dulang emas Bagaimana mencari emas?

Ada banyak soalan saya terima bagaimana untuk mencari emas, dimana tempat paling mudah untuk mencari emas,dimana area ada banyak emas?. Saya sebenarnya tidak dapat jawab, kerana saya sendiri tidak pernah terlibat dalam eksplorasi mencari emas,tidak pernah, malah ada yang mengajak kami terlibat dalam eksplorasi mencari emas di sumatera,di kepulauan Mindanao dan macam-macam lagi.Bukannya kami tidak berminat, tetapi tentunya ia melibatkan banyak perkara yang kami tidak mahu terlibat.

apa yang saya tahu pun cumalah dari bacaan, pengalaman2 rakan2 hafizjewel yg terlibat dan informasi dari pakcik saya yang bekerja di Jabatan Mineral dan Galian. Jika pembaca pandai menggunakan “google”, saudara mungkin akan terjumpa laporan2 beserta peta-peta taburan emas yang disediakan oleh pensyarah di Universiti tempatan. (saya pernah jumpa siap dengan Map lagi) So kita kembali kepada basic explorasi sendiri iaitu “Research, Research and Research”.

Saya dahulu berada dalam bidang explorasi minyak, dimana kami menggunakan konsep Remote Sensing, Ultra Sonic, Seismic dan macam2. Itupun dilakukan pada Basin2 yang diketahui ada sejarah tentang minyak. Saya rasa cara untuk mencari emas tidaklah terlalu complicated seperti mencari minyak. Ada laporan dari kajian seorang “Pensyarah di Australia, Busut Anai-anai pun boleh membantu untuk mencari emas.(rujukan)

First! Adakah berbaloi untuk mencari emas?, jawapannya “SANGAT BERBALOI”, dengan harga emas yang tinggi di pasaran sekarang, seorang pendulang boleh memperolehi pendapatan RM20k seminggu. Itu dari kes pendulang yang ditangkap di Mersing, pendulang yang tidak ditangkap saya tidak tahu icon wink Bagaimana mencari emas? .

Baiklah, saya hanya ingin berkongsi sebuah cerita yang saya translate dari seorang pendulang di Australia.

Chapter pertama: Mencari lokasi paling sesuai untuk bermula

“Research, research dan research lagi, itulah kunci explorasi emas, kawan!, samada anda dapat maklumat dari Jabatan Mineral, petani tempatan atau dari mana-mana kelab, itu tiada masalah!

Apabila kali pertama saya pergi mencari emas, saya pergi ketempat dimana orang pernah menemui emas disitu, itu bermaksud saya ada sedikit peluang untuk mula mendapatkan emas disitu. Jika anda mencari di tempat yang tiada emas, anda hanya membuang masa anda.

So bagaimana untuk mencari kawasan yang mempunyai emas? first, pergi ke kedai buku atau perpustakaan. Cari maklumat berkenaan tempat dan sejarah tentang emas, walaupun maklumat-maklumat tersebut adalah umum, ambil beberapa nota tentang2 tempat2 yang pernah mempunyai sejarah tentang emas yang dekat anda. At least tempat itu sedikit terkenal (rujukan malaysia)

Langkah seterusnya, cari sedikit maklumat di Pejabat Daerah, bertemu ramah sedikit dengan staff disitu,kebanyakan dari mereka senang membantu dan anda akan mudah mendapat maklumat yang lebih tepat dan spesifik dan jangan percaya pada cerita-cerita orang kampung, cerita tales story dan cerita angan-angan mat jenin. Cari maklumat yang betul dan tepat.

Maklumat yang sepatutnya anda dapat adalah.

  1. Tarikh tempat tersebut dijadikan lombong emas sebelum ini
  2. Maklumat berkaitan tanah, lubang dan fizikal lombong
  3. Jumlah emas yang pernah ditemui disitu
  4. Siapa pemegang hakmilik tanah tersebut
  5. Prospek akan datang
  6. Dan peta lokasi sekitar lombong yang detail.

Okey itu sahaja maklumat yang diperlukan sekarang.

Sementara anda berada di pejabat tanah, cuba tanya dengan pegawai-pegawai disana tentang implikasi undang-undang untuk melakukan penggalian atau explorasi melombong emas di tempat yang anda ingin tuju. Sesetengah tempat tidak membenarkan anda menggali. Anda juga boleh berhubung dengan pemilik tanah untuk meminta keizinan untuk mencuba explorasi emas di tanah mereka. Call dan dapatkan kebenaran dari pemilik tanah. Mereka pasti tidak keberatan jika anda sekadar ingin mencuba.

Chapter kedua: Ujian mudah keatas kawasan kajian.

Apabila anda berada dikawasan untuk diexplorasi..cuba cari kawasan seperti gambar dibawah.

gcreek Bagaimana mencari emas?

Ada banyak sebab, kawasan seperti ini mudah untuk emas terdeposit disini. Arah aliran air sungai dari kawasan tinggi yang membawa biji emas mungkin termendap disini sejak beratus-ratus tahun dahulu. First anda korek sedikit tanah disitu dan cuba dulang, emas yang berat akan termendap kebawah dan tanah (bahan buangan) yang lain berada diatas.

Anda boleh cuba menyelam dan mencari emas dicelah-celah kawasan sekitar disitu. Korek beberapa tempat dan cuba kaji.