Salam semua pembaca blog superbikesboyz.blogspot.com....,
Catatan kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang satu kempen yang sedang dijalankan di seluruh masjid di Malaysia. Perkara ini telah disebarkan melalui laman facebook di pautan berikut.
Tujuan kempen menderma di masjid menggunakan dirham tercetus hasil muzakarah insan-insan kecil yang ingin melihat kehadiran zaman di mana muamalah Islam dikembalikan dengan hadirnya Dinar Emas dan Dirham Perak di dalam masyarakat. Sesungguhnya ia bertujuan untuk memastikan agar dirham dapat diedarkan dalam masyarakat dengan cara yang tersendiri. Semoga kita semua beroleh manfaat daripada sumbangan yang kecil ini.
Bagaimana kempen dijalankan?
1. Dapat dirham daripada mana-mana wakala dirham yang terdekat dengan anda.
2. Dermakan dirham tersebut setiap hari Jumaat ketika solat Jumaat ke dalam tabung masjid
3. Semoga tindakan ini bukan sahaja memberi pahala atas amalan menderma sahaja malah pahala atas sumbangan dalam menyokong amalan sunnah yang telah dilupakan (penggunaan dirham)
Sila turut serta dalam kempen ini di laman facebook. Jemput rakan-rakan anda untuk turut serta dalam perjuangan anda. Insha-Allah, Allah maha melihat akan tindakan hamba-hambaNya dan membalas akan setiap amalan yang baik. Sila ke Kempen Mula Menderma Dengan Dirham pada Hari Jumaat.
Sekian, wassalam.
P.S. Untuk mendapatkan Dirham, boleh hubungi@sms saya di 017-4002318 (untuk kawasan Kedah,Perlis& Pulau Pinang dan sekitarnya!! Luar kawasan tersebut boleh diposkan ke rumah anda)
No comments:
Post a Comment