Kitab Al Muwatta' :
Yahya meriwayatkan daripada Malik  daripada Abdullah ibn Dinar daripada Abdullah ibn Umar yang Umar ibn  al-Khattab menyatakan, " Jangan kamu menjual emas untuk emas kecuali  sama untuk yang sama. Tidak meningkatkan sebahagiannya atas sebahagian  yang lain. Jangan kamu menjual perak untuk perak kecuali sama untuk yang  sama, dan tidak meningkatkan sebahagiannya atas sebahagian yang lain.  Jangan kamu jual dari barang yang ada keatas barang yang tiada. Jika  seseorang meminta anda menunggu untuk pembayaran sehingga dia  pergi ke  rumahnya, jangan kamu meninggalkannya. Saya takut rama keatas kamu."  Rama ialah riba.
Yahya meriwayatkan daripada Malik yang  Abu'z-Zinad mendengar Said ibn al-Musayyab berkata, "Riba hanya terdapat  di dalam emas atau perak atau apa ditimbang atau diukur daripada apa  yang dimakan atau minum."
Yahya meriwayatkan daripada Malik yang  Yahya ibn Said mendengar Said ibn al-Musayyab berkata, "Menyembunyikan   emas dan perak daripada pengedaran  adalah  sebahagian daripada  daripada kerja fasad/kemusnahan  diatas muka bumi."
Apa yang  dapat kita faham dari apa yang diperkatakan oleh Saidina Umar Al khatab  r.a. dan Tabiin seperti Said ibn al Mussayab bahawa :
Pertukaran EMAS dengan EMAS, dan PERAK dengan PERAK mestilah
i)Mutamathilan - mesti sama berat timbangannya. Jika tidak berlaku riba tafadhul (melibatkan penambahan berat).
ii)Mesti  'Taqabud fil hal au majlis' ( diserah dan terima dalam satu masa). Jika  tidak berlaku riba an nasiah.(melibatkan penangguhan).
Masalah  yang kita hadapi sekarang ialah ulamak moden telah mengqiaskan hukum  wang kertas bersamaan dengan hukum emas. Oleh sebab demikian mereka  mengatakan hukum membeli emas dengan wang kertas secara ansuran adalah  riba an nasiah kerana melibatkan penangguhan. Sila rujuk Ust. Zaharuddin  dalam website beliau.
Bagi yang memahami asal usul wang kertas ,  tak mungkin wang kertas diqiaskan dengan emas kerana ia akan merosakkan  seluruh hukum - hakam berkaitan riba seperti yang dijelaskan oleh  ulamak – ulamak terdahulu. Bahkan dengan mengqiaskan wang kertas sama  dengan emas menyebabkan orang awam tidak perlu lagi pada dinar dan  dirham kerana sudah ada pengganti pada emas iaitu wang kertas.
Wang kertas bukan emas , jadi harus menukarkannya dengan emas secara ansuran.
Wallahu’ alam.




No comments:
Post a Comment