh Rasul junjungan kita, tidak dapat bersatu hati dalam mengembalikan mata wang emas dan perak dalam sistem ekonomi kita. Apakah sumbangan anda sebagai seorang muslim?

Saya suka berkongsi satu cerita. Kisah Nabi Ibrahim dan seekor burung. Saya pun ingat-ingat lupa tentang kisah ini. Jadi betulkan saya jika terdapat sebarang kesilapan fakta dalam cerita ini. Ceritanya lebih kurang begini.Saya cuba ingatkan.....

Kisah berlaku ketika nabi Ibrahim sedang dibakar hidup-hidup oleh orang-orang Yahudi. Pada ketika itu seekor burung telah melihat nabi Allah Ibrahim sedang dibakar hidup-hidup. Melihat keadaan itu, burung tersebut telah pergi ke suatu sumber air, dan dengan menggunakan paruhnya yang kecil, burung tersebut membawa air tersebut dan menitiskan air dari paruhnya ke atas nabi Ibrahim yang sedang dibakar. Melihat kejadian tersebut, rakan-rakan burung tersebut mentertawakan usaha burung tersebut dan berkata "Apakah dengan menitiskan air tersebut ke atas nabi Ibrahim dapat memadamkanya?" dengan nada sindiran. Maka burung tersebut menjawab "Sesungguhnya Allah tidak melihat akan berapa besar kesan dari sumbangan yang telah aku berikan, tetapi Allah menilai atas usaha apa yang telah aku lakukan untuk membantu rasul utusan-NYA itu. Jika aku disoal ketika mengadap-NYA nanti aku mampu memberi jawapan sesungguhnya aku telah melaksanakan tugas ku sedaya mampu. Sesungguhnya DIA lebih mengetahui apa yang telah aku lakukan."

Begitulah lebih kurang kisahnya. Iktibar yang kita boleh ambil ialah jangan menilai berapa besar sumbangan kita dalam mengembalikan sistem ekonomi Islam kita, tetapi nilailah apa usaha yang telah kita lakukan untuk mengembalikan sistem ekonomi Islam. Besar atau kecil sumbangan tidak penting, tapi kesungguhan usaha walau pun sekecil-kecilnya adalah yang lebih baik daripada hanya melihat tanpa melakukan apa-apa usaha. Sesungguhnya usaha yang kecil kalau dilakukan bersama oleh setiap muslim di dunia ini akan pastinya memberikan kesan yang cukup besar.

Marilah kita fikir-fikirkan. Lakukan tanggungjawab anda. Maaf jika ada sebarang ketidak tepatan fakta dalam cerita di atas. Saya hanya insan yang tak lepas dari melakukan kesilapan.

Wassalam.

The World's Biggest Gold Reserves (rujukan CNBC.COM)

Salam semua,

Kali ini saya ingin berkongsi fakta yang saya perolehi daripada CNBC.com. Fakta mengenai negara-negara yang menyimpan emas terbanyak di dunia. Anda boleh rujuk sumber asalnya di http://www.cnbc.com/id/33242464 (lengkap dengan gambar yang menarik)

Ringkasannya saya senaraikan seperti berikut. "Ranking" negara yang menyimpan emas terbanyak. Bermula dari "ranking" ke-15

15. Venezuela - dengan 392 tan emas dangan nilaian $13.07 billion US
14. India - dengan 393.5 tan emas dengan nilaian $13.12 billion US
13. Portugal - dengan 420.8 tan emas dengan nilaian $14.03 billion US
12. Taiwan - dengan 466 tan emas dengan nilaian $15.53 billion US
11. European Central Bank - dengan 551.5 tan emas dengan nilaian $18.39 billion US
10. Russia - dengan 625.2 tan emas dengan nilaian $20.85 billion US
9. Netherlands - dengan 673.8 tan emas dengan nilaian $22.47 billion US
8. Japan - dengan 841.7 tan emas dengan nilaian $28.07 billion US
7. Switzerland - dengan 1144.1 tan emas dengan nilaian $38.15 billion US
6. China - dengan 1159.4 tan emas dengan nilaian $38.65 billion US
5. France - dengan 2689.6 tan emas dengan nilaian $89.68 billion US
4. Italy - dengan 2697 tan emas dengan nilaian $89.92 billion US
3. International Monetary Fund (IMF) - dengan 3539 tan emas dengan nilaian $118 billion US
2. Germany - dengan 3749.1 tan emas dengan nilaian $125.01 billion US
1. United States - dengan 8946.9 tan emas dengan nilaian $298.36 billion US

Jadi kenapa negara-negara ini mengumpul emas dengan banyak sekali? Sudah tentu kerajaan-kerajaan ini telah mengiktiraf tanpa ragu-ragu akan bernilainya emas dalam sistem kewangan. Namun kita masih lagi ragu-ragu dan masih suka menunggu dan melihat daripada bertindak. Simpanlah emas.... kerana ianya merupakan penyelamat negara dan Ummah.... Fikir-fikirkanlah.....

Wassalam.

Why Central Banks hold GOLD???


Salam semua,


Ekoran catatan yang lepas berkaitan dengan negara yang menyimpan emas terbanyak, di sini saya ingin kongsikan lagi fakta yang menarik. Rujukan fakta ini ialah daripada http://www.reserveasset.gold.org/why_hold_gold/. Ianya menerangkan kenapa bank-bank pusat di seluruh dunia menyimpan emas. Tanya pada diri anda, kenapa anda tidak menyimpan emas, sedangkan bank-bank pusat di dunia berlumba-lumba menyimpan emas. Jadi nak simpan emas? Hubungi saya 019-2690109.

Why central banks hold gold

Monetary authorities have long held gold in their reserves. Today their stocks amount to some 30,000 tonnes - similar to their holdings 60 years ago. It is sometimes suggested that maintaining such holdings is inefficient in comparison to foreign exchange. However, there are good reasons for countries continuing to hold gold as part of their reserves. These are recognised by central banks themselves although different central banks would emphasise different factors.

Diversification

In any asset portfolio, it rarely makes sense to have all your eggs in one basket. Obviously the price of gold can fluctuate - but so too do the exchange and interest rates of currencies held in reserves. A strategy of reserve diversification will normally provide a less volatile return than one based on a single asset.
Gold has good diversification properties in a currency portfolio. These stem from the fact that its value is determined by supply and demand in the world gold markets, whereas currencies and government securities depend on government promises and the variations in central banks’ monetary policies. The price of gold therefore behaves in a completely different way from the prices of currencies or the exchange rates between currencies.

Economic Security

Gold is a unique asset in that it is no one else's liability. Its status cannot therefore be undermined by inflation in a reserve currency country. Nor is there any risk of the liability being repudiated.
Gold has maintained its value in terms of real purchasing power in the long run and is thus particularly suited to form part of central banks' reserves. In contrast, paper currencies always lose value in the long run and often in the short term as well.

Physical Security

Countries have in the past imposed exchange controls or, at the worst, total asset freezes. Reserves held in the form of foreign securities are vulnerable to such measures. Where appropriately located, gold is much less vulnerable. Reserves are for using when you need to. Total and incontrovertible liquidity is therefore essential. Gold provides this.

Unexpected needs

If there is one thing of which we can be certain, it is that today’s status quo will not last for ever. Economic developments both at home and in the rest of the world can upset countries’ plans, while global shocks can affect the whole international monetary system.
Owning gold is thus an option against an unknown future. It provides a form of insurance against some improbable but, if it occurs, highly damaging event. Such events might include war, an unexpected surge in inflation, a generalised crisis leading to repudiation of foreign debts by major sovereign borrowers, a regression to a world of currency or trading blocs or the international isolation of a country.
In emergencies countries may need liquid resources. Gold is liquid and is universally acceptable as a means of payment. It can also serve as collateral for borrowing.

Confidence

The public takes confidence from knowing that its Government holds gold - an indestructible asset and one not prone to the inflationary worries overhanging paper money. Some countries give explicit recognition to its support for the domestic currency. And rating agencies will take comfort from the presence of gold in a country's reserves.
The IMF's Executive Board, representing the world's governments, has recognised that the Fund's own holdings of gold give a "fundamental strength" to its balance sheet. The same applies to gold held on the balance sheet of a central bank.

Income

Gold is sometimes described as a non income-earning asset. This is untrue. There is a gold lending market and gold can also be traded to generate profits. There may be an "opportunity cost" of holding gold but, in a world of low interest rates, this is less than is often thought. The other advantages of gold may well offset any such costs.

Insurance

The opportunity cost of holding gold may be viewed as comparable to an insurance premium. It is the price deliberately paid to provide protection against a highly improbable but highly damaging event. Such an event might be war, an unexpected surge of inflation, a generalised debt crisis involving the repudiation of foreign debts by major sovereign borrowers, a regression to a world of currency and trading blocs, or the international isolation of a country.

How much gold?

This is a matter for countries and central banks to decide in the light of their particular circumstances. The international average is about 10.2% at current market prices but, in the EU it is over 50% and the USA holds around 75% of its reserves in gold. Countries facing particular volatility in their economic and/or political circumstances will want to consider the level of gold in their reserves.

Kempen Menderma di Masjid menggunakan Dirham

Salam semua pembaca blog superbikesboyz.blogspot.com....,

Catatan kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang satu kempen yang sedang dijalankan di seluruh masjid di Malaysia. Perkara ini telah disebarkan melalui laman facebook di pautan berikut.

Tujuan kempen menderma di masjid menggunakan dirham tercetus hasil muzakarah insan-insan kecil yang ingin melihat kehadiran zaman di mana muamalah Islam dikembalikan dengan hadirnya Dinar Emas dan Dirham Perak di dalam masyarakat. Sesungguhnya ia bertujuan untuk memastikan agar dirham dapat diedarkan dalam masyarakat dengan cara yang tersendiri. Semoga kita semua beroleh manfaat daripada sumbangan yang kecil ini.



Bagaimana kempen dijalankan?
1. Dapat dirham daripada mana-mana wakala dirham yang terdekat dengan anda.
2. Dermakan dirham tersebut setiap hari Jumaat ketika solat Jumaat ke dalam tabung masjid
3. Semoga tindakan ini bukan sahaja memberi pahala atas amalan menderma sahaja malah pahala atas sumbangan dalam menyokong amalan sunnah yang telah dilupakan (penggunaan dirham)

Sila turut serta dalam kempen ini di laman facebook. Jemput rakan-rakan anda untuk turut serta dalam perjuangan anda. Insha-Allah, Allah maha melihat akan tindakan hamba-hambaNya dan membalas akan setiap amalan yang baik. Sila ke Kempen Mula Menderma Dengan Dirham pada Hari Jumaat.

Sekian, wassalam.

P.S. Untuk mendapatkan Dirham, boleh hubungi@sms saya di 017-4002318 (untuk kawasan Kedah,Perlis& Pulau Pinang dan sekitarnya!! Luar kawasan tersebut boleh diposkan ke rumah anda)

Bilakah Malaysia akan menggunakan Mesin ATM Emas seperti di negara Abu Dhabi???



Hotel yang paling terkenal di Abu Dhabi telah menaikkan taruhan dalam pertaruhan untuk memiliki kemewahan yang paling hebat di Gulf dengan memasang ATM untuk mengeluarkan kepingan emas.

Mesin di Istana Emirates memantau harga harian emas dan menawarkan bar kecil yang berat sampai 10 gram atau syiling dengan rekaan yang disesuaikan.

Thomas Giessler, pengusaha Jerman di belakang idea itu, memilih Abu Dhabi kerana atmosfera tinggi-rolling.

Gold To Go, Mr. Geissler berharap, akan mengikat dalam baik dengan ikatan tradisional di kawasan ini dalam perdagangan emas.

Pelancaran bertepatan dengan baik, datang pada hari emas mencapai rekod tinggi lebih dari $ 1245 (£ 838) per ounce.


Di negara Abu Dhabi sudah menggunakan kemudahan mesin ATM goldbar yang dijual mengikut nilai emas semasa sebagaimana kita membelinya daripada mana-mana tokei emas di negara ini mengikut pasaran naik susut nilai emas tersebut.Bilakah peminat goldbar@emas fizikal di negara kita akan turut dapat merasai kemudahan infrastruktur tersebut sebagai satu pembaharuan dalam usaha untuk pengumpulan emas fizikal???


Dipetik dan diedit drpd blog:tokeimas.blogspot.com(saudara Aliff)

Bilakah masa yang sesuai untuk membeli emas ???

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Bila masa yang sesuai untuk membeli emas ? Bagi saya mudah sahaja. Bila ada duit, itu lah masa yang paling sesuai untuk membeli emas. Tidak kiralah berapa pun harga emas pada waktu tersebut. Tidak ada istilah murah bagi harga emas. Dan harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa yang panjang. Kalau anda ada duit, janganlah bertangguh dari membeli emas kerana percayalah, semakin lama anda bertangguh, semakin tinggi nilai emas.

Bila anda beli emas pada hari ini, dan esok hari harganya turun sedikit, jangan risau. Ya, jangan risau ! Kerana dalam jangka masa yang panjang, nilai emas yang anda beli tadi akan terus meningkat. Sebagai komoditi, harga emas sentiasa ada turun naiknya tetapi di dalam jangka masa panjang harganya akan meningkat naik.

Bagi pelabur-pelabur emas, pergerakan harga amatlah penting untuk menjana keuntungan yang maksimum. Pelabur-pelabur ini akan menunggu harga emas turun untuk membeli emas. Oleh itu, untuk menjadi pelabur emas, seseorang perlulah menguasai ilmu menganalisis harga emas. Perlu diingat, emas adalah pelaburan untuk jangka masa sederhana atau panjang. Pelabur perlu mempunyai sifat sabar dalam menunggu harga emas naik dan turun. Tempoh masa optimum untuk pelaburan emas ialah 1 tahun ke atas.

Jadi kepada yang masih belum lagi memiliki emas , mulalah walaupun dengan kuantiti yang kecil. Beli emas dulu kemudian tunggu. Jangan menunggu masa yang sesuai untuk membeli emas.

Pelaburan emas tidak menjamin pendapatan tetap setiap bulan. Jika anda mahu menjana pendapatan setiap bulan maka pelaburan emas bukanlah jawapannya. Jawapannya ialah perniagaan emas. Melabur sambil berniaga emas. Bagaimana untuk berniaga emas ? InshaAllah akan dibincangkan dalam artikel yang akan datang.

Semakin banyak ilmu yang anda perolehi maka menjana pendapatan dengan emas akan menjadi lebih mudah. Justeru anda perlu rajin membaca laman-laman web yang berkenaan emas. Laman web yang sangat sesuai untuk yang baru melibatkan diri dalam bidang emas ialah www.jutawanemas.com . Banyak ilmu mengenai emas yang dikongsi oleh En. Syukor Hashim , Mahaguru emas Malaysia.Rajin-rajinlah melawat laman web tersebut, dan bacalah artikel-artikel mengenai emas yang ditulis oleh En. Syukor berdasarkan pengalaman beliau sendiri.

Sekian saja untuk kali ini. Akhir kata dari saya, simpanlah emas sedikit demi sedikit.

sikit-sikit lama-lama jadi bukit.




Dipetik drpd:mae-gold.blogspot.com(Faizudin Khaidir)
TQ untuk maklumat tersebut :D