asslammualaikum ustaz..saya pohon pendapat ustaz tentang urusniaga yg telah saya ceburi
saya adalah seorang penjual emas fizikal..tentang penulisan ustaz pasal  pelaburan emas..saya dah faham dan alhamdulillah saya tidak  amalkan..cuma saya nak kepastian dari ustz..tentang beberapa situasi  urusniaga emas..
situasai 1
saya membeli emas dengan ansuran..bayar 4kali..tetapi emas itu hanya  akan saya dapat setelah saya habis bayar dan harga nya tetah ditetapkan  dipersetujui pada awal perbincangan..contohnya katakan saya nak beli  emas harga pada hari persetujuan itu katakan RM500 ikut harga emas  semasa..dgn peretujuan itu saya bayar secara ansuran selama 4bln yakni  500/4=RM125 sebulan sahaja..selepas habis bayar emas itu, baru emas itu  berada ditanggan saya..jadi soalan saya haram ke urusniaga ini dan ada  riba ke urusniaga ini..
jika tiada riba dan halal..bagaimana nak kira tempoh zakatnya..adakah  semasa proses persetujuan atau ketika emas itu ada ditanggan saya..
saya berharap ustaz dapat menjawab pertanyaan saya..saya amat-amat  merayu agar ustaz tolong saya..sebab urus niaga itu sudah lama  berlalu..jika salah tolong terbitkan dalam web ustaz..
UZAR : jika ikut fatwa dari empat  mazhab, cara belian ansuran tu walau tak ada interest tetapi ia tetap  RIBA kerana sebarang tangguhan beeerti riba an-nasiah 
Assalamualaikum UZAR, Mengenai pembelian emas kijang emas ini, bagaimana  kalau pembelian menggunakan cara berhutang iaitu satu syarikat  menawarkan pembelian dengan cara berhutang dan dibayar mengikut kadar  yang telah ditentukan untuk setiap bulan. contohnya harga 12 keping emas  jumlahnya 20,000 dan bayaran bulanan sebanyak RM 245 sebulan selama 7  tahun secara ansuran tanpa ada faedah ke atas pinjaman tersebut,  kemudian emas yang dibeli tadi secara hutang diperniagakan dan  keuntungan dimasukan ke dalam akauan pembeli setiap bulan sekiranya  pembeli membayar hutang RM 245 tersebut.
Penerangan daripada ustaz amat dihargai.
UZAR : Soalan yang baik, jawpaannya  HARAM kerana syarat pembelian emas adalah 'yadan di yadin' iaitu serah  terima semuanya dalam satu masa. 
Ia juga fatwa Majlis Fiqh Dunia





No comments:
Post a Comment