Kita diberitahu bahawa dunia sedang menghadapi masalah kecairan –  ertinya tidak ada duit dalam pasaran. Lalu kita bertanya ke mana agaknya  segala duit yang terkumpul dalam dunia ini pergi.
China, Jepun, Korea, Singapura, Taiwan dan termasuk Malaysia sendiri menyimpan duit-duit ini dalam bentuk kertas dolar Amerika. 
Wang yang tersimpan ini – menjadi wang simpanan negara – hasil kita berjual-beli dengan Amerika. 
China  dan Jepun negara yang paling banyak menyimpan kertas dolar. Kertas  dolar telah dipaksakan ke atas dunia ini oleh kuasa imperial Amerika  Syarikat. 
Pemaksaan ini melalui dua cara. Pertama,  Amerika telah membuat perjanjian 1972-74 dengan keluarga Saud bahawa  semua jual-beli minyak wajib menggunakan kertas dolar kerana bahan bakar  petroleum diperlukan oleh semua negara dengan Saudi pengeluar utamanya.
Sebagai gantinya, kuasa imperial Amerika berjanji akan menjaga keselamatan keluarga Saud daripada dipukul oleh ombak rakyat. 
Kedua, dengan kekuatan bala tentera. Amerika mendirikan 702 pengkalan tentera di 130 buah negara dalam dunia ini. 
Tidak  ada negara penjual minyak yang berani menjual minyak tanpa menggunakan  kertas dolar. Saddam Hussein cuba mengalihkan kertas dolar sebagai mata  wang jual-beli minyak. 
Jawapannya Saddam digantung  mati. Iran sedang berusaha untuk beralih daripada kertas dolar, justeru  segala bentuk sekatan sedang dilakukan ke atas Iran.
Dari  mana kertas dolar ini datang? Kertas dolar hanyalah kertas yang telah  dipaksakan nilainya ke atas warga dunia. Ia dipanggil fiat money - nilai yang dipaksa.
Tanpa  paksaan ini dolar hanyalah kertas yang tidak memiliki apa-apa nilai.  Justeru, kertas dolar adalah satu penipuan yang terunggul dalam sistem  ekonomi kapitalis. 
Pada awalnya Amerika Syarikat  sebuah negara revolusioner yang berdiri untuk menjaga kepentingan warga.  Amerika mengeluarkan duit kertasnya sendiri.
Amerika  yang merdeka telah membebaskan diri daripada para pemilik bank yang  telah lama bersarang di City of London. Tuan-tuan empunya bank merasa  mereka kehilangan bumi permata apabila Amerika menjadi bebas dan  merdeka. 
Lalu para pemilik bank menelurkan satu konspirasi untuk memaksa pentadbiran Amerika terus terikat dengan kepentingan mereka. 
Pada  tahun 1913, setelah beberapa kali percubaan gagal, akhirnya para  pemilik bank telah berjaya memaksa (atau menipu) Kongres untuk menerima  dan meluluskan Akta Federal Reserve 1913. 
Ramai warga dalam dunia tersilap menyangka bahawa Federal Reserve ini adalah bank milik negara Amerika. Tidak betul. 
Federal  Reserve ini bukan bank milik negara Amerika seperti Bank Negara kita di  pinggir Jalan Kuching. Federal Reserve adalah bank swasta yang tuan  pemiliknya dirahsiakan.
Siapa ahli-ahli lembaga  pengarah Federal Reserve ini juga dirahsiakan. Kongres hanya boleh  menerima atau menolak dua nama yang akan dicadangkan oleh Federal  Reserve.
Justeru dunia hanya mengenali nama Alan  Greenspan, pengerusi Federal Reserve yang lalu dan Ben Bernanke,  pengerusinya yang terkini. 
Siapa yang lain di belakang tabir Federal Reserve ini tidak akan diketahui umum.
Mengikut  akta 1913 ini, pentabiran Amerika tidak lagi dibenarkan mengeluarkan  mata wang sendiri. Mata wang untuk kegunaan negara Amerika hanya akan  dikeluarkan oleh Federal Reserve. 
Jika kerajaan  Amerika memerlukan dolar, maka kerajaan wajib meminjam daripada Federal  Reserve – sama ada dengan menjual bond atau meminjam dengan bunga yang  ditetapkan. 
Lihat bagaimana liciknya konspirasi para pemilik bank ini.
Seperti  tulisan minggu lalu, para pemilik bank ini mencetak kertas yang  dipanggil dolar tanpa apa-apa asas. Kertas dolar ini akan dipinjam oleh  kerajaan Amerika daripada Federal Reserve dan akan dibayar kembali  dengan bunga. 
Duit membayar hutang dan riba ini  datang daripada tenaga dan titik peluh rakyat Amerika. Melalui kertas  kosong, para pemilik bank ini telah mencipta harta Qarun. 
Inilah  punca yang sedang membawa huru-hara ke atas dunia hari ini. Mungkin ada  yang berhujah – perkembangan ini di Amerika, apa sangkut pautnya dengan  harga ikan di Pasar Chow Kit?
Sabar dahulu, biar saya terangkan sejelas mungkin.
Hari  ini perniagan tukaran mata wang dalam dunia ini semuanya diwajibkan  menggunakan dolar. Semua simpanan bank-bank negara dalam dunia ini akan  bersandarkan dengan kertas dolar. 
Ia telah  dipaksakan oleh sistem kapitalis yang dikepalai oleh pemodal  Anglo-Amerika. Para pemilik bank dan kaum pemodal ini telah mendirikan  lembaga-lembaga kewangan dunia. 
Bank Dunia dan  Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menjadi dua lembaga hitam yang  memastikan kertas hijau ini digunakan di seluruh dunia. 
Setiap  negara akan dinilai kekuatan ekonominya bersandarkan dolar. Perniagaan  antarabangsa semuanya menggunakan kertas dolar. Barang yang kita ekspot  dan barangan yang kita impot semuanya dinilai dengah kertas hijau ini.
Justeru,  kita sendiri di Malaysia akan melihat rebah bangun ekonomi negara kita  melalui perbandingan ringgit dengan kertas dolar. 
Jika  pembaca memahami apa yang saya tulis ini, maka amat jelas kelihatan  bahawa umat manusia dalam dunia ini telah diperbodohkan dan ditipu oleh  Federal Reserve, Bank Dunia dan IMF. 
Lalu kita  menyoal diri kita sendiri: kenapa tidak dapat dilakukan sesuatu untuk  membebaskan diri daripada sistem kapitalis global ini?
Pertama,  banyak rakyat Amerika sendiri kurang sedar silap mata dan tipu helah  yang dijalankan oleh Federal Reserve ke atas negara mereka. Rakyat dunia  juga tidak sedar akan hal yang sama.
Kedua, tidak  ada sesiapa yang akan dapat memasuki Rumah Putih yang akan berani  membocorkan rahsia ini. Lihat apa terjadi kepada Abraham Lincoln yang  menentang para pemilik bank dan Central Bank (nama asal Federal  Reserve). 
Presiden Lincoln yang berperang hampir  jatuh muflis telah mencetak Lincoln Greenback Dollar tanpa meminjam  daripada Central Bank. 
Lihat juga apa yang terjadi kepada John F Kennedy kerana cuba membocorkan konspirasi kaum pemodal ini. 
Ketiga,  tidak ada sesiapa yang akan dapat menjadi ahli Kongres atau masuk ke  Dewan Senat Amerika dengan agenda menentang Federal Reserve, menentang  para pemilik bank dan kaum pemodal ini. 
Semenjak  1913, pemilik banker ini telah membuat jaringan, kabel dan kumpulan  rahsia untuk memastikan kepentingan mereka dijaga oleh para politikus. 
Hari  ini kabel rahsia para pemilik bank ini telah mempengaruhi semua cabang  pentabiran di Amerika. Hasilnya, media tidak pernah dan tidak akan  melaporkan ke akar umbi secara radikal rancangan jahat para pemilik bank  dan kaum pemodal ini. 
Enam puluh tahun dahulu masih  terdapat 86 buah syarikat media yang besar dalam dunia ini. Ketika itu,  media cetak masih lagi bergerak bebas. 
Hari ini  yang tinggal hanya enam buah syarikat - ViaCom, General Electric,  Disney, NewsCorp, Times Warner dan CBS - yang memiliki pelbagai bentuk  media. 
Syarikat-syarikat media ini pula dimiliki  oleh para pemilik bank. Malah jika menyelidik dengan rapi, kita akan  menemui bahawa modal-modal ini juga telah meresap masuk ke dalam  industri media tempatan kita.
Yang menyusun dan  merancang semua ini adalah kabel-kabel rahsia seperti Freemason,  Bohemian Grove, Bilderberg Group, Skull dan Bones – semuanya terpusat di  bawah satu bumbung yang dikuasai oleh pemodal dan pemilik bank yang  sedang merancang untuk memunculkan satu Order Baru Dunia. 
Di  belakang semua ini, nama-nama seperti Rothschild, Rockefeller and  Morgan. Mereka ini berkumpul di bawah payung organisasi yang dipanggil  Illuminati. Susuk-susuk yang kaya-raya ini tidak pernah muncul  menunjukkan muka mereka. 
Kabel rahsia ini telah  memunculkan muka-muka yang boleh dikenali oleh dunia seperti Henry  Kissinger, Zbigniew Brzezinksi dan Lord Carrington. Mereka ini dianggap  sebagai jurufikir yang berkumpul di bawah Council of Foreign Relation di  Amerika dan Royal Institute of International Affairs di United Kingdom.  
Lembaga jurufikir seperti NGO ini akan menjemput malaon dari dunia ketiga yang bercita-cita untuk menjadi presiden atau perdana menteri. 
Tugas badan pemikir ini ialah mentafsir dan menilai malaon-malaon dari dunia ketiga ini. Penilaian bukan berdasarkan apa yang ada di antara dua telinga maloan-malaon  ini tetapi sama ada mereka ini akan bersedia untuk menjadi barua yang  setia untuk menjalankan dasar yang diperlukan oleh kabel rashia ini.
Justeru, kita lihat apabila dasar penswastaan dianjurkan, maka semua malaon  yang telah dilantik menjadi barua di dunia ketiga akan menjalankan  dasar yang sama. Apabila dasar globalisasi diperkenalkan, maka malaon-maloan ini seperti burung kakaktua akan turut bersuara.
Jika ada malaon ini yang cuba melawan seperti Noriega dari Panama atau Saddam, maka dengan sekelip mata mereka akan dilupuskan. Jika maloan ini sudah selesai tugasnya seperti Suharto, Marcos, Lol Nol atau Zia ul Haq, mereka akan diketepikan untuk malaon yang baru naik. 
Semua ini dirancang. Tidak ada yang berlaku tanpa perancangan.
Hari  ini sebenarnya tidak ada masalah kecairan. Apa yang berlaku, peralihan  harta dan wang ringgit warga dunia masuk ke tangan para pemilik bank  ini. 
Dolar yang terkumpul hari ini melebihi 17  trilion dolar. Dolar, emas dan pelbagai mata wang ini tersimpan di 27  buah negara pulau yang memiliki bank pesisir pantai. 
Negara  seperti Bermuda, Cook Islands, Switzerland, Luxumbourg, Cayman Island  dan termasuk Labuan adalah tempat tersoroknya harta ini. 
Buat ketika ini, di sinilah harta kekayan dunia sedang bermastautin.




No comments:
Post a Comment