UsahawanRemaja.Com | Usahawan Remaja | Usahawan

Friday, November 5, 2010

Ekonomi Dinar

Ekonomi Dinar

( Prof Umar Ibrahim Vadillo )

Ramai yang terkejut apabila Dr. Mahathir mengumumkan bahawa beliau mahu menggunakan dinar emas sebagai ganti kepada US dollar dalam pertukaran perdagangan luar negara. Ketika lawatan ke Yaman pada 16 Julai 2002 beliau berkata : “ Kita mahu kembali kepada dinar emas kerana emas sendiri ada nilai sedangkan wang kertas tiada nilai “

Ucapannya meninggalkan kesan samada berupa sokongan dan bangkangan. Marilah kita melihat pekara ini dengan lebih mendalam penglibatan saya dalam pekara ini. Dinar dan dirham sudah dicetak bertahun-tahun sejak World Islamic Mint mengeluarkan dinar yang pertama tahun 1992. Konsep World Islamic Mint ini adalah sebahagian dari idea yang lebih luas meliputi World Islamic Trading Organization ( Pertubuhan Perdagangan Dunia Islam ), atas kesedaran kita mahu menyediakan satu alternertif kepada sistem ekonomi masa kini yang juga menggambarkan keislaman kita dan perubahan yang berlaku pada abad ke 20 dan fenomena kepada apa yang dipanggil proses Islamisasi.

Selama 50 tahun yang lalu kita diketengahkan dengan proses Islamisasi dimana keseluruhan sistem riba kapitalis barat diIslamkan. Proses ini berjalan seperti berikut : Bank – Bank Islam, Insuran – Insuran Islam, Bursa – Bursa Saham Islam, Kad Debit – Kad debit Islam; dan saya telah mengatakan satu hari nanti mereka akan mengislamkan kad kredit dan ini telah pun berlaku.

Kita melihat seolah – seolah proses ini tidak akan berakhir sedangkan disegi keilmuannya sangat jauh daripada apa yang Islam ketengahkan sebenarnya. Bukan sahaja ianya merendahkan ilmu berkaitan ekonomi semasa bahkan tidak sampai kepada ilmu Islam pun. Bagaimana proses ini boleh dijayakan dalam keilmuan Islam khusus dalam ilmu fiqah. Prosedur yang digunakan untuk menghalalkan proses ini terbuka kepada kritikan – apa metodoloji yang digunakan untuk menjayakan proses ini.

Matlamat kita ialah untuk menukar trend pemikiran dan perjalanan proses ini dengan melihat pekara ini dengan pandangan yang berbeza. Kita tidak cuba mengislamkan sistem, kita mahu menyediakan yang kita punya. Kita mahu melihat pada Islam dan melihat apa model yang ada dan sesungguhnya memang kita ada model dan ingin melihat bagaimana kita dapat menegakkannya hari ini. Inilah idea disebalik Perdagangan Islam.

Satu pekara yang paling penting dan paling simbolik kepada isu – isu disebalik Perdagangan Islam ialah persoalan matawang/currency. Dinar Islam sudah diketahui sebagai matawang dalam Islam. Disebut dalam Al Quran dan menjadi sebahagian daripada sunnah masyarakat Islam pertama dan menjadi sebahagian daripada umat Islam daripada pemulaan Islam sehinggalah kejatuhan khalifah. Berakhirnya khalifah Islam , berakhirlah matawangnya ( Dinar ). Jadi seterusnya kita berpindah kepada 23 atau bergantung kepada cara kita mengiranya, 36 matawang berbeza dengan negara – negara kecil ini wujud dengan setiap negara mempunyai bendera masing – masing dengan lagu kebangsaan masing – masing mengikut kehendak Winston Churchill dan rakan –rakannya, membahagi – bahagikan saki baki Empayar Othmaniah.

Jadi sebenarnya kita telah diberikan dengan model yang bukannya datang dari orang – orang Islam. Ia diberikan kepada kita dengan undang – undangnya dan syarahan/ilmu akademiknya sekali bagi merasionalkan proses tersebut. Akan tetapi jika kita melihat kepada aspek shariahnya dengan pemikiran yang betul/asli kita merasakan bahawa shariah tidak perlu kepada pembaharuan/reformasi, yang perlukan kepada pembaharuan/reformasi sebenarnya ialah dunia. Tidak usahlah kita menyesuaikan shariah dengan ekonomi moden, apa yang harus kita lakukan ialah menyesuaikan dunia dengan shariah. Apabila kita bercakap mengenai ilmu ini, kita harus melihat dan bertanya “ Dimana dinar dan dirham ? “.

Dinar dan dirham pertama dewasa ini dicetak di Granada, selatan Sepanyol, oleh sekumpulan orang Islam Eropah. Inilah sebahagian dari gambaran yang mana kami berada dalam situasi/keadaan yang pelik, kami terpaksa melihat dengan cara yang berbeza. Masyarakat Islam Eropah terdiri dari orang-orang Britain, Sepanyol, Jerman, Itali dan sebahagian besar dari pemeluk Islam yang ramai dalam tempoh 25 tahun lalui dan semakin ramai dalam tempoh akhir – akhir ini.

Apabila kami masuk Islam, kami tidak ada budaya atau cara yang kami hendak bergantung, kami tidak boleh kembali kepada keluarga kami dan bertanya bagaimana hendak melakukannya, jadi kami terpaksa melihat keadaan seperti pada permulaannya. Kami adalah umat yang paling muda, dan kami tidak tahu jadi kami boleh bertanya soalan – soalan yang cukup mudah “ Dimana matawang Islam, apa sudah terjadi ? “. Sebabnya kami sudah sampai ketahap dimana kami sudah meninggalkan kapal yang sedang tenggelam, yang kita panggil sebagai tamaddun barat dan kita melihat umat Islam sedang berebut – rebut untuk melompat masuk kedalam kapal tersebut ! Kami bertanya “ Kemana kamu hendak pergi ? Tidakkah kamu sedar khazanah yang berada dalam tangan kamu, sedangkan kamu cuba untuk meniru sesuatu yang tidak berfungsi ? “.

Secara terus dengan latarbelakang kami, kami melihat situasi ini dari sudut yang berbeza. Kami sampai kepada persoalan Islam tanpa prejudis, kami lebih terbuka. Seperti yang kita ketahui, dinar tidak ada negara, diperbuat dari emas, sama sahaja samada di Morroko atau di Malaysia atau di China. Seekor ayam ketika zaman Rasullulah s.a.w berharga 1 dirham, sekarang pun kamu boleh dapati seekor ayam dengan 1 dirham di Kuala Lumpur. 1400 tahun kemudian inflasi adalah sifar. Ada satu kajian oleh Professor Roy Jastram daripada Universiti Berkerly, 1976, “ Golden Constant “ mendapati harga emas dengan beberapa barang tertentu selama 400 tahun hingga 1976 adalah kuasa beli menggunakan emas sebagai matawang adalah konstant walaupun ketika menghadapi peperangan atau krisis ekonomi, kuasa beli tetap sama.

Sistem ekonomi sekarang wujud bukan kerana adanya aktiviti keilmuan atau perdebatan ataupun kerena pilihan politik majoriti negara – negara di dunia. Ia berlaku kerana peristiwa – peristiwa besar yang berlaku pada tahun 60 an dan awal 70 an, apabila Perjanjian Brettons Woods gagal dan Amerika Syarikat menjadi bankrupt. Mereka mencetak terlalu banyak dollar dan tidak mampu membayarnya.

Pada tahun 1968, General De Gaulle, Presiden Peranchis mengarahkan menteri kewangannya: Perancis tidak bolek bertolak ansur lagi dengan Amerika Syarikat yang mengekspot inflasinya ke Perancis dengan membanjiri mereka dengan dollar, memandu kereta besar, berperang tapi dengan susah payah orang lain. Dia menyuruh supaya dikumpulkan semua dollar dalam Perancis dan kembalikan kepada Amerika Syarikat dan ditukarkan kepada emas. Seperti yang berlaku setiap kali panik/kekalutan , siapa pun tidak mahu menjadi yang terakhir dalam barisan, dalam tempoh 2 bulan , 60% daripada simpanan emas di Fort Knox susut. Amerika Syarikat terpaksa mengambil langkah mengharamkan penukaran dollar dengan emas untuk indidvidu dan kemudian Bank Negara pun tidak boleh menukar dollar dengan emas. Tahun 1969 , De Gaulle dikalahkan, dan George Pompidou berkuasa, bersama Willi Brandt, mereka mengenengahkan idea Wang Eropah, ECU.

Usaha mula, yang dilakukan De Gaulle telah membawa krisis kepada dollar, membawa kepada Nixon untuk membatalkan janji tukaran 35 dollar untuk satu auns sejak perang dunia kedua. Jadi kita telah masuk kepada situasi dimana matawang terapung , mengikut nisbah antara masing – masing , ini telah memberi kelebihan yang sangat besar kepada pihak yang memiliki ekonomi yang sangat besar keatas yang kecil kerana mereka memberi kamu sekeping kertas dan kamu memberi mereka minyak, gas, galian dll. tetapi kamu tidak boleh kembali kepada mereka dengan ringgit dan membeli sebotol coca – cola pun di New York.

Kamu tidak payah menjadi terlalu intelek untuk memahami prinsip dimana hanya sebuah negara diberi hak keistimewaan (privilage) – De Gaulle menyebut sebagai kelebihan besar Amerika Syarikat untuk mencetak wang yang akan menjadi matawang dunia, ini adalah tidak adil untuk negara lain. Seolah – olah apabila kita bermain monopoly tiba-tiba seorang pemain berkata “ saya akan mencetak wang “, semua pemain lain akan berkata “ Nanti sekejap, Ini adalah mustahil, sudah tentu kamu akan menang “.

Ketidakadilan ini disentuh oleh Dr. Mahathir, pemimpin Russia sekarang pun bercakap tentang menggantikan dollar,disudut akademik, Prof. Robert Mundell pemenang Nobel Prize juga bercakap tentang matawang berasaskan barang (komiditi) , Prof Duetch dari Jerman juga menyentuh tentang bagaimana hendak menegakkan ekonomi berdasarkan system kewangan yang betul. Sekarang kita tidak ada sistem kewangan,sekarang kita hanya ada huru-hara ( Prof Robert Mundell ). Mangsa yang terdekat yang kita dapat lihat ialah Argentina, mengikat duitnya dengan dollar tetapi masih tidak dapat menguruskan ekonominya dengan baik kerana matawangnya tidak stabil.

Penggunaan emas; bermaksud duit akan akan ada definasi, sama seperti apa yang kita sebut sebagai kilogram. Satu kilogram ialah satu kilogram. Bayangkan huru – hara yang berlaku jika ada kilogram Malaysia dan kilogram Indonesia, kemudian kamu berdagang dengan China dan mereka memiliki kilogram mereka yang tersendiri. Oleh itu kamu boleh melupakan perdagagan, barang dagagan sudah tidak relevan lagi. Apa yang menjadi isu nilai tukaran asing ( exchange rate ) antara kilogram yang berbeza. Kita telah membuka pintu kepada spekulasi pasaran untuk mereka yang akan merompak dan memanipulasikan pasaran untuk kepentingan mereka.

Dunia menuntut satu matawang, Kamu boleh berkomunikasi dari Malaysia ke New York dalam masa 15 saat tetapi kamu tidak boleh mempunyai 162 matawang. Ini tidak logik. Kita perlukan satu matawang dan hari ini ialah dollar, mereka tidak mahu mengubahnya , tetapi dollar tidak stabil. Ini adalah ketidakadilan dan tidak boleh diterima.

Ada satu bidang perbahasan yang sangat besar disegi akedemik untuk merasionalkan US dollar, mereka sanggup mengatakan ini adalah berdasarkan pasaran bebas ( free market ), mereka mencipta institusi seperti IMF bagi menghidupkan sistem mereka . Prof Robert Mundell sangat kritikal keatas IMF yang wujudnya bermatlamat untuk menghilangkan fungsi matawang berdasarkan emas dan perak.

IMF mewujudkan SDR ( Special drawings Right ) pada 1969, ketika kelemahan dollar mula – mula didedahkan. Mereka mahu menyelesaikan apa yang mereka panggil sebagai masalah kekurangan emas dengan mencipta ganti ( substitute ) kepada emas, SDR. Mula – mula dipanggil sebagai kertas emas (gold paper), kerana disandarkan pada emas. Dalam tempoh dua tahun sahaja sistem ini runtuh (1971), IMF mula membuat propaganda secara besar – besaran untuk menjatuhkan emas dan menonjolkan dollar. Mereka menggalakkan negara – negara mendapatkan bon Perbendaharan US ( treasury Bond ) dengan interest. Emas nampak menjadi terlalu mahal untuk dipegang dan menjadi fahaman orthodox untuk memegang emas sehinggalah kita sampai kepada situasi yang mana kita berada sekarang ini.

Kita boleh melihat ini dari sudut akedemik, sistem ekonomi ialah satu methodology/cara, samada ilmu atau ideologi , berakar dari cara pemikiran tertentu. Saya mahu melewati pekara tersebut (bypass), dan pergi terus kepada yang praktikal. Dinar bukan alat kewangan, ianya satu barang (komiditi ). Sama seperti sekilo ubi kentang, bukannya janji pembayaran. Institusi kewangan dan ekonomi yang timbul disekelilingnya melihat emas sebagai masalah. Kesemua masalah boleh disimpulkan dengan mengatakan emas tidak mencukupi. Sebabnya emas tidak membenarkan penambahan wang kerana emas tidak dapat dicetak. Emas tidak dapat ditambah dengan penambahan credit (hutang) atau menambah bilangan wang. Bank Pusat dalam krisis sebegini telah mengenepikan emas sebagai sampingan dan tidak relevan.

Mengikut rasional ini ,emas tidak baik untuk ekonomi. Persoalannya untuk ekonomi mana ? Adakah hanya ini yang ada pada ekonomi ? Pada tahap 10 tahun kebelakangan ini menjadi satu trend untuk bercakap tentang ekonomi sebenar dan ekonomi berdasarkan spekulasi. Orang ramai mula memahami disamping bertambahnya GNP sesebuah negara setiap tahun, duit masih tidak sampai kepada orang bawahan. Jurang antara yang miskin dan kaya semakin meluas. Oleh itu mesti ada cara yang lain untuk mengukur ekonomi, bagamana pula keluaran industri di USA menurun sedangkan GNPnya naik ? bagaimana kita mengukur pertumbuhan ekonomi ? Jika saya menjual kamu saham Microsoft, 100, kamu jual saya balik 120, saya jual pula 150, jual balik pada saya 180, 200…dan seterusnya kita berdua boleh menjadi kaya tetapi sedikit pun kita tidak memberi input kepada perkhidmatan atau produk bagi kebajikan masyarakat.

Kita pisahkan antara pertumbuhan (growth) berdasarkan perdagagan dan memberi perkhidmatan. Inilah ekonomi sebenar berdasarkan masyarakat sebenar dengan perdagagan sebenar dengan pasar sebenar dan matawang sebenar. Saiz antara ekonomi berdasarkan spekulasi dan yang sebenarnya nisbah 1:100, dan saiznya bertambah besar kebelakangan ini. Hujah saya ialah emas tidak membantu ekonomi spekulatif tetapi dimiliki ekonomi sebenar. Jika kita hendak memahami bagaimana dinar dapat berfungsi kita mesti mengetahui sektor mana dalam ekonomi yang dapat memberi manfaat dengan pengenalan dinar ini. Untuk memahaminya dengan lebih mendalam kita mesti melihat lebih kehadapan dari hanya matawang,iaitu ekonomi dinar nama lain bagi ekonomi sebenar.

Apabila Dr. Mahathir bercakap tentang Blok Dagangan Islam(Islamic Trading Bloc), disana ada reaksi dari mereka yang mengelilinginya . Bank Negara datang padanya dan berbisik “ terlalu mahal “. Memang saya pun akan berkata begitu tetapi apabila saya bertemunya baru – baru ini saya mengatakan: “Mungkin untuk Bank Negara, Dinar adalah mahal tetapi untuk rakyat yang miskin pekara yang paling mahal ialah US dollar .“ Di merenung saya dan tersenyum ,dia memahami maksud saya.

Kita mesti mengetahui kenapa institusi kewangan menolak dinar dengan itu, kita akan memahami dimana dan bagaimana emas boleh bergerak. Marilah kita kembali dan melihat dimana dinar pernah wujud. Adalah mustahil untuk meletakkan dinar dalam sistem yang begitu asing dengannya. Dinar akan hidup dalam suasana dengan institusi lama yang telah hilang. Dinar berada seiiring dengan pasar terbuka, bukan supermarket, perbezaannya sangat besar.

Dinar Islam ialah berkaitan dengan perdagagan Islam. Biar saya terangkan semua bentuk asas institusi-institusi ini kerana kita telah terlepas pandangnya. Semua elemen asas berkait rapat dengan Pasar dalam perdagagan Islam. Rasullulah s.a.w. ketika berhijrah ke Madinah, membina masjid dan pasar. Dia meletakkan peraturan kepada pasar Madinah, Pasar sama seperti masjid tidak ada pemilikan peribadi, sadaqah untuk orang ramai. Dalam shariah pasar adal sebahagian dari waqaf masyarakat.

Kita tidak boleh meletakkan syarat kepada pasar seperti jika seseorang datang ke masjid dimana kita akan akan bertanya “ Adakah kamu menjadi ahli ? Sudahkah kamu membayar yuran ? Atau bolehkah seseorang datamg ke masjid dan mendirikan binaan dinding dan mengatakan “ Inilah tempat solat saya “ Pasar mengikut prinsip yang sama dengan masjid. Umar Al Khattab tidak membenarkan jug diletakkan sebagai tanda bagi mendapatkan tempat dalam pasar. Seorang peniaga yang mendirikan khemah dimusnahkan dan dibakar oleh Saidina Umar Al Khattab dan peniaga itu dihambat keluar dari pasar. Ini kerana Pasar adalah terbuka untuk semua, ini mesti dipertahankan dan untuk mempertahankan golongan miskin.

Kita dapati perbezaan yang sangat besar antara pasar terbuka ini, Pasar Islam dan supermarket seperti Tesco atau Carefour. Satu tidak dimiliki oleh siapa pun dan terbuka untuk semua sedangkan satu lagi dimiliki oleh satu syarikat atau seseorang dan hanya mereka sahaja yang menetapkan apa yang patut memasuki premis mereka. Supermarket hanya boleh wujud dengan ketiadaan pasar Islam, begitu juga sebaliknya jika ada pasar Islam ,supermarket mesti tiada. Hanya inilah persaigan dalam perniagaan sedangkan engan supermarket persaingan berakhir.

Ibn Khaldun dalam perpekstif sejarah menyebutkan , tempoh kemajuan akan diikuti dengan tempoh kemunduran, jika kamu hendak mengetahui sejauh mana keadaan masa kamu, pergilah ke pasar. Jika pasar terbuka untuk semua orang, inilah masa kemajuan tetapi jika pasar hanya dimiliki oleh keluarga tertentu sahaja, ketahuilah ini adalah masa kemunduran. Maksudnya jika saiz pasar tidak berkembang, dan pemiliknya berkata ini hanya untuk kami. Lihat keadaan,jika hanya satu masjid sahaja di Kuala Lumpur, tempatnya akan penuh, orang ramai tidak boleh masuk untuk solat. Satu kumpulan elit sahaja akan masuk, dan orang yang tidak dapat masuk akan menyuruh kumpulan elit ini bersolat untuk mereka. Jadi inilah yang akan berlaku pada perdagagan.

Bagaimana hanya sekumpulan kecil sahaja diberi hak keistimewaan untuk menjadi peruncit ? Di Britain , 5 kumpulan supermarket terbesar menguasai 60% peruncitan,sementara di Switzerland satu kumpulan menguasai 51%, di German serupa, ada tiga atau empat sahaja. Jika kamu membiarkan mereka berada disini, kedai – kedai kecil akan hilang dan akan memberi jalan pada pasaraya-pasaraya besar ini. Inilah trend semulajadi. Inilah yang disebut oleh Margaret Thacher sebagai menghapus perniagaan yang tidak competetif , sudah tentu monopoli adalah lebih competetif kerana tidak ada keadilan lansung.

Karekteristik yang paling penting dalam pasar yang terbuka ialah perdagagan,maksudnya kita mesti ada karavan (rombongan dagagan), saya bukan bermaksud unta di padang pasir. Karavan boleh jadi kapal terbang, trak atau kapal laut. Yang pentingnya mereka ada tempat yang hendak dituju.Kamu tidak boleh ada karavan dengan tiada pasar yang hendak dituju. Mereka tidak boleh pergi ke Tesco, dan terpaksa dibiarkan ditepi jalan – inilah yang telah kita lakukan kepada peniaga – peniaga kita. Kita membuang mereka di jalanraya – jalanraya, ke Pasar malam, khazanah masyarakat di dibuang dijalan sedangkan Banker – banker berada di istana. Kita melakukan sesuatu yang bertentangan dengan saidina Umar Al Khattab katakan; Peniaga – peniaga adalah tetamunya, orang ramai meletakkan mereka di istana, pengamal riba dibuang ke jalanan dan hambat keluar dari bandar.

Allah s.w.t menyebut :

وَأَحَلَّ اللَّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا
padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.

Al Baqaroh : 275

Kita telah melakukan yang bertentangan, kita menghalang perdagagan dan menghalalkan riba. Khususnya ahli ilmuan mereka kena memecahkan kebekuan, memecahkan penjara ekonomi dan mula berfikir semula secara menyeluruh dan inilah tujuan seminar ini.

Karavan (rombongan dagangan) dan perdagangan yang sebenar hanya boleh wujud semula apabila institusi pasar dibawa balik, jika tidak, kita ada hanya pengedaran monopoli ( monopolistic distribution ) . Tesco menguasai pengedaran seterusnya pengeluaran. Sekarang anda telah melihat brand Tesco pada pampers, berus gigi dan barangan lain semuanya Tesco. Ini bukan perdagangan. Sudah tidak menjadi soal lagi kepada apa yang dipanggil oleh World Trade Organization – WTO Pertubuhan Perdagangan Dunia sebagai perdagangan kerana mengikut pandangan kita,ini bukan perdagangan, ini ialah World Monopolistic Distribution Organization ( Pertubuhan Pengedaran Monopoli Dunia ). Untuk menghidupkan perdagangan pasar harus hidup.

Semasa Necmetin Erbakan menjadi Perdana Menteri Turki buat seketika,kita sedang menyediakan model Pasar Islam di Turki, saya berharap dapat melakukannya disini dengan secepat mungkin. Kita membuat projek “ 25 Pasar Terbuka Eropah “, yang boleh menjadi rangkaian pengedaran terbuka terbesar di Eropah, yang membenarkan pengeluar mengedar barangan mereka dari mana sahaja di dunia, menjual secara terus kepada pengguna di Switzerland tanpa orang tengah kecuali yang mereka lantik sendiri. Apa yang berlaku sekarang ialah penurunan tariff, syarat yang mudah dan kekangan yang dilonggarkan WTO tidak membantu perdagangan bahkan ia menolong pengedaran secara monopoli. Bolehkah melihat perbezaannya? Selama peruncitan dikuasai golongan sedikit, susah untuk kita bercakap mengenai perdagangan yang sebenar. Kamu hanya menggalakkan mereka bergerak dengan lebih pantas dan dengan lebih efektif dan mengembangkan lagi rangkaian pengedaran monopoli mereka. Ini bukan perdagangan, untuk menghidupkan perdagangan ,pasar harus dikembalikan.

Jika pergi Sainsbury, Britain hari ini, kamu akan dapati orange dari Israel disana. Tidak penting lagi samada orange dari Morocco lebih sedap dan murah kerana pemilik kedai sainsbury adalah orang Yahudi, dia membuat keputusan mengikut kehendaknya. Tidak pembukaan pada pasar tersebut, inilah disebut sebagai pengedaran. Perdagangan membawa maksud semua orang diberi hak, inilah ideanya yang asal. Rasulullah s.a.w bersabda 9/10 dari rezeki datang dari perdagangan. Jika kita membenarkan perdagangan ditutup, bermakna kita telah menyerahkan harta kita 9/10 dan 1/10 bakinya kepada pengamal riba. Kita berada didalam kedudukan yang mana kita sendiri mengikat diri kita, dengan wawasan 2020 kita berkedudukan untuk menjadi negara industri sedangkan kita telah mengimpot sekali sebahagian dari penyakitnya tanpa membuat penilaian. Ada aspek teknoloji dan industri yang boleh kita manfaatkan tetapi suatu penapisan dan penilaian harus dibuat, supaya tidak berulang penyakitnya yang sama disana dibawa kemari, salah satu elemen yang sangat penting ialah persoalan pasar. Aspek yang penting kepada perdagangan Islam ialah Pasar terbuka, ada lagi yang mesti disentuh tentang permasalahan ini, tetapi inilah asasnya.

Dalam menyentuh soal Perdagangan Islam, salah satu elemennya ialah tentang matawang itu sendiri. Dinar dan juga E- Dinar versi elektronik. Jadi kita ada dinar dalam poket dan dinar dalam elektronik sebagai medium pembayaran, sebagai alternertif kepada sistem Bank dalam tempoh 300 tahun ini. Ini bukan Bank kerana kita tidak mencampur-adukkan antara matawang dan kredit (hutang). Kita memisahkan keduanya. Kita lebih baik dari sistem Bank kerana transaksi menggunakan e- Dinar hanyalah dengan kos maksima 0.50 cents US . Anda boleh memindahkan 100 juta dollar dalam emas dari KL ke New York hanya dengan 0.50 cents US sahaja. Ini hanya memakan masa 3 saat, bukan tiga hari dan bukan 3 bulan. Kita bukan sahaja alternertif kepada sistem Bank tetapi kita lebih baik, kita bukan sebahagian dari sistem mereka. Kita berdasarkan dinar dan dirham, bukan matawang kertas, ini adalah manfaat atas manfaat.

Bentuk kedua yang kita dapat lihat dengan idea pasar ini ialah e-market yang boleh diintregasikan dalam e-dinar. Disana ada lagi elemen yang penting iaitu aspek pelaburan. Bila kita melihat pada emas hari ini, orang akan bertanya “ Apa yang nak kami lakukan dengan emas ? Kami hanya menyimpan dalam peti dan tidak ada tempat lain jadi ia keluar dari ekonomi , tidak ada formula perlaburan.itulah masalahnya”.

Sebenarnya kunci kepada pelaburan dimasa lalu ialah qirad atau mudaraba. Saya hendak menyuruh kamu supaya melupakan semua, apa yang kamu dengar tentang mudaraba dari Bank – Bank Islam. Mereka telah mengambil dari aqad ini, menukar bentuknya supaya dapat disesuaikan dengan sistem Bank. Aqad atau kontrak baru ini sudah tidak dikenali lagi, sedangkan qirad yang sebenar bermaksud yang lain. Kita akan lihat pada kecantikannya dan manfaatnya tetapi ianya bukan sebahagian dari perbankan.


Sebahagian dari syarat utama qirad:Tidak ada jaminan tetap, wang yang dilaburkan tidak ada jaminan, peniaga tidak perlu memberi jaminan tetap, tidak ada pemilikan (ekuiti), tidak diikat dengan tempoh masa tertentu oleh yang demikian semua syarat – syarat utama Bank tidak ada sejak dari awal lagi.

Malangnya, Bank-bank Islam dan ulamak moden telah mengIslamkan kesemuanya sehingga kontrak asal qirad telah hilang. Mereka telah menjadi gila-gila dalam mengIslamkan kesemuanya seperti yang mereka melihat Islam hanya sebagai alat pemasaran ( marketing tools ). Mereka mendefinasikan pelaburan Islam sebagai pelaburan saham yang tidak ada alkohol dan babi,secara automatiknya NASDAQ diIslamkan, kerana ia hanya melibatkan saham teknoloji jadi ianya halal. Kesannya kita melihat sejumlah 120 billion US dollar dilaburkan dengan saham bernilai 90% yang dikatakan Islamik dalam denominasi US Dollar. 90% dalam NASDAQ dan Bursa saham dibarat. Wang yang sangat diperlukan untuk pembangunan dilaburkan semula kepada mereka (US) dan proses ini dipanggil Islamik. Ini tidak masuk akal tetapi inilah yang berlaku sekarang atas nama Islam.

Kontrak qirad yang sebenar menterbalikkan proses ini, qirad ialah untuk perdagangan/perniagaan sebenar, formula pelaburan untuk perniagaan. Kita ada pelabur dan peniaga. Peniaga tidak ada jaminan keuntungan tetap, tidak ada tawaran ekiuti/pemilikan dan tidak ada tempoh tertentu yang tetap, jadi bagaimana kita menilai dan melihat kualiti yang ada pada orang yang berniaga. Mereka dinilai berdasarkan reputasi dan pencapaian yang lalu.Disana ada aspek bermasyarakat yang perlu dilihat, penglibatan mereka dalam masyarakat,dalam jama’ah, dalam kumpulannya. Jika dia sudah dimaklumi dan dipercayai, segalanya akan nampak jelas dan berpihak kepadanya. Jika kepercayaan sudah tidak ada pada individu tersebut sudah disukar diterima. Rujukan dari masyarakat adalah aspek yang sangat penting dalam qirad. Rasullullah s.a.w ialah agen/wakil,dimana Khadijah meletakkan pelaburannya kepada baginda atas dasar kepercayaan orang ramai kerana gelaran Al – amin yang diberikan masyarakat kepada baginda. Penilaian dalam masyarakat sangat berguna. Pedagang dan peniaga sangat penting kepada masyarakat kita.

Mengapa saya perlu tahu apa yang berlaku kepada NASDAQ kelmarin ? Kamu dilontarkan dalam TV tentang apa yang berlaku di Bursa Saham New York ? Siapa peduli ? Ramai dikalangan kita tidak memiliki saham disana, kita tidak akan memiliki saham disana. Bagaimana dengan orang-orang kampung ? Kenapa kita didedahkan dengan nombor-nombor magik ini seperti agama baru, yakni harga saham-saham NASDAQ dan NYSE.

Sedangkan kepada masyarakat kita yang relevan tentang perniagaan, ialah kehidupan peniaga – peniaga itu sendiri. Mereka adalah permata dan harta yang wujud dalam masyarakat kita tetapi kita memandang mereka dan mereka berada dalam kegelapan. Sebahagian dari qirad ialah mendedahkan individu – individu kepada pencapaian cemerlang mereka supaya pencapaian sebagai track record menjadi sebahagian dari profail peniaga tersebut.

Ini mudah dicapai, seorang peniaga mungkin telah melakukan 20 kontrak qirad, pulangan yang pertama 20%, kedua 15%, seterusnya 25% dll. Cara ini , mudah untuk melihat pencapaian yang lalu dan menggalakkan orang ramai melabur dengan mereka. Jadi dengan pelbagaian pelaburan dan perniagaan, kita akan ada sistem dimana wang tidak akan lagi pergi ke New York tetapi dilaburkan dalam masyarakat kita, dalam sektor ekonomi yang dipanggil sebagai perdagangan dan inilah yang hendak kita aktifkan.

Kita akan menyebutnya sebagai Mekanisme Teras dalam Blok Perdagangan Islam ( Core Mechanism of an Islamic Trading Bloc ). Ini adalah langkah minima yang mesti dilakukan bagi memastikan perkembangan ekonomi dinar. Ini akan menghidupkan ekonomi baru, kekayaan baru dengan perkembangan keupayaan dinar. Kita akan menjayakan sistem ini selari dengan ekonomi spekulatif tanpa perlu bersaing dengannya. Seperti kata Dr. Mahathir, biarkan kedua – dua sistem ini bergerak secara serentak dan orang ramai diberi pilihan. Kita tidak mahu menjadikan dinar sebagai undang – undang. Kita mahu memberikan perkhidmatan, e-dinar sebagaimana Visa dan Mastercard dibentangkan kepada kita, kerana kedua-duanya wujud bukan kerana desakan politik pun. Kita kena ingat, dulu jika seorang mahu mengeluarkan duit ke luar negara, mereka mesti menggunakan kad kredit. Ini membenarkan mereka melewati halangan regulasi setempat dan mereka sudah menjadi matawang. Mastercard dalam publisitinya sudah menggelarkan mereka sebagai matawang dunia.

Kita akan jadikan e-dinar dan dinar Islam iaitu matawang saidina Umar ibn al khattab sebagai matawang dunia dan memperkenalkannya sebagai satu servis/perkhidmatan dan mengembangkannya. Yang paling penting ialah menghidupkan semula bahagian bawah dalam masyarakat yang sangat memerlukan, ekonomi sebenar peniaga – peniaga. Sebab itu saya berkata kepada Dr. Mahathir “ Barang yang paling mahal kepada orang yang miskin ialah US Dollar “. Adanya dinar ialah untuk menolong mereka, perdagangan Islam untuk menolong mereka. Apa yang kita mahu lakukan ialah untuk mengindustrikan pasar – pasar malam, memberi sesuatu kepada mereka yang tidak ada, menolong mereka untuk mengembang, memberi tempat yang selesa untuk berniaga dengan fasiliti yang bersesuaian sesuai dengan perniagaan kecil hari ini, moden , tempat simpanan, stor simpanan sejuk beku, fax dan servis perkhidmatan sekretarial. Yang paling penting tempat untuk mereka berhubung dengan pedagang dari luar negara kerana dapat menjana imiginasi baru dalam bentuk perdagangan yang baru.

Kita akan melahirkan usahawan baru, dengan mengembangkan lagi pertumbuhan perniagaan mereka. Mereka akan menjadi penting kepada kita dan kita akan mula menilai harta berdasarkan perkhidmatan keatas kebajikan mereka tanpa perlu seperti yang kita lakukan sekarang iaitu kita cuma menambahkan nilai pada kertas untuk servis kewangan tertentu.

Kepada mereka yang menjadi pengajar, alim atau akedemik, kamu ada tanggunjawab. Kita tidak boleh terus menggunakan terminologi palsu mereka, sistem mereka, logika mereka dan berpura – pura semuanya OK. Tidak, semuanya tidak OK. Sistem mereka tidak berfungsi. Adakah cara lain untuk kita berfikir tentang masalah ini ? Sudah tentu ada ! Siapa yang berkata hanya cara pemikiran MR. FRIEDMAN sahaja yang boleh membawa kepada kekayaan dan kemakmuran ? Sudah tentu ada cara yang lain ! dan kita terutamanya umat Islam , adalah hanya satu umat dari manusia yang memiliki bahan mentah dan manusia yang teramai dengan latar belakang tradisi dan agama yang benar yang dapat membawa penyelesaian keatas dunia yang sangat memerlukan jawapan.

Ini bermakna umat Islam akan kembali memimpin dunia, inilah yang Allah s.w.t hendak kita lakukan, kuffar tidak boleh melakukannya, mereka tidak mendapat izin untuk melakukannya. Mereka tidak ada alat dan kefahaman. Kita ada keduanya, sebab itu kita kena bentangkan kepada mereka. Ingat, tarikan pada Dinar dan E-Dinar bukan hanya untuk orang Islam sahaja, buat masa sekarang lebih ramai pengunaannya dikalangan orang bukan Islam. Kesedaran tentang kegoyahan US dollar lebih disedari dikalangan orang bukan Islam. Orang Islam-lah yang paling lambat menyedari tentang betapa susahnya kita disebabkan kedudukan US dollar sekarang.

Inilah sebahagian dari drama dimana Islam telah dihijack 100 tahun dahulu oleh golongon moden seperti Abduh dan Afghani dan kemudian diikuti oleh Ikhwan Muslimin dan Jamiati Islami yang meletakkan Islam dalam situasi yang tergantung. Isu – isu moral menjadi faktor dominan, sedangkan pekara – pekara politik dan ekonomi menjadi sekular ( dipisahkan dari Islam ). Kemudian dengan satu lipatan sahaja, pada akhir abad ke 20 idea Islamisasi lahir, yang sebenarnya ialah sekular yang tersembunyi, tetapi lebih teruk. Sekular secara terbuka jelas, mengatakan ini faham sekular tetapi program Islamisasi mengatakan ini adalah Islam dan ini adalah lebih merbahaya.


No comments:

Post a Comment